Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Datuk Saifuddin Abdullah memberi jawapan kepada pelbagai persoalan pemimpin mahasiswa tentang penyatuan kebangsaan dalam sesi persidangan Selangor MUN yang ketiga. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Ogos, 2014.
Pemimpin mahasiswa daripada pelbagai universiti kolej menyuarakan kekecewaan mereka dan kebimbangan berkenaan pendidikan, suara ekstremis, isu murtad, dan identiti mereka ketika sesi meja bulat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Datuk Saifuddin Abdullah.
Perbincangan itu dilakukan dalam suasana santai bersama Saifuddin yang sedia membalas setiap pertanyaan mereka, dengan memberi perhatian kepada isu melibatkan mereka, termasuk isu penyatuan kebangsaan.
Saifuddin kemudian berkata, "Soalan yang diajukan memberikan cerminan kepada pemikiran generasi muda hari ini."
Mahasiswa daripada universiti swasta bertanya kepada Saifuddin apa yang boleh dilakukan generasi muda untuk mempromosi penyatuan kebangsaan di Malaysia.
Saifuddin mencadangkan supaya mereka menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Kumpulan Persahabatan Khidmat Antara Agama (FGIS) yang membantu merapatkan hubungan antara kaum dan pemahaman antara kepelbagaian agama.
"Ini salah satu contoh kumpulan yang baik untuk disertai. Mesejnya adalah untuk melaksanakan tugasan bersama-sama. Perbincangan isu juga penting, namun melaksanakan sesuatu tugas secara bersama lebih penting," katanya dalam sesi meja bulat yang diadakan di Universiti Sunway.
Perbincangan itu adalah anjuran Selangor MUN, program Model Bangsa Bersatu pertama di Malaysia dan GMM.
Sesi itu merupakan persidangan tahunan mereka yang ketiga dengan penyertaan lebih 200 belia dari Malaysia, United Kingdom, dan Singapura.
Dalam sidang-sidang MUN ini, mahasiswa memainkan peranan sebagai pemimpin dunia untuk memperlihatkan prosiding dalam pelbagai program berkaitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Seorang lagi mahasiswa bertanya sekiranya mereka dinilai berasaskan kaum dan jika ianya selari dengan penyatuan kebangsaan, manakala yang lain ingin mengetahui mengapa bukan Islam perlu menukar agama sekiranya berkahwin dengan pasangan beragama Islam, di mana Saifuddin menjelaskan – ia sudah termaktub dalam undang-undang Islam.
Kebanyakan mahasiswa membangkitkan soal polisi berasaskan kaum yang makin menyelinap dalam pendidikan apabila biasiswa dan kekosongan di universiti awam untuk sesetengah kaum diutamakan, dan mereka turut mahukan penjelasan Majlis Konsultasi Kebangsaan (NUCC) berhubung perkara itu.
Saifuddin yang juga anggota NUCC berkata pertubuhan itu memutuskan untuk tidak menyentuh soal pendidikan memandangkan menteri pelajaran pada ketika itu sedang merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
"Kita mahu memberikannya masa untuk dilaksanakan. Jadi kami memutuskan untuk tidak menyentuh soal itu," katanya.
Bercakap mengenai sekolah satu aliran, bekas timbalan menteri pendidikan itu berkata beliau mengakui idea berkenaan baik untuk memupuk penyatuan, namun "pilihan juga baik."
"Jadi, kita perlu seimbangkan kurikulum kebangsaan dan pilihan yang kita berikan kepada ibu bapa sama ada ingin atau tidak untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan atau vernakular," katanya.
"Pendapat saya, penyatuan bukan berkenaan uniformiti. Jika kita hidup dengan dua sistem, tidak mengapa, tidak bermakna penyatuan tidak dapat dicapai jika kita ada sekolah vernakular," katanya.
Seorang pelajar yang mengakui sebagai seorang pemain bola keranjang berkata sukan memainkan peranan besar memupuk penyatuan rakyat Malaysia.
"Ada semangat untuk bersatu apabila melihat pasukan kebangsaan bersaing diperingkat antarabangsa," katanya.
Mengakui perkara itu, Saifuddin menambah, sukan merupakan medium terbaik memupuk semangat kebangsaan.
"Kita pergi ke stadium menyokong Harimau Malaya, kita memakai jersi yang sama dan bersorak untuk mereka," katanya.
Beberapa mahasiswa turut memberitahu Saifuddin mereka terganggu dengan suara-suara ekstremis seperti kumpulan Perkasa dan Isma yang semakin kuat, sedangkan suara kumpulan sederhana semakin tenggelam.
"Saya berharap ada platform bagi pihak berkuasa agama untuk duduk dan berbincang isu ini," kata Saifuddin.
Saifuddin kemudian berkata, isu yang dibangkitkan pernah timbul dalam dialog anjuran NUCC.
"Ada satu, dua isu yang pernah dibangkitkan, yang mana dianggap sensitif, namun dibincangkan secara berhemah." – 3 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahasiswa-spontan-bangkitkan-isu-berasaskan-kaum-dalam-penyatuan-kebangsaan#sthash.RXXYYkvG.dpuf

0 Komentar untuk " Mahasiswa bangkitkan isu ekstremis, peranan penyatuan kebangsaan "