KUALA TERENGGANU - Jawatankuasa Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu merancang untuk meneruskan program penghayatan hukum hudud di negeri ini pada masa akan datang.
Pengarahnya, Yahaya Ali berkata, ia tidak akan berakhir dengan selesainya seminar tersebut yang diadakan buat julung-julung kalinya di negeri ini yang turut memperlihatkan penyertaan dari luar negara seperti Brunei dan Aceh, Indonesia.
“Jawatankuasa yang tertubuh untuk menguruskan Sambutan Hari Hududullah ini kita akan perkuatkan dan perluaskan keanggotaan.
“Kita merancang adakan program susulan kerana isu hudud adalah isu yang hidup,” katanya.
Sambutan dipengerusikan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Datuk Husain Awang.
Seminar Penghayatan Hududullah yang merupakan aktiviti kemuncak sambutan tersebut turut mengetengahkan sesi pembentangan melibatkan empat kertas kerja iaitu Kanun Jenayah Syariah II Kelantan: Selangkah Ke Arah Pelaksanaan oleh Datuk
Mohammad Fadzli Hassan (Exco Kerajaan Kelantan) dan kertas kerja kedua bertajuk Pelaksanaan Syariah di Negara Brunei Darussalam: Halangan dan Penyelesaian oleh Prof Dr Abdul Mohaimin Noordin Ayus dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei.
Dua kertas kerja lain adalah Pelaksanaan Syariah di Aceh: Halangan dan Penyelesaian oleh Prof Dr Alyasa’ Abu Bakar (Universiti Islam Negeri Ar Raniry Aceh) dan kertas kerja keempat dibentangkan oleh bekas Exco Kerajaan Terengganu, Datuk Haji Wan Abd Muttalib Embong bertajuk Kanun Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu: Antara Keazaman Politik dan Halangan Undang-Undang.
Kira-kira 600 peserta hadir yang turut menampilkan sesi penggulungan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sembilan resolusi dipersetujui yang akan dikemukakan dan diambil perjalanan oleh pihak terlibat antaranya menyokong sepenuhnya pelaksanaan syariat Islam di Aceh, Brunei, Kelantan serta negara umat Islam lain walaupun dalam suasana masyarakat majmuk kerana ia pernah dilaksanakan sebelum kedatangan penjajah barat.
Resolusi tersebut juga turut mendesak Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada Kelantan melaksanakan perundangan syariah mengikut 76A Perlembagaan Persekutuan dan meminda Akta Mahkamah Syariah 1984 (Akta 355).
Selain itu, resolusi turut mendesak Kerajaan Terengganu mengambil tanggungjawab serius memulakan langkah melaksanakan undang-undang hudud dan qisas di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002.
“Resolusi ini akan dihantar kepada pihak berkenaan termasuk Kerajaan Negeri, Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Kelantan,” kata Yahaya yang turut berharap Kerajaan Negeri memperuntukkan bajet ke arah penghayatan dan pelaksanaan hudud di negeri ini.

0 Komentar untuk " Hudud: Perkuat jawatankuasa hududullah "