SENARIO politik tanah air kini pada setiap hari menyaksikan perdebatan sesama sendiri atau dalam kalangan parti lawan dari peringkat atasan sehingga bawahan.
Kita mengambil contoh kekecohan perebutan pucuk kepimpinan yang sedang berlaku di Selangor ketika ini. Pemimpin bercakaran dan memperlekeh antara satu sama lain.
Sukar bagi pelaksana dan warga kerja di negeri tersebut hendak memberi perkhidmatan yang mantap kepada rakyat, sekiranya pada setiap hari berlaku percakaran politik dalaman.
Perlu diwujudkan senario politik baharu yang lebih bersepadu dan mantap bagi memastikan segala perancangan dan pelaksanaan pembangunan fizikal, kerohanian, kestabilan ummah dapat direalisasikan.
Kita mahukan ahli-ahli politik yang dipilih untuk memimpin adalah seorang yang bersifat negarawan, amanah, bersih, berani, tiada agenda tersendiri dan berwawasan bagi menjaga ummah ketika menjalankan pentadbiran negeri.
Kita tidak mahu ahli politik yang ada kepentingan peribadi, tetapi pemimpin yang berintegriti tinggi dan bekerja untuk kepentingan ummah supaya semuanya dapat hidup aman dan makmur.
Adalah sangat wajar supaya senario di Selangor kini dapat diselesaikan secara aman dengan semangat setia kawan dan harmoni.
Diharap segala kekeruhan dapat dijernihkan semula, manakala kekusutan dapat diatasi dengan keharmonian. Keamanan dan ketenteraman adalah asas kepada kehidupan dalam Islam seperti Firman ALLAH bermaksud: ‘Dengan (al-Quran) itu ALLAH menunjukkan jalan keselamatan dan kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya..’ (Surah al-Maidah, ayat 16).
Kestabilan politik di Selangor perlu dikembalikan agar pentadbiran kerajaan negeri dapat berfungsi dengan sewajarnya dalam agenda membangunkan ummah. Dalam konteks ini, kita masing-masing mempunyai peranan untuk sama-sama menyumbang dalam perancangan, pembangunan fizikal dan masyarakat di Selangor.
Begitu juga sumbangan golongan profesional dan usahawan adalah penting dalam usaha menuju kemajuan negara ke satu tahap lebih tinggi pada masa hadapan.
Golongan profesional dan usahawan yang merupakan tulang belakang kepada pencapaian sasaran negara maju juga berperanan sebagai penggerak utama proses transformasi negeri dan negara. Golongan ini tidak dapat memberi sumbangan jitu, sekiranya tiada kestabilan yang diperlukan.
Suasana politik yang keruh perlu di pulihkan semula.
Kita wajar merenung sejenak senario politik di luar negara yang sentiasa bergolak untuk menjatuhkan pemimpin. Contohnya, terkini ialah pergolakan di Syria merupakan konflik dalaman yang masih berterusan berlaku sejak awal 2011 hingga kini.
Para pembantah mendesak presiden sedia ada untuk berundur. Ia wajar dijadikan pengajaran dan iktibar dengan apa yang berlaku di sana.
Prinsip Islam adalah jelas yang menyatakan asas kehidupan ialah kesejahteraan, bukannya huru-hara dan pertelingkahan sehingga merebaknya penindasan dan kekejaman. Begitu juga dalam memilih pemimpin.
Islam menggariskan ciri-ciri pemimpin menurut pandangan Islam iaitu mereka mestilah terdiri daripada orang-orang yang benar-benar beriman atau yakin dengan prinsip-prinsip tanggungjawab yang terangkum dalam pengertian Khalifah kerana tanggungjawab mentadbir atau mengurus mana-mana sistem atau peraturan tidak boleh dipikulkan ke atas orang-orang yang menentang prinsip-prinsip dan asasnya, seperti Firman ALLAH yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai)" – Surah Al-Nisa, ayat 59.
Pemimpin juga wajar dalam kalangan mereka yang bukan jahil dan tidak mempunyai kecerdikan, sebaliknya hendaklah terdiri daripada kalangan ilmuwan atau ulama yang berakal sempurna dan memiliki kefahaman serta mempunyai kelayakan dari segi intelek dan fizikal.
Mereka juga mestilah terdiri daripada orang-orang yang amanah sehingga dapat diberi tanggungjawab dengan kepercayaan dan tanpa keraguan, seperti Firman ALLAH yang bermaksud: "Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)" – Surah Al-Nisa, ayat 58.
* Penulis ialah Yang Dipertua Gabungan Ikhtisas & Usahawan Bumiputra Anak Selangor (GIBS)

0 Komentar untuk " Memperkasa pemimpin, kepimpinan "