BARU-baru ini, ketika menelaah buku puisi, saya menemukan sajak Ke Mana? karya Nahmar Jamil. Sajak itu berada dalam buku Selamat Pagi Fajar yang diterbitkan dalam tahun 1989.
Ini ialah rangkap pertamanya:
Kurang pasti ke mana/ kita mencari kematangan/ reformasi demi reformasi/ pemberontakan demi pemberontakan/ teknologi demi teknologi/ Nusantara dan dunia.
Saya tertarik kerana dalam tahun 1989 Nahmar Jamil sudah pun menyebutkan reformasi. Ertinya, reformasi bukanlah ciptaan kumpulan alternatif yang mula bangkit dalam tahun 1998, panas hingga kini, dengan slogan “Lawan Tetap Lawan”. Slogan tersebut dimaksudkan akan mengubah kaedah pemerintahan negara agar rakyat hidup lebih selesa.
Sajak Nahmar Jamil tidak mengatakan reformasi akan membawa faedah, kerana arahnya tidak ketentuan. Nahmar menambah: kurang pasti ke mana/ langkah terhimpit/ hati perit.
Nahmar Jamil ialah penyair agama. Pernyataannya tidak menggambarkan kehendak parti politik. Oleh itu kita dapat mempercayai maksud dan maknanya. Ketika menghasilkan sajak tersebut, beliau tidak berada di bawah mana-mana menteri besar atau ketua umum. Oleh itu beliau boleh nampak segala muslihat dengan tepat dan objektif.
Sekarang, menurut tinjauan saya, rakyat Selangor khasnya, dan rakyat Malaysia umumnya, berasa bosan dengan politicking yang tidak habis-habis. Selepas satu-satu pilihan raya, negara dan negeri hendaklah ditadbir oleh pihak yang menang. Pentadbiran hendaklah baik dan aman, jangan beriringan dengan konflik dan perebutan. Dalam hal yang begini, penasihat yang baik bukanlah penasihat yang berada dalam parti politik, tetapi cerdik pandai di luar kepentingan.
Cerdik pandai di luar kepentingan ialah ahli budaya, sasterawan, pensyarah dan pelbagai pihak yang memerhatikan perkembangan politik tanpa hasrat menjadi wakil rakyat atau ketua bahagian atau ketua cabang. Mereka tidak sedetik pun teringin atau termimpi hendak menjadi menteri besar atau jawatan-jawatan seumpamanya.
Sekarang, dalam keadaan serba bosan, rakyat perlu menyuarakan pandangan yang berasaskan keperluan. Jika Tan Sri Khalid Ibrahim atau Datuk Seri Anwar Ibrahim bersuara, penilaian yang objektif hendaklah diberikan kepada penyuaraan mereka. Kita tahu tokoh-tokoh itu mempunyai kemahiran hingga ke tahap tertentu, namun janganlah kita tertipu hingga percaya lebih daripada hakikat. Dalam politik, jika seseorang handal berpidato, panjang sejengkal dapat jadi sedepa, buah pinang pun jadi kelapa!
Rakyat perlu memahami segala peristiwa, dan pemahaman itu hendaklah seboleh-bolehnya pada tahap realiti, bukan dipenuhi tambahan. Kini Pakatan Rakyat telah agak lama mentadbir Pulau Pinang dan Selangor, apakah yang lebih dan apakah yang kurang? Selangor beberapa bulan lalu masih dikatakan cukup baik di bawah Khalid, tapi mengapakah akhirnya beliau perlu dihentikan? Perkara ini jika dijawab dengan baik, akan membuka pekung politik.
Bagi sesetengah pihak, sekarang ialah jangka masa untuk mengiktiraf Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai pentadbir yang baik. Wan Azizah sendiri menyebutkan, “I know how to lead.” (Sunday Mail, 24 Ogos 2014). Menurut beliau, bukti beliau berupaya untuk jadi menteri besar ialah beliau telah mengetuai organisasi selama 15 tahun, dan menjadi ketua keluarga semasa Anwar di dalam penjara. Persediaan Wan Azizah untuk menjadi menteri besar atas asas yang disebutkan itu tidaklah kukuh, kerana menteri besar bukan ketua organisasi politik kepartian, dan bukan juga ketua keluarga yang anggotanya 10 orang, atau kurang.
Adalah baik jika asasnya tidak disebutkan oleh Azizah sendiri, atau oleh Anwar. Kita tidak boleh menolak kehebatan perempuan menjadi ketua, kerana sudah ada bukti di dunia. Namun, kita tidak juga wajar percaya pada pengakuan, kerana pengakuan mudah dibuat, manakala pelaksanaan jauh lebih sukar. Jika Wan Azizah hendak dipilih menjadi menteri besar, prosesnya hendaklahberlaku dalam keadaan tanpa konflik. Jangan merebut jawatan itu daripada Khalid yang baharu saja dipuji oleh Anwar selaku MB yang jujur, amanah, berjimat dan telus. (Sinar Harian, 25 Ogos 2014).
Rakyat yang bergelumang dengan masalah kehidupan tidak menyukai hal-hal sensasi pinang menjadi kelapa. Mereka mengingini kesejahteraan.
* Datuk Rahman Shaari ialah Penerima SEA Write Award daripada Kerajaan Thailand (2007), dan Penyair Gapena (2013). Beliau mantan Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.

0 Komentar untuk " Politik pinang jadi kelapa "