DIA bukan sekadar guru, tetapi orang pertama dari luar keluarga yang mengubah saya. Sebelum masuk belajar di kelasnya - 5 Hijau Sekolah Kebangsaan Mahang - pada 1982, saya seorang budak kampung yang kurus dan kuat dibelenggu rasa rendah diri.
Melihat kawan-kawan, saya rasa tidak betah untuk bercampur dengan mereka sebab mereka budak pekan, anak cikgu, anak kerani sedangkan saya budak kampung. Namun apabila bercampur dengan kawan-kawan yang dari kampung, saya dapati mereka terlalu lasak dan tidak sesuai untuk diajak bermain.
Akhirnya, tinggal saya seorang diri tanpa kawan. Namun sejak masuk belajar di kelas cikgu itu, saya banyak berubah. Dia tanamkan saya keyakinan diri yang sebelum itu hampir tidak ada. Dia ajar saya jadi pemberani, dan selalu mahu tonjolkan diri. Itulah titik peralihan yang cukup bermakna dalam hidup saya.
Antara kenangan paling manis waktu itu, saya dipilih masuk pasukan kuiz dan dalam beberapa pertandingan yang disertai, kami berjaya 'pukul' pasukan senior dari kelas darjah enam.
Beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu, saya terima mesej daripada guru sekolah menengah saya, Cikgu Segaran Nair. Kata Cikgu Segaran, dia baharu bertemu dengan guru sekolah rendah saya itu, "daripada 10 minit perbualan kami, enam minit dia sebut pasal you..."
Oh! Terasa mahu menitis air mata. Seorang cikgu yang sudah 32 tahun tidak berjumpa, masih begitu mengingati saya. Lalu saya janji kepada diri, balik ke Alor Setar bercuti raya, saya mesti ke rumahnya. Jasanya pada diri saya, untuk kehidupan saya... tidak terkira.
Sehari sebelum 1 Syawal, berbekal maklumat seorang kawan, saya cari rumahnya di Taman Saga, Simpang Kuala. Saya bawa bersama anak ketiga, Amir Farhan, 10 tahun. Sampai di rumah itu, dia keluar dengan berkain sarung. Saya peluk sambil berkata: " Terima kasih cikgu kerana masih ingat saya!".
Rupanya sudah sangat berubah. Masakan sama lagi, sudah 32 tahun lamanya. Kami bercerita bermacam-macam kisah silam, mengenai kawan-kawan yang membuatkan saya rasa bertambah mengkaguminya kerana ingatannya ternyata masih kuat.
Saya juga katakan kepadanya, "saya sendiri masih ingat cikgu dengan baik, dulu cikgu pakai kereta Opel Kadett. warna jingga... seluar, baju, kasut cikgu selalunya cerah. Dan yang saya paling ingat, cikgu kuat merokok tetapi cikgu selalu pesan, ikut apa yang saya cakap, jangan ikut apa yang saya buat!'
Dia ketawa. Saya bercerita lagi, "cikgu kerap bantu kawan saya, Idris... dia selalu tak datang ke sekolah sebab ayahnya orang susah, selalu sakit dan tak dapat beri dia tambang. Cikgu yang selalu beri dia wang."
Reaksinya, "saya sudah lupa pasal tu." Dia kemudian bercerita, "baru-baru ini, ada bekas murid-murid saya tahun 1970 ketika saya mengajar di Jerantut, buat majlis untuk saya di Kuala Lumpur. Mereka jemput saya dan keluarga, tanggung penginapan kami. Bukan itu yang saya minta tetapi berbesar hatilah kerana mereka masih ingat saya."
Dia kemudiannya terdiam seketika. Saya tidak pasti kerana mahu mengingat ataupun kerana ada yang menyentuh perasaan. Akhirnya dia berkata, "dalam ucapan mengalu-alukan saya, seorang daripada mereka bercerita, apa yang paling dia ingat, katanya, suatu hari ada pameran buku di sekolah.
Dia teringin sangat nak beli kamus, tetapi tak ada wang. Saya pun tak ingat tetapi kata dia, saya tanya apa masalahnya... dia beritahu teringin kamus itu tetapi tak ada wang. Saya beri dia RM5, dengan duit itulah dia beli kamus dan belajar bahasa Inggeris bersungguh-sungguh. Sekarang dia sudah jadi pegawai tinggi polis di Bukit Aman."
Ketika mengajar tuisyen pula, katanya, kalau dapati ada murid yang benar-benar komited, berdisiplin dan keluarganya memang tidak mampu, dia sanggup mengajar mereka secara percuma. Walaupun berlainan bangsa, dia tidak pernah ambil kira.
"Saya selalu cakap pada isteri, tengok anak-anak murid saya, mereka semuanya Melayu, dan saya tak pernah bezakan kulit atau agama. Ini kepuasan bagi saya. Saya tak kaya harta atau wang tapi saya dapat kepuasan dalam hidup dengan mendidik anak-anak saya hingga berjaya, macam kamu."
Spontan, saya terus peluk dia dan berasa tidak mahu lepas. Hari ini, 15 Ogos 2014, ulang tahunnya yang ke 66. Saya malu kerana sekadar mampu menulis coretan ingatan ini berbanding jasanya yang terlalu besar untuk diri saya. Selamat hari ulang tahun Cikgu Murugiah Karuppan Chettiar. Moga cikgu terus sihat. Jasamu sentiasa dalam ingatan!

0 Komentar untuk " Jasamu terlalu besar, Cikgu Murugiah "