NEGARA kita - secara relatif- aman, sejahtera, makmur ; rakyatnya senang dan kenyang! Ramai gemuk gedempol atau dalam istilah moden obes.
Mereka yang sering keluar negara sedar – kalau pun mereka kurang bercakap, bersyukur di atas kurniaan Ilahi ini. Jika kita menyatakan kesyukuran dengan tindakan, saya percaya ALLAH SWT, akan menambahkan lagi pemberian-Nya.
Orang asing/dagang jumlahnya berjuta di negara kita kelihatan lebih bersyukur daripada anak watan sendiri kepada negara yang memberi periuk rezeki mereka, kebebasan dan perlindungan. Pada majlis berbuka puasa - orang dagang Islam pun ramai - begitu juga solat tarawih terutama di Masjid Petronas KLCC, Masjid Wilayah Persekutuan, Surau Tabung Haji dan lain-lain.
Di Masjid Petronas seolah-olah “Masjidul Haram mini”. Didapati pelbagai bangsa yang berwarna pelangi.
Selepas tarawih, semasa menikmati moreh yang ala kadar, kedengaran berbagai bahasa. Paling penting bagi saya manifestasi ukhuwah atau persaudaraan yang wujud.
Masa solat Jumaat dan tarawih, seperti di Institut Jantung Negara (IJN), majlis perkahwinan dan pengebumian adalah tempat terbaik untuk berjumpa kawan dan lawan yang telah berdekad lama tidak bersua.
Saya selalu terjumpa mereka, sama ada membaharui silaturahim atau luka lama. Kenduri apa pun adalah kegemaran orang Melayu Islam. Mereka sengaja cari helah untuk jamu-menjamu dan hibur-menghibur; ada juga cari apa sahaja jalan tidak mahu bekerja dan belajar!
Apa pun di Kelantan, selepas tarawih dan moreh, ramai berkejar ke restoran, kedai makan, bangsal dan warung untuk makan colek ala Kelantan (lebih kurang pasembur/ rojak) dan minum air nira dalam loghat Kelantan air tuak!
Colek adalah satu budaya yang subur dan popular di Kelantan sepanjang Ramadan. Dengan penghijrahan makin ramai orang Kelantan ke Lembah Klang, saya berharap tradisi makan colek – supper - makan larut malam sebelum sahur - akan berkembang subur di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Putrajaya serta pinggiran (suburbs) bandar-bandar ini.
Colek adalah budaya turun-menurun Kelantan. Antara kedai colek yang popular ialah Selera Cik Siti di Kampung Cherang Tanjung Mas, Jalan Tok Guru, Kota Bharu. Dulu yang tersohor ialah Hotel Perdana.
Minggu lepas saya di Kelantan, makan colek di Selera Cik Siti. Sayang Hotel Perdana baharu belum lagi menyajikan colek. Kot tahun depanlah.
Di Kok Lanas, kedai makan buka hingga larut malam. Pada Ramadan lebih larut lagi! McDonald dan KFC/Pizza Hut dibuka 24 jam tujuh hari.
Saya cuba menyuburkan budaya belajar dan membaca - mencari ilmu 24/7. Saya ingin lokal iaitu penduduk Kok Lanas, pekan Kok Lanas khasnya, makan-minum, bersukan, beribadah juga bekerja menambah rezeki dan simpanan wang (savings) serentak mengejar ilmu seolah-olah mereka tidak akan mati. Ilmu dunia dan ilmu tasawuf untuk mencapai makrifat ALLAH SWT.
Komersialisasi Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
Perayaan Krismas sudah lama di commercialisekan atau di perdagangkan hingga negara Jepun, juga dikenal sebagai Nippon, kedatangan perayaan Kristian itu meriah dan besar.
Di Jepun, lebih meriah dari di Eropah dan di Amerika Syarikat. Sungguh ironis, orang Jepun majoriti pemeluk agama Shintoism dan Budhhism meraikan Krismas (more for commercial reasons than anything else) lebih hebat dari dunia barat yang penduduknya majoriti Kristian. Malaysia, negara majoriti Islam, di ambang memperdagangkan - kalau tidak sudah pun diperdagangkan ibadah puasa dan perayaan Aidilfitri.
Bazar, pasar Ramadan, iftar di hotel dan di kelab sudah normal. Berbuka bersama keluarga di rumah kini terkecuali. Solat tarawih juga telah diperdagangkan, ada imam jemputan, dari luar dan dalam negeri, dibayar lumayan; jika dikumpul jumlah bayaran itu satu musim kita boleh mendirikan beberapa masjid mukim.
Saya tidak menentang ini; ini hasil evolusi ekonomi baharu, kemakmuran, sikap dan pemikiran baharu. Saya lebih suka melihat ‘family gathering/togetherness’ yakni makan-minum bersama keluarga di rumah walaupun keadaan rumah kita daif. Apa lagi dalam Ramadan yang mulia ini.
Makanan di rumah lebih enak walaupun mungkin ambience - suasana persekitaran - di hotel dan kelab lebih selesa.
Adakala di hotel bufetnya - makan selerak - diserbu oleh terlampau ramai pelanggan, rather crowded! Masakan mak, tok dan isteri telah dicommercialisedkan apabila cuisine tradisional ditiru oleh hotel dan kelab.
Sudahlah majoritinya tidak enak, tidak tulen pula! Apa yang dikesalkan berbuka bersama keluarga terdekat dalam ambience rumah sendiri, alam kampung kian terhakis.
Puasa pun tidak seperti dahulu lagi - kini hanya menahan diri daripada kelaparan dan hawa nafsu siang hari tetapi diganti pada sebelah malam berlipat kali ganda in every sense of the word. Lihat saja hidangan di hotel dan kelab. Terang dan nyata pembaziran.
Sampai hari raya, kita telah muak sebab setiap hari selama sebulan makanan tradisional yang lazimnya hanya dihidang pada hari raya sudah pun menjadi hidangan biasa di ‘iftar commercial’.
Adat kebiasaan zaman dulu yang diamalkan dalam bulan puasa turun-menurun seperti bertukar cuisine, bergilir berbuka puasa, menziarahi sesama Islam, kawan dan jiran pada Ramadan dan hari raya sudah berkurangan.
Sekarang kunjungan lazimnya melalui jemputan; mesti dijemput dahulu sama ada menerusi e-mel, sms, faks dan jarang-jarang kad.
Perayaan hari besar kita sekarang merupakan tradisi sahaja - tanpa semangat, adat resam dan roh Melayu Islamnya.
Ketradisionalan sambutan kalau pun ada tidak lagi seperti dahulu, semuanya agak kepura-puraan seperti perhati Speaking, “The Melayu Baru and Islamists are unable even to keep up the pretense that all is well and tradisional” - tradisi yang tidak meyakinkan.

0 Komentar untuk " Budaya colek, supper di Kelantan "