SETAKAT rencana ini ditulis – semalam – tidak dapat dipastikan siapa pandai, siapa kurang pandai, dan siapa bodoh. Tetapi satu hal yang sudah pasti ialah pihak bank telah kerugian berjuta-juta RM, dalam masa singkat.
Sepanjang tempoh empat hari, 17 kes dikesan, dan lebih RM3 juta telah dirompak dari beberapa buah mesin ATM. Seperti yang dilaporkan media, bermula Sabtu sejumlah RM530,600 wang tunai dari ATM di Johor, Melaka dan Selangor telah lesap.
Hari-hari berikutnya terjadi lagi rompakan ATM, antaranya di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya (RM303,000); Dataran Sunway (RM285,700); Seksyen 14, Petaling Jaya (RM395,850); Kota Damansara (RM221,160), dan Seksyen 9, Shah Alam (RM116,000).
Menurut polis modus operandi yang sama dikesan dalam semua rompakan ATM berkenaan, iaitu dengan menggunakan sim kad telefon dan teknologi tercanggih. Perompak membuka panel atas mesin ATM, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan ‘reboot’ sistem mesin ATM berkenaan.
Perhatian: perincian mengenai teknik dan kecanggihan yang digunakan, sengaja tidak dinyatakan, bimbang kalau-kalau ada pula penyangak lain yang meniru untuk merompak lebih banyak lagi ATM!
Polis percaya, dari gambar-gambar yang dirakam oleh CCTV, suspek adalah sekumpulan lelaki keturunan Amerika Latin dan Asia Barat. Pasukan khas Bukit Aman telah dikerah dalam ‘Ops Godam ATM’ untuk memburu penjenayah berkenaan yang polis yakin masih berada di dalam negara.
“Kami mengaktifkan pemantauan di setiap pintu masuk negara sama ada melalui jalan darat, laluan laut dan laluan udara,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Jenayah Siber dan Multimedia), SAC Mohd Kamarudin Md Din.
Gambar sudah jelas kelihatan, modus operandi sudah dikenal pasti, dan si penyangak telah pun disahkan masih berada di sini, entah-entah sedang berjoli sakan di pusat-pusat hiburan atau melahap durian ‘Musang King’ di Chow Kit. Jangan biarkan mereka!
Kata polis, setiap pintu masuk darat, laut dan udara akan dipantau supaya penjenayah ini tidak terlepas. Pada hemat saya, tidak cukup darat, laut dan udara, sekiranya maling itu ikut mana-mana jalan bawah tanah, carilah hingga ke lubang cacing.
Hatta, sekiranya penyangak warga asing itu menyusup menggunakan ilmu hitam dengan pertolongan makhluk halus seperti jin, hantu raya, orang bunian, kita pun perlu menangkap mereka menggunakan ilmu ghaib. Mungkin boleh cuba khidmat ‘Bomoh Negara’, ‘Datuk’ Ibrahim Mat Zin.
Apa pun, rompak ATM bukanlah benda baharu di tempat kita. Kalau tidak oleh penjenayah Amerika Latin pun, setiap tahun berpuluh-puluh ATM kita kena rompak, kerugian pasti RM berjuta-juta lemon.
Ternyata yang merompak bukan lelaki hidung mancung. Seperti gambar CCTV, kebanyakan rompakan dilakukan oleh hidung kemek @ orang kita. Dan mereka tidak menggunakan khidmat makhluk halus, tidak juga menggunakan peralatan canggih.
Mereka hanya menggunakan alat memotong dan pelebur besi untuk membuka ATM. Ada juga yang menarik mesin tersebut menggunakan jentera berat. Malah ada yang mengangkut mesin berat itu ke dalam lori! Ada CCTV, ada loceng penggera, ada jaga bertugas keselamatan. Tetapi ATM terus dirompak. Ertinya, si maling lebih pandai.
Perihal suspek Latin Amerika, ini pun bukan pertama kali mereka mengganas. Setahun dua lalu pihak berkuasa telah mengesan mereka, dan melancarkan operasi memburu, tetapi gagal menangkap mereka. Berhenti seketika, kali ini mereka mengganas lagi. Ertinya, penyangak hidung mancung itu lebih pandai.
Saya harap ‘Ops Godam ATM’ akan dapat memburu dan menangkap penyangak berkenaan. Sesekali tunjukkan bahawa kita lebih pandai!
Berita terkini mengenai rompak siber terjadi di sebuah bank yang beroperasi di Labuan. Seperti dilaporkan media bank tersebut kerugian AS$9 juta @ RM30 juta, setelah membuat satu pembayaran kepada sindiket penipuan menerusi e-mel.
Menurut polis bank berkenaan menerima satu e-mel daripada pelanggannya yang merupakan sebuah syarikat minyak dan gas untuk membuat pembayaran kepada dua buah akaun syarikat berpangkalan di Hong Kong dan Kemboja.
Tanpa periksa bayaran terus dibuat. Hanya setelah diperiksa kembali, baru diketahui e-mail berkenaan adalah palsu. Cuba teka siapa yang tidak pandai dalam kes ini?

0 Komentar untuk " ATM kantoi, siapa lebih pandai? "