AKTA Hasutan 1948 adalah tinggalan kolonial dan berkuat kuasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas mencapai kemerdekaan, akta ini telah digunakan bagi tujuan politik. Kesalahan menghasut dalam akta tersebut diberi makna terlalu luas dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis keadaan.
Pendakwaan tidak perlu membuktikan tertuduh mempunyai niat menghasut atau ada sesiapa terhasut dengan apa yang dikatakan, hanya perlu membuktikan terdapat kata-kata yang dikeluarkan mempunyai ‘kecenderungan menghasut’.
Pada 11 Julai 2012, Perdana Menteri kita membuat satu lagi pengumuman bersejarah. Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan ‘Akta Keharmonian Nasional’. Pengumuman ini dialu-alukan pelbagai pihak. Malangnya, 2 tahun selepas pengumuman, Akta Hasutan masih belum dimansuhkan. Malahan, ia digunakan lebih kerap berbanding sebelum ini.
Badan Peguam sudah lama berpendirian bahawa Akta Hasutan ini wajar dimansuhkan. Ia adalah undang-undang draconian, tidak demokratik dan menyekat kebebasan bersuara rakyat Malaysia.
Atas dasar ini dan oleh kerana Akta Hasutan masih belum dimansuhkan, Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan di bawah naungan Majlis Peguam telah meluncurkan kempen #MansuhAktaHasutan pada 4 September lalu.
Kempen ini digerakkan oleh lebih kurang 50 penggerak terdiri daripada peguam muda, aktivis, mahasiswa undang-undang dan juga orang ramai yang prihatin. Kempen ini akan mengambil masa satu tahun bagi mendesak Kerajaan Persekutuan mengotakan janji untuk memansuhkan Akta Hasutan.
Di samping itu, kempen ini juga akan memupuk kesedaran masyarakat tentang mengapa Akta Hasutan harus dimansuhkan bagi mewujudkan ‘critical mass’ rakyat menentang Akta Hasutan.
Tuntutan kempen ini ada tiga. Pertama, supaya Akta Hasutan dimansuhkan. Kedua, supaya kesemua pertuduhan di bawah Akta Hasutan digugurkan. Ketiga, supaya Akta Hasutan, apabila dimansuhkan tidak digantikan dengan akta lain.
Untuk mencapai matlamat kempen ini, Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan akan mengadakan beberapa inisiatif. Inisiatif pertama adalah dengan mengeluarkan risalah mengandungi soalan-soalan lazim tentang Akta Hasutan. Merangkumi sejarah akta, peruntukan dalam akta dan mengapa akta wajar dimansuhkan dengan menggunakan bahasa mudah yang difahami orang ramai.
Inisiatif kedua mendapatkan tandatangan orang ramai yang menyokong #MansuhAktaHasutan, secara fizikal atau online. Selepas satu tahun, tandatangan ini akan dipersembahkan kepada kerajaan bagi menunjukkan rakyat tolak akta tersebut.
Inisiatif ketiga merangka bengkel yang menyentuh tentang kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat di bawah Perlembagaan Persekutuan. Bengkel ini juga akan membincangkan tentang Akta Hasutan serta mengapa ia wajar dimansuhkan.
Kempen #MansuhAktaHasutan akan bergerak ke seluruh negara, sama ada bersendiri atau dengan Gerakan Hapus Akta Hasutan, suatu gabungan NGO yang baharu ditubuhkan, juga mahu Akta Hasutan dimansuhkan.
Di samping itu, kempen ini juga akan dibuat online melalui media sosial. Hashtag #MansuhAktaHasutan telah pun menjadi hashtag utama apabila sesiapa tweet atau mengemas kini Facebook.
Tetapi, kempen ini tidak boleh berjaya tanpa sokongan. Oleh itu, Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan berharap orang ramai dapat membantu kempen ini.
*Penulis adalah seorang peguam muda yang mengamal undang-undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.

0 Komentar untuk " Peguam muda desak mansuh akta "