SEJAK penubuhan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysian (YPPM) dua tahun lalu, ramai tokoh agama dan intelek yang turut memberi sumbangan terutama idea dan usaha bagi menjayakan pelbagai program bagi mencapai matlamatnya.
Pihak pengurusan, ahli-ahli pengarah dan staf YPPM bersyukur kerana sepanjang melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, kami dipandu dan diberi nasihat oleh Lembaga Mustasyar yang dianggotai tokoh agama dan intelek yang berwibawa dan dihormati.
Sejak ditubuhkan pada 2012, lembaga ini dipengerusikan oleh Tan Sri Prof Ulung Dr Mohd Kamal Hassan, mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini di ISTAC.
Berasal dari Kelantan, beliau seorang tokoh akademik dan intelek antarabangsa yang cukup dihormati dan disegani. Kebetulan, saya juga penuntutnya semasa belajar di UIAM dulu.
Berikutan penamatan tempoh khidmat Datuk Nooh Gadut (Penasihat Majlis Agama Islam Johor) dan Ustaz Badli Shah Alauddin (Pengarah Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang) sebagai ahli Lembaga Mustasyar pada bulan ini dan pulangnya ke rahmatullah Allahyarham Sheikh Prof Datuk Dr Muhammad Uthman El-Muhammady tahun lalu, gantian perlu dicari.
Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah YPPM dengan Dr Mohd Kamal, beberapa nama telah dicadang dan dipertimbangkan. Akhirnya, tiga tokoh telah dipersetujui dan ditawarkan untuk menganggotai Lembaga Mustasyar bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa 1 September. Seorang lagi mustasyar iaitu Datuk Sheikh Hasbullah Abdul Halim, mantan Mufti Negeri Kedah, dikekalkan.
Ahli Lembaga Mustasyar yang baharu ialah Prof Datin Paduka Dr Jawiah Dakir, (Timbalan Pengarah, Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia), Prof Dr Siti Rugayah Hj Tibek (Pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM) dan Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa (Setiausaha, Jawatankuasa Agihan Zakat, Yayasan Diraja Sultan Mizan).
Berkelulusan PhD daripada UKM pada 1991, Dr Jawiah adalah pakar hadis dan ulum al-hadis. Beliau juga pakar bidang tafsir dan ulum al-tafsir. Beliau telah menghasilkan banyak buku, jurnal dan artikel dalam bidang tersebut selain kajian mengenai wanita, pembangunan modal insan dan pendidikan Islam.
Berasal dari Selangor, Dr Jawiah pernah belajar di Maahad Li al-Banat, Kg Jawa, Kelang sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang dan UKM. Di Jabatan Usuluddin dan Falsafah UKM, beliau mengajar kursus kajian hadis, kaedah kajian tafsir dan peradaban Islam, antara lain.
Dr Siti Rugayah adalah graduan Universiti Al-Azhar dan Universiti Ain Syams, Mesir. Ijazah doktor falsafahnya adalah dari Universiti Malaya.
Berasal dari Benut, Johor, beliau pernah memegang jawatan Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik) Fakulti Pengajian Islam UKM dan Pengarah Institut Kajian Rantau Asia Barat di universiti sama. Beliau juga banyak menghasilkan buku, jurnal dan artikel mengenai gerakan dakwah, pengurusan dan pengajian Islam.
Ramai yang mengenali Ustaz Fauzi sebagai pengacara Al-Kuliyyah di TV3 dan Forum Perdana di TV1 RTM, apa lagi beliau pernah dinobat sebagai Pengacara Lelaki Terbaik (kategori TV) bagi Rancangan Agama, Anugerah Media Islam Nasional pada 2008. Berumur 45 tahun, beliau adalah graduan Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab.
Berasal dari Terengganu, Ustaz Fauzi adalah bekas pelajar Kolej Islam Sultan Zainal Abidin. Kini, beliau adalah Penasihat Syariah bagi Hospital Pusrawi Kuala Lumpur dan Presiden, Gabungan Persatuan Pengubatan Islam Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaya (Program Pengajian Awam Syariah Jais) dan di Kolej Yayasan Pelajaran MARA.
YPPM mengalu-alukan kedatangan ketiga-tiga tokoh ini. Satu majlis ringkas tetapi cukup bermakna diadakan minggu lalu untuk meraikan ahli Lembaga Mustasyar yang baharu di Seri Pondok, iaitu ibu pejabat YPPM di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.
Saya mengambil kesempatan ini, bagi pihak Lembaga Pengarah, pengurusan dan staf YPPM, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Datuk Nooh dan Ustaz Badli Shah atas sokongan, jasa dan kerjasama sepanjang berkhidmat sebagai mustasyar. Bagi mengenang sumbangan dan bakti Allahyarham Dr Uthman, saya telah menulis rencana dalam ruangan ini sebagai tribut kepadanya.
Sesungguhnya, pandangan, nasihat dan panduan yang mereka berikan sentiasa menjadi pedoman dan dorongan untuk YPPM melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik dan berkesan.

0 Komentar untuk " Peranan dan sumbangan mustasyar "