SEJAK Proton ditubuhkan pada tahun 1983 sehingga hari ini, berita dan perkembangan syarikat automobil nasional menjadi perhatian rakyat Malaysia segenap peringkat.
Ini kerana kita satu-satunya negara sedang membangun yang memiliki syarikat automobil sendiri. Akan tetapi perkembangan terkini Proton tidak begitu baik dan memerlukan langkah-langkah yang radikal demi survival.
Proton mengalami kemerosotan dari segi penguasaan pasaran dan hanya beberapa model tertentu sahaja yang mencatatkan jualan yang baik. Difahamkan hanya model Saga, Persona dan Exora yang laris manakala model-model yang lain tidak mencatat jualan yang memberangsangkan.
Rata-rata berpendapat masalah yang dialami oleh kereta-kereta Proton ialah kualiti produk yang rendah, penggunaan bahan api yang tinggi serta penawaran model yang tidak memenuhi citarasa pengguna hari ini.
Masalah yang dinyatakan secara umum dipersetujui oleh ramai pihak yang prihatin. Tetapi bagaimana dengan penyelesaiannya? Tulisan ini cuba untuk menilai beberapa aspek yang boleh dipertimbangan dalam menyelesaikan permasalahan Proton.
Model Perniagaan
Proton sebagai syarikat automotif yang kecil perlu memikirkan semula corak perjalanan operasinya. Ini kerana dengan model perniagaan sekarang, ianya memerlukan modal dan jumlah jualan yang tinggi untuk kekal di pasaran.
Sejarah automobil British menarik untuk dibandingkan. Era 1970an industri automobil British merudum dan pihak kerajaan telah campur tangan bagi menyelamatkan industri tersebut tetapi gagal. Kerajaan British dalam usaha menyelamatkan sektor ini menggabungkan syarikat-syarikat automotif menjadi satu.
British Leyland Motor Corporation (BLMC) terhasil dengan harapan industri ini menjadi lebih cekap dan kekal. Meskipun British Leyland (nama baru BLMC selepas nasionalisasi) mempunyai rakan teknikal Honda, syarikat tersebut akhirnya muflis. Akibatnya tiada satupun syarikat kereta British kekal dimiliki oleh orang British.
Akan tetapi terdapat beberapa syarikat automotif yang kekal independen meskipun kecil seperti Mitsuoka, Koenigsegg dan Pagani. Syarikat kecil ini masih mampu beroperasi bersendirian dengan jumlah jualan yang kecil.
Walaupun model perniagaan berlainan, strategi ini wajar difahami oleh Proton. Manakala bagi syarikat bersaiz hampir sama dengan Proton, Vauxhall/Opel kepunyaan General Motorsdan Seat yang dimiliki oleh Volkswagenboleh dijadikan kayu ukur.
Proton sebelum ini hampir memilih model perniagaan sebegini dengan menjadi subsidiari Volkswagen tetapi berubah fikiran di saat akhir. Adakah tiada peluang untuk Proton? Jika diluar industri automotif, kejayaan syarikat Dyson boleh diteliti.
Dyson bermula dengan impian seorang jurutera untuk membina mesin pembersih hampagas yang inovatif. Pesaingnya ialah syarikat gergasi dunia seperti Hoover dan Panasonic. Dengan model perniagaan tersendiri, akhirnya Dyson berjaya memecah monopoli gergasi-gergasi ini dan berkembang.
Oleh itu Proton perlu menetapkan model perniagaan yang unik dengan jangkaan pasaran yang ingin dicapai seterusnya merangka strategi yang sesuai untuk berkembang.
Demografik
Kecenderungan pihak Proton untuk mengeluarkan model mengikut segmen dilihat kurang stategik. Di kalangan peminat kereta, rata-rata menyatakan yang model-model Proton bersaing sesama sendiri! Dari segi demografik pendapat tersebut agak tepat.
Demografik merujuk kepada satu kumpulan yang berkongsi kecenderungan yang sama. Dalam konteks pemasaran, bakal pembeli yang berkongsi citarasa dan keperluan. Oleh itu pendekatan demografik dirasakan lebih berkesan dalam menentukan profil bakal pembeli seterusnya menawarkan produk yang tepat dan memenuhi citarasa pelanggan.
Secara kasar pembeli kereta di Malaysia dibahagikan kepada empat kumpulan utama. Pertama golongan yang memerlukan kereta untuk tujuan pengangkutan semata-mata. Untuk bergerak dari titik A ke B. Kriteria utama pembelian ialah harga dan keboleharapan (reliability). Biasanya golongan pesara, penduduk luar bandar dan pekerja kolar biru. Model pilihan mereka ialah Proton Saga.
Kemudian lepasan universiti atau kolej yang muda, bercitarasa dan memerlukan model yang praktikal. Demografik yang terbesar ini sejak dulu memilh kereta Perodua Myvi yang dilihat menjimatkan serta praktikal terutama jika dipandu di bandar.
Proton mempertaruhkan model Savvy tetapi tidak dapat menyaingi model saingan keluaran Perodua itu. Dan sekarang model baru dengan kod GSC bakal dilancarkan.
Seterusnya pembeli kereta yang ketiga ialah golongan yang sudah mempunyai kereta sebelum ini, memiliki ekonomi yang stabil dan bercitarasa lebih tinggi.Golongan ini biasanya pengguna segmen B dan C.
Proton menawarkan model Persona, Preve dan Suprima S. Model-model ini bersaing dengan Honda City dan Toyota Vios. Apa yang lebih menarik model-model ini juga bersaing dengan kereta jenama luar seperti Nissan, Kia, Suzuki dan kesemua pemain pasaran yang lain. Dengan saiz pasaran Malaysia yang kecil dan julat harga atas jalan yang tidak banyak berbeza menyebabkan strategi Proton merugikan diri sendiri dan tidak mampu bersaing.
Untuk demografik keempat iatu kereta besar dan mewah, Proton tidak menawarkan alternatif selepas model Perdana dihentikan pengeluarannya. Penyelesaian yang lebih wajar ialah Proton perlu mengambil pendekatan memenuhi demografik pengguna berbanding kaedah lama mengeluarkan model mengikut segmen pasaran. Dengan itu syarikat lebih fokus dan penggunaan sumber lebih efektif akhirnya menghasilkan model yang tepat mengikut kehendak pelanggan.
Teknologi
Antara ciri utama perniagaan automotif ialah teknologi. Teknologi membolehkan pengeluar kereta menghasilkan kereta yang jimat bahan api, lebih selamat dan selesa serta tidak mencemarkan alam sekitar.
Sebagai sebuah negara sedang membangun, Malaysia tidak mempunyai eko sistem yang mantap yang menyumbang kepada penghasilan teknologi-teknologi tersebut. Ditambah dengan tahap pengkomersilan teknologi hasil penyelidikan dengan universiti-universiti tempatan yang rendah.
Proton juga menghadapi masalah sumber yang terhad. Justeru ia perlu mengorak langkah yang lebih pragmatik supaya sentiasa mendapat akses kepada teknologi-teknologi yang baru dan canggih dengan kadar masa yang segera dan kos yang munasabah.
Sebagai contoh adalah wajar Proton menggunapakai teknologi hibrid dari Lotus-Fagor Ederlan kerana teknologi tersebut sudah diperingkat komersial. Seterusnya memohon status EEV daripada kerajaan Malaysia bagi model-model hibridnya.
Tetapi ini juga bermakna fokus dan agihan sumber untuk pembangunan enjin konvensional perlu ditangguhkan. Faedahnya jelas, dapat menghasilkan kereta berteknologi tinggi yang mesra alam dan menjimatkan bahan apiseterusnya mampu bersaing diperingkat global.
Selain itu penggunaan teknologi dalam bidang pembuatan juga perlu diberi penekanan supaya kualiti model-model Proton lebih baik. Penggunaan ‘hot-press forming’ adalah contoh usaha yang baik yang dibuat dan wajar diteruskan.
Di samping itu penggunaan teknologi seperti CAD/CAM/CAE wajar diperluaskan melalui kerjasama dengan IPT tempatan supaya masalah sumber seperti kepakaran dan kos dapat diatasi. Seterusnya dapat meningkatkan daya saing Proton.
Reka Bentuk
Satu perkara yang tidak kurang penting dalam bisnes kenderaan penumpang ialah reka bentuk atau ‘design’. Contohnya kejayaan jenama dari Korea menguasai pasaran kereta penumpang dikatakan kerana reka bentuk model-model terbaru yang segar, menarik dan kontemporari.
Ironinya Proton tidak menumpukan perhatian kepada aspek ini dan mengambil pendekatan ‘timeless design’ yang dikatakan selamat. Secara umum proses pembelian produk dipengaruhi oleh rasional dan emosional. Keperluan atau rasional biasanya dipenuhi oleh hampir kesemua pengeluar. Faktor harga, keboleharapan dan praktikal hampir sama bagi semua produk.
Jadi faktor penentu keputusan pembelian dipengaruhi oleh emosi dan tanggapan. Faktor emosional seperti cantik, reputasi dan jenama adalah penting diberi perhatian supaya dapat menambat hati bakal pembeli.
Dalam keadaan sekarang, solusi terbaik dengan penggabungan studio rekabentuk Proton dan Lotus dilihat perlu supaya penggunaan sumber dapat dioptimumkan dan perkongsian bakat dapat dimanfaat dengan lebih baik.
Percambahan minda dengan idea-idea yang lebih segar dan baharu akan lebih dinamik jika pasukan kreatif lebih besar. Kerjasama ini dapat menjelma rekabentuk model-model Proton yang lebih konsisten, fokus serta menarik.
Proton juga boleh menjalankan penyelidikan dengan institusi luar supaya penjanaan idea kreatif berterusan terhasil. Ini termasuk mengadakan pertandingan, bengkel dan sangkutan industri.
Lotus
Lotus dimiliki oleh Proton sejak tahun 1996 namun dibelenggu dengan prestasi kewangan yang tidak membanggakan. Ironinya terlalu banyak potensi untuk jenama Lotus berkembang dan menjana pulangankepada Proton.
Sebagai contoh teknologi hibrid Lotus-Fagor Ederlan gagal dimanfaatkan supaya menjadi enjin utama kereta-kereta Lotus dan Proton. Lihat juga penglibatannya dalam pasukan F1 tetapi tidak dioptimumkan untuk meningkatkan reputasi dan penguasaan pasaran.
Ditambah pula dengan model-model Lotus sekarangtertumpu kepada pengguna sasar terlalu kecil atau hanya demografik para pelumba.
Lotus perlu mengeluarkan model-model yang menarik minat audien yang lebih besar. Contohnya jenama Porsche mengeluarkankenderaan pacuan 4 roda Cayenne dan kereta sport 4 pintu Panamera.
Kedua-dua model ini adalah ‘volume seller’ kepada Porsche dan meningkatkan pelanggan barunya secara drastik. Strategi ini terlalu berjaya sehingga mendorong Porsche mengeluarkan model segmen SUV terbarunya Macan.
Formula kejayaan yang sama digunakan oleh pengeluar kereta dari Itali, Maserati. Maserati menggandakan jualan dengan agresif melalui pengenalan model-model 4 pintu Quattroporte (bermaksud empat pintu dalam bahasa Itali) dan Ghibli sedan.
Hasilnya jualan kenderaannya melonjak dari 6200 unit dalam tahun 2012 kepada 15,400 unit dalam tahun 2013. Terkini Maserati akan memperkenalkan model SUV Levante bagi menambahkan lagi penguasaan pasaran.
Proton perlu tumpang sekaki! Formula kejayaan yang bukan lagi rahsia. Justeru adalah rasional bagi Proton gunakan jenama Lotus untuk demografikpengguna premium demi survival Lotus dan Proton sendiri.
Sebelum ini Lotus pernah memperkenalkan model konsep APX bagi segmen SUV tetapi tidak dikomersialkan. Namum melihat trend dan perkembangan terkini, model 4 pintu dan SUV adalah masa depan kepada Lotus dan Proton.
Kesimpulannya Proton harus berani dalam menghadapi cabaran industri automotif yang sangat kompetitif. Dengan sumber yang terhad, ia perlu fokus dan mengambil langkah yang tepat supaya tidak lagi dianggap tidak releven.
Penyusunan operasi dan strategi perlu berasaskan pengguna (user-oriented). Model-model yang akan dikeluarkan perlu setanding dengan pengeluar antarabangsa dan menepati citarasa pengguna disamping tidak sama sekali mengabaikan kualiti. Proton tidak dapat tidak perlu menghadapi cabaran ini serta memenuhi harapan rakyat Malaysiademi untuk berjaya.
Oleh : Mohd Qadafie Ibrahim
Fakulti Teknologi Kejuruteraan,
Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)

0 Komentar untuk " Proton: Harapan dan cabaran rakyat Malaysia "