DI SINI Lahirnya Sebuah Cinta merupakan tema sambutan hari kebangsaan ke-57 pada tahun ini. Cinta merupakan sejenis perasaan yang akan menerbitkan rasa sayang dan kasih.
Pertalian antara keduanya adalah amat rapat sehingga mustahil untuk mewujudkan perasaan kasih dan sayang jika tidak ada perasaan cinta itu.
Kita juga sering kali terdengar ungkapan hadis RasululLah SAW yang menyatakan sesiapa yang mengenali dirinya, akan lebih mengenali Tuhannya.
Untuk kenal kepada Pencipta, sewajarnya kenali dan ketahui ciptaan-Nya. Mengenali diri ini sebagai ciptaan-Nya, kekurangan dan ketidaksempurnaan yang dimiliki, serta kompleksiti yang terkandung, akan memberi lebih banyak ruang dalam menghayati betapa ALLAH sebagai Pencipta yang Maha Hebat.
Proses mengenali diri ini sebenarnya amat berkait rapat dengan aspek kejiwaan dan kerohanian. Faktor kerohanian ini, sebagaimana menurut Imam al Ghazali, adalah satu kejadian diri yang paling asas dalam membentuk kestabilan atau kesihatan jiwa dan rohani manusia.
Manakala tahap kestabilan atau kesihatan jiwa dan rohani yang sebenarnya ialah apabila seseorang individu itu telah mencapai kepada tahap kesempurnaan iman serta matlamat mencari keredaan ALLAH sahaja serta dapat mengawal kerakusan nafsunya.
Menurut Uthman an Najati, pertembungan yang tidak terkawal, yang wujud di antara keinginan nafsu dan keimanan akan menimbulkan konflik, yang akhirnya mencetuskan ketidaktenteraman atau pertelingkahan kepada jiwa atau emosi, dan sekiranya tidak diuruskan sebaiknya, akhirnya akan mengakibatkan berlaku gejala gangguan emosi dan mental.
Atas dasar ini, perlunya setiap individu itu untuk mengenali hakikat kejadian diri, seterusnya bertindak atas faktor kasih dan sayang untuk memelihara serta memperbaiki diri sendiri dan bagi mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam pertelingkahan berterusan dan tidak berkesudahan di antara nafsu dan iman.
Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa dalam proses untuk mengenali diri ini, ia amat berkait rapat dengan aspek kerohanian dan kejiwaan. Manakala perbicaraan yang menyentuh aspek kerohanian dan kejiwaan pula tidak dapat dielakkan dari aspek penjagaan kesihatan mental dan kestabilan emosi.
Dalam usaha untuk mengekalkan kestabilan mental dan emosi, serta akhlak dan tingkah laku yang baik ini, setiap individu itu perlu kepada literasi kesihatan mental. Apakah sebenarnya literasi kesihatan mental? Literasi kesihatan mental dirujuk sebagai tahap pengetahuan dan kepercayaan yang dimiliki oleh kelompok masyarakat terhadap gangguan mental, meliputi aspek pengenalpastian, pengurusan dan penjagaan serta pencegahannya.
Ia melibatkan pengetahuan seseorang anggota masyarakat terhadap langkah pencegahan gangguan mental, kemahiran mengenal pasti kewujudan tanda gejalanya, langkah pemulihan dan rawatan, siapa dan di mana agensi berkaitan pemulihan, serta bantuan kecemasan yang perlu diambil oleh mereka ketika dilanda musibah berkaitan atau apa yang perlu dilakukan pada peringkat awal lagi sebelum mendapatkan rawatan.
Literasi ini perlu dimiliki oleh segenap anggota masyarakat, baik individu, mahupun pegawai dan kakitangan kerajaan serta ahli politik, dengan objektif bagi mengelakkan ketidakupayaan atau kejahilan yang biasa terjadi akibat illiterasi terhadap kesihatan mental, seperti bersegera dan tidak bertangguh dalam mendapatkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan, dapatkan rawatan dari mereka yang benar-benar pakar dan bertauliah, memahami secara jelas bentuk rawatan, serta bersikap terbuka terhadap bentuk rawatan dan perkhidmatan kesihatan mental yang disediakan.
Pengetahuan literasi ini penting dan perlu bagi memastikan gangguan mental dan emosi dapat dirawat di peringkat awal lagi. Selain itu, bagi memastikan jenis dan proses rawatan itu adalah sah dan tidak bertentangan dengan peraturan dan kehendak syariat.
* Penulis ialah Felo Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan IKIM

0 Komentar untuk " Literasi kesihatan mental Islam "