RAMAI yang masih mempertikaikan bahawa patriotisme atau semangat cintakan tanah air merupakan satu ideologi sesat lagi menyesatkan.
Dakwaan mereka seolah-olah patriotisme mengambil alih peranan agama lantas meletakkan kecintaan kepada tanah air melebihi kecintaan kepada Tuhan yang seharusnya merupakan kemuncak kepada segala-galanya.
Bagi penulis pemikiran simplistik sebegini tentunya tidak membawa apa-apa makna dan manfaat. Bahkan ia hanya menonjolkan kedangkalan pemikiran yang tidak bersandarkan kepada kefahaman agama yang sejati.
Sebab itulah dalam Islam pentingnya setiap penghujahan akan sesuatu perkara digarap berasaskan kepada ilmu dan fakta yang sahih. Bukannya hanya tergantung pada emosi dan sentimen melulu hingga boleh mengharu-birukan pemikiran dan tindakan.
Memanglah perkataan patriotisme itu sendiri bukannya berasal daripada tradisi ketamadunan Islam. Ini kerana patriotisme terbentuk daripada kata Yunani, iaitu Peter yang bermaksud bapa dan Patris yang bermaksud tanah. Apabila kedua-dua kata tersebut digabungkan, maka muncullah maksud kecintaan kepada tanah air.
Persoalan yang paling mendasar kini apakah patriotisme atau patriotik yang secara mudahnya bermaksud semangat cintakan tanah air itu adalah bertentangan dengan Islam?
Hakikat yang perlu difahami bahawa nilai dan semangat patriotik cukup banyak dipersembahkan melalui pengkisahan daripada al-Quran mahupun hadis.
Sebagai contoh, lihat sahaja kisah yang menggambarkan semangat cintakan tanah air oleh Nabi Ibrahim As sebagaimana yang dirakam di dalam al-Quran.
“Dan (ingatlah, ketika Ibrahim berdoa: ‘Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada ALLAH dan hari kemudian” (Al-Baqarah:126)
Malah Nabi Muhammad SAW sendiri banyak digambarkan dalam hadis betapa nilai kasih sayang kepada tanah air cukup menyebati dalam diri Baginda. Semangat cintakan tanah air dalam jiwa Nabi SAW diriwayatkan dalam banyak hadis, antaranya dialog Nabi dengan bumi Makkah tatkala Baginda terpaksa berhijrah ke Madinah:
“Engkau wahai Makkah merupakan satu bumi yang baik dan paling aku cintai, kalau sekiranya kaummu (pendudukmu) tidak mengeluarkan aku darimu nescaya aku tidak akan tetap di mana-mana tempat selain daripadamu.” (HR Tirmidzi)
Menurut Prof. Emiritus Dr. Hisham Sharabi, dalam Islam, patriotisme dikenali sebagai wataniyah yang diamalkan dalam sempadan sesebuah negara yang tidak akan sesekali membelakangi prinsip agama.
Ini kerana dalam kerangka Maqasid al-Syariah atau matlamat syarak, agama senantiasa terletak pada kedudukan atau hierarki tertinggi dalam senarai kewajiban untuk dipelihara, dipertahan dan dimartabatkan.
Dalam konteks ini, mempertahankan negara dengan maksud memelihara agama juga adalah sebahagian daripada maqasid. Ini kerana Islam juga bangkit dengan asbab wujudnya Madinah al-Munawwarah sebagai Negara Islam yang pertama.
Malah pembentukan perlembagaan pertama dalam sejarah tamadun manusia yang dikenali dengan nama Piagam Madinah oleh Nabi SAW juga adalah satu manifestasi kepentingan pemeliharaan agama melalui pembentukan negara bangsa yang kuat.
Semangat patriotik benar-benar dizahirkan dalam setiap klausa Piagam Madinah yang memperincikan hak dan tanggungjawab setiap kaum dan kabilah sebagai rakyat untuk mempertahankan kedaulatan Madinah.
Sehinggakan disebut dengan jelas dalam perlembagaan pertama kerajaan Islam Madinah bahawa jika Madinah diancam, maka menjadi kewajipan setiap warga mempertahankannya.
Justeru, dapatlah difahami dengan jelas bahawa patriotisme atau kecintaan kepada negara tidaklah bertentangan dengan agama. Malah nilai dan semangat patriotik merupakan wahana bagi memperkukuhkan lagi agama.
Dalam konteks Malaysia umpamanya memelihara agama dengan mempertahankan negara lebih mendesak lantaran kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ini bermakna adalah menjadi satu kewajiban bagi setiap warga khususnya umat Islam untuk sentiasa menyemarakkan kasih sayang dan kesetiaan kepada negara lantaran keperluan untuk terus memelihara, memperkasa dan memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Moga-moga sempena menyambut bulan kemerdekaan ini, setiap warga terutamanya generasi muda dapat benar-benar menghayati makna kecintaan kepada negara atau patriotisme secara tuntas.
* Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

0 Komentar untuk " Islam mengiktiraf patriotisme "