*GENAP seminggu beraya, sudahkah kita menunaikan puasa sunat Syawal, atau lebih dikenali sebagai ‘puasa enam’? Bagi sesetengah orang mereka mula melakukan puasa sunat itu pada raya kedua, berturut-turut selama enam hari.
Tetapi lebih ramai yang belum berkesempatan, atau sengaja tidak mahu melakukan sekarang dengan harapan dapat menyempurnakan sunat yang enam itu pada penghujung Syawal.
Benarlah kata seorang ustaz, dalam hal-hal beribadat sesetengah kita selalu memilih hujung-hujung. Tanya diri sendiri kenapa tidak dilakukan sejak awal, bukankah itu lebih sempurna?
Zakat fitrah boleh dilakukan sejak hari pertama puasa, tetapi kita lakukan di hujung Ramadan, malah pada malam raya. Hatta sembahyang wajib lima waktu pun sering dilakukan tiga empat minit sebelum waktu habis.
Perihal puasa enam, walaupun ada tiga minggu lagi, eloklah kita mulakan esok. Jangan menunggu hingga ke penghujung, sebab mungkin hayat kita tidak sampai ke hujung sana.
*CAKAP memang mudah, tetapi melakukannya susah. Saya sendiri pun belum sempat walau sehari melakukan puasa sunat yang berganjaran tinggi itu. Raya pertama haram berpuasa.
Tahun ini, setelah 10 tahun beraya di Muar, saya mengikut isteri bertakbir di Kuala Terengganu. Lama tidak balik beraya di KT empat hari rasa tidak cukup bertemu kawan dan sanak-saudara.
Tidak mungkin dapat berpuasa raya kedua dan ketiga, sebab kaum kerabat dan saudara terdekat semua mempelawa makan nasi dagang, nasi minyak, ketupat, sate, keropok lekor, ‘ceranang’, ‘nekbat’, ‘jala emas’, hatta ‘tahi itik’.
Hari keempat pun tidak mungkin berpuasa sebab memandu pulang ke KL. Dua tiga kali berhenti untuk minum air tebu, air nira kelapa – di Kelantan dipanggil ‘tuak’ – dan mesti ‘pekena’ patin gulai tempoyak di R&R Temerloh.
Hari kelima pun kantoi sebab pulang ke kampung di Muar bertemu abah dan beraya dengan keluarga di sana.
*BALIK semula ke KL, masih susah untuk puasa enam. Masuk ke pejabat, setiap jabatan mengajak berjamu raya cara pot luck. Masing-masing bawa juadah dan kuih. Saya bawa perut.
Tradisi rumah terbuka atau open house (OH) di KL memang memeriahkan sepanjang Syawal. Setiap hari ada dua-tiga undangan untuk ke OH, baik dari kementerian, agensi, NGO, parti politik dan rakan taulan.
Sabtu dan Ahad jangan cakap, dari pagi, tengah hari, hingga tengah malam, ada sahaja OH. Kalau setiap OH kita makan hanya seketul nasi impit pun, tiba rumah ke-10 tangki sudah penuh.
Walaupun dia orang kata tahun ini ekonomi muram, tetapi orang berebut mengadakan OH. Malah, seawal minggu pertama Ramadan saya sudah menerima banyak undangan OH, termasuk satu daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang undangan OH-nya saya terima puasa hari ke-17.
Jadi OH sana, OH sini, OH siang, OH malam...oh, ohh, ohhh, kalau iman tidak kuat dan keazaman longlai, memang boleh kantoi puasa enam!
*MASIH mengenai Aidilfitri, oleh sebab lama meninggalkan rumah untuk beraya di kampung, tidak ada orang hendak menjaga dan menguruskan Pak Meon. Sehari sebelum pulang ke KT, kami sekeluarga menghantarnya ke 'hotel'.
Memang sedih melihat dia begitu apabila saya mengusap-usap kepalanya. Tetapi dia kira bernasib baik masih diterima di situ, walaupun semua bilik telah ditempah awal untuk cuti raya. Saya kenal tuan punya hotel tersebut, sebab itu dia usahakan juga sebuah bilik untuk Pak Meon.
Pak Meon ialah kucing kesayangan keluarga. Tidak mungkin untuk membawanya bersama beraya di kampung, jadi dia ditempatkan selama seminggu di ‘hotel’ berkenaan dengan bayaran RM25 sehari.
*AKHIR kalam, sambil berketupat dan bersamprit, kena ingat juga fasal denggi. Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan jumlah kematian akibat denggi di seluruh negara sehingga minggu akhir puasa ialah 94 orang, meningkat 224 peratus berbanding 29 tempoh sama tahun lalu.
Jumlah kes denggi seluruh negara yang dilaporkan setakat ini ialah 51,987 berbanding 14,755 tempoh yang sama tahun lalu. Jadi, elakkan pembiakan aedes!
- TOK PERAK

0 Komentar untuk " Perihal ‘tahi itik’ & ‘ceranang’ "