ISLAM adalah agama yang maju walaupun umatnya tidak menggambarkan sedemikian. Perubahan adalah sesuatu yang lazim dalam Islam. Maju dan berubahnya masyarakat perlukan pedoman dan tidak bercanggah dengan syarak.
Islam memberi fokus mahu perubahan dan kemajuan itu bermula pada diri manusia (rijal). Bila manusia maju dari segi ilmu agama, sains dan teknologi serta berubah dari segi akhlak dan etika maka pengurusan sumber dan sistem akan berlaku dengan baik.
Maju dan berubah ada dua keadaan. Satu, perubahan dari segi bentuk (form) dan satu lagi perubahan dari segi isi (substance).
Perubahan dan kemajuan yang berlaku di Barat umumnya perubahan bentuk yang bersifat saintifik dan teknologikal. Tradisi Islam tidak menolak perubahan sains dan teknologi tetapi lebih menitikberatkan kepada nilai-guna yang membawa makna kepada kebangunan sains dan teknologi.
Sains dan teknologi selamanya alat bukannya matlamat. Nilai-guna kepada sains dan teknologi itu amat penting.
Teknologi tinggi (high-tech) adalah sesuatu yang lazim dalam perubahan dan pembangunan. Tetapi sentuhan keinsanan dalam sains dan teknologi (high-touch) amat diutamakan dalam Islam supaya ia mampu membangun akal-budi insan bukan merosak dan meruntuhkan.
Sebab itu kriteria maju dan membangun dalam tradisi Islam memberi fokus kepada kesejahteraan hidup manusia yang selari dengan fitrah. Apa makna maju dalam kebendaan dan akal fikir tapi mundur dalam etika dan akhlak. Apa makna maju dan sains serta teknologi dijadikan alat melakukan hegemoni terhadap orang lain dan merosakkan kualiti kemanusiaan.
Maju dan berubah yang diperjuangkan oleh Islam ialah yang mendukung etika tinggi dan sifatnya lebih manusiawi. Yang ditentang oleh Islam ialah sifat zahir yang maju dan berubah tetapi sifat batin yang rakus, zalim dan haiwani.
Di Barat umpamanya perjuangan memperkasa hak asasi manusia tidak lagi berdiri atas asas etika dan bersandar kepada agama. Hal asasi yang mereka perjuangkan lebih banyak berasaskan rasionaliti semata berasaskan hegemoni Barat dalam pemikiran dan aliran fahaman dan cuba dipaksakan kepada orang lain, khususnya kepada masyarakat Islam.
Ia melahirkan konflik Barat-Islam hingga menyebabkan Islam di label sebagai ekstrem, pelampau, fundamentalis malah terroris kerana ingin mengembalikan tamadun Islam semula.
Umat manusia sebenarnya sedang mencari suatu sistem yang tidak menolak kepentingan sains dan teknologi dan dalam masa sama mengekalkan diri dan sistem dalam keadaan yang fitrah.
Sayangnya umat Islam kini tidak menjadi contoh yang terbaik akibat adu-domba kuasa Barat sendiri dan akibat perpecahan, krisis sesama warga umat dan menjadi pengguna setia kepada kemajuan cara Barat dan belum mampu untuk tampil sebagai Order Baru dunia yang menyumbang kepada tamadun baharu umat manusia.
Umat Islam memiliki tiga kekuatan untuk tampil sebagai Order Baru Dunia dan menawarkan corak maju dan berubah kepada dunia. Pertama, Islam pernah bangkit dalam membawa pencerahan di Eropah sekitar abad 7-13. Umat Islam harus reflektif dengannya.
Terdapat 1.6 bilion umat Islam di dunia ini termasuk di Eropah. Sekiranya pendidikan umat Islam kembali kepada strategi integratif dan islamik jenis sumber modal insan akan menjadi lebih mampu.
Sumber tenaga yang banyak di bumi negara Islam seperti minyak, gas, air bawah tanah, uranium dan thorium sebagai bahan tenaga oleh modal insan yang memiliki kepakaran dan pengkhususan, negara Islam mampu bangun menyumbang kepada sesuatu yang lebih bermakna kepada umat manusia. Di sini pentingnya wahdah (kesatuan) dan upaya strategik yang tinggi.

0 Komentar untuk " Islam tidak menentang kemajuan "