KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata semua hutangnya disokong oleh aset kukuh, yang berjumlah RM44.67 bilion sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013.
Syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu berkata jumlahnya "melebihi nilai jumlah hutangnya sebanyak RM37 bilion bagi tempoh sama".
"Kami tidak pernah terlepas jadual pembayarannya, kami juga tidak berhasrat untuk berbuat demikian," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Ia menyatakan perniagaan hartanahnya dengan projek-projek seperti Tun Razak Exchange dan projek berkembarnya Bandar Malaysia akan membawa kepada kemasukan modal ke negara ini.
"Memandangkan kami terus meningkatkan nilai aset hartanah kami, membolehkan kami meneruskan pengewangan (menukarkan aset ke dalam bentuk wang), dengan dana yang dijana digunakan untuk memacu pertumbuhan masa depan dan mengurangkan paras hutang kami," katanya.
Mengenai perbincangan berhubung jumlah yang dibayar oleh 1MDB bagi aset hartanah dan tenaga, syarikat itu berkata ia hanya membeli aset yang mempunyai nilai menarik untuk perniagaan tersebut.
"Kami mengambil pandangan jangka panjang dan mempertimbang sinergi yang lebih luas bagi kumpulan, serta kesan ekonomi dan sosial kepada negara, apabila kami menilai aset dan membuat unjuran ke atas pulangan ekonomi," kata 1MDB.
Ia membeli beberapa aset tenaga sejak 2012, sejajar dengan matlamat strategik kerajaan untuk memastikan keselamatan tenaga Malaysia.
Berhubung jumlah yang dibayar bagi tanah yang menjadi tumpuan utama di Air Itam, Pulau Pinang, 1MDB berkata harga yang dibayar sepadan dengan nilai keseluruhan tanah itu.
"Harga yang dibayar oleh pemaju lain untuk membeli tanah di kawasan berhampiran iaitu lebih RM200 satu kaki persegi, jauh lebih tinggi daripada jumlah yang kami bayar," katanya.
1MDB berkata saiz tanah yang dibeli itu membolehkan mereka membina hampir 10,000 rumah mampu milik dan selebihnya akan digunakan bagi tujuan pembangunan lain untuk menjana nilai yang besar.
Mengenai dakwaan 1MDB menerima layanan istimewa bagi tender untuk projek tenaga, katanya Konsortium 1MDB-Mitsui memenangi bidaan secara adil seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
"Sebarang pemberian tender berdasarkan beberapa pertimbangan untuk memastikan bekalan tenaga dengan kos yang cekap dan selamat kepada pengguna," katanya.
1MDB berkata ia juga tidak berjaya dalam tender lain seperti bidaan loji berkuasa gas di Prai dan loji berkuasa arang batu 1000-megawat, walaupun menawarkan harga bidaan paling rendah bagi bidaan Prai itu.

0 Komentar untuk " Hutang Disokong Oleh Aset Kukuh - 1MDB "