DESTINASI Singgah Rasa kali ini adalah ke Muar, Johor untuk mencuba hidangan istimewa dari sebuah restoran yang baru dibuka.
Restoran yang dinamakan Warung Buruk itu terletak di Taman Bakri Makmur, Muar, Johor dan dimiliki oleh seorang pemuda, Muhammad Onnyizwan Mohammed Pulkem, 25 atau lebih senang dikenali Chef Oney.
Warung Buruk mula beroperasi sejak Jun 2014. Nama Warung Buruk terhasil kerana banyak peralatan yang digunakan adalah second hand. Ini untuk menimbulkan suasana seperti berada di rumah.
Perkataan Warung digunakan bagi menyesuaikan paradigma masyarakat kampung daripada tanggapan harga yang mahal apabila premis adalah bangunan batu.
Manakala simbol # digunakan sebagai batu loncatan kepada promosi apabila pelanggan check-in di facebook dan Instagram.
Di sini, terdapat beberapa makanan istimewa yang dihidangkan kepada pelanggan. Antaranya adalah Nasi Goreng Kampung Kerang, Soto Kambing dan Nasi Lemak Santan Perah.
"Nasi Goreng Kampung Kerang dihasilkan dengan perencah cili padi kampung dan kerang segar dari pasar borong Muar manakala Soto Kambing pula datangnya dari idea dan resipi tersendiri yang telah diolah beberapa kali sebelum ia dipasarkan kepada pelanggan.
"Nasi Lemak Santan Perah pula amat laris di waktu pagi kerana aroma daun pandan dan rasa nasi yang wangi dan lemak. Kelapa di peroleh daripada masyarakat kampung. Ia dikisar dan diperah sendiri," kata Chef Oney.
Bagi minuman istimewanya, yang paling terlaris adalah Air Coklat Buruk (milo ais tabur bersama ais krim vanila dan coklat urai). Rasanya yang cukup lemak dan mengenyangkan itu pasti memuaskan hati semua pelanggan.
Selain hidangan yang lazat seperti dinyatakan, Warung Buruk turut menghidangkan menu yang turut menarik perhatian ramai seperti Nasi Goreng Ayam, Mi Goreng, Nasi Goreng Ikan Masin, Nasi Goreng Cendawan, Bakso dan beberapa menu lain.
Cepat dan puas
Menikmati makanan yang disediakan di Warung Buruk sememangnya puas hati. Selain rasanya yang sedap, perkhidmatan yang ditawarkan juga boleh diberi pujian.
Misalnya, pesanan yang dibuat akan disiapkan oleh dua tukang masak berpengalaman dalam kadar segera. Malah, pelanggan akan dilayan dengan sebaik mungkin oleh pekerja Warung Buruk yang terdiri daripada lima orang itu.
Berkongsi sedikit latar belakang Chef Oney ini, beritahunya kepada Singgah Rasa, semenjak dari kecil lagi dia memang minat memasak.
"Mungkin minat ini diwarisi daripada ibu yang pandai memasak. Bila meningkat dewasa, saya hadiri banyak kelas memasak dan kini mahir masakan Barat dan Asia," ujarnya yang telah meraih anugerah Silver Star Award Resort World Sentosa 2011 dan Anugerah Emas Pertandingan Juru Masak Emas Asean 2014.

0 Komentar untuk " Hidangan istimewa Warung Buruk "