BAGI saya dan saya kira ramai dalam kalangan pembaca budiman, sambutan ulang tahun kemerdekaan membawa nostalgia bersamanya.
Macam-macam kenangan membanjiri fikiran kita.
Pada 31 Ogos 1957, saya bersama murid-murid darjah satu Sekolah Umum Dato Keramat di Pulau Pinang gembira dapat menyertai pelbagai acara dan berulang-ulang melaungkan 'Merdeka' walaupun tidak faham apa sebenarnya kemerdekaan itu.
Melalui siaran radio, berulang kali dengar: "Bahawasanya telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia..."
Kami patuh, malah gembira diminta cikgu berkumpul di padang sekolah untuk raptai bagi menjayakan acara majlis sambutan yang akan dipertontonkan.
Bendera Tanah Melayu dan Pulau Pinang digantung dan dikibarkan di merata-rata tempat di pulau dan tanah besar.
Kami berdiri terpacak setiap kali lagu Negaraku berkumandang dan 'tabiat' itu kekal hingga ke hari. Saya sangat kecewa jika ada yang masih berjalan ketika lagu kebangsaan itu dimainkan.
Biar apa pun masaalahnya, Malaysia tetap negara saya. Inilah bumi yang saya pijak.
Macam-macam acara menghiburkan dan yang menggambarkan kejayaan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan diadakan; kawad, senaman, persembahan tarian budaya dan lakonan berunsur patriotisme.
Perayaan peringkat negeri lagilah hebat. Macam-macam acara dianjurkan di tepi laut di Padang Kota Lama dan di pusat bandar; kereta berhias, perarakan berkumpulan dan cingge.
Cingge adalah perarakan kebudayaan sekumpulan orang (khususnya kaum Cina di Pulau Pinang), yang secara bergilir-gilir menjulang dan mengimbangi sebatang tiang panjang yang biasanya hampir setinggi pokok kelapa yang tinggi, yang dihujungnya diikat dengan bendera besar tiga segi.
Persembahan yang pasti tidak ditinggalkan ialah boria, permainan pentas yang diakhiri dengan nyanyian dan tarian beramai-ramai menggunakan tukang karang (penyanyi utama) dan sailor (ramai penari latar), yang sangat terkenal di Pulau Mutiara.
Ketika dalam darjah tiga, saya bersama rakan-rakan sedarjah, bergabung dengan kira-kira 600 murid sekolah lain - Melayu, Tionghua dan India - untuk bersenam di stadium di Jalan Perak.
Setiap kami diberi seluar 'katok' warna putih (macam yang dipakai ahli tinju). Tidak ada kata secantik bahasa untuk menggambarkan perasaan bangga dan gembira kami ketika itu.
Disaksikan barangkali hampir 10,000 penonton yang memenuhi tangga ayam dan kawasan stadium yang sederhana besarnya itu, kami menampilkan 'kehebatan' masing-masing; bersenam.
Tangan ke atas, ke hadapan, ke bawah, ke kanan, ke kiri, kemudian lompat, lari setempat; macam-macam pergerakan!
Penonton, yang ramai ibu bapa dan kaum keluarga, bertepuk dan bersorak untuk bagi semangat, tidak kira, walaupun ada dalam kalangan kami buat pergerakan pergerakan songsang.
Masa itu, tidak pula dengar cerita atau tuduhan kerajaan boros atau tidak berjimat seperti sekarang. Zaman awal merdeka itu, sebaran am sangat terhad. Hanya radio yang menjadi sumber berita.
Hanya sebuah akhbar mula diterbitkan tepat pada 31 Ogos 1957. Peti televisyen yang pertama saya nampak di kampung saya ialah pada awal 1964.
Perkhidmatan televisyen diperkenalkan pada 31 Disember, 1963, empat bulan selepas negara kita diisytiharkan sebagai Malaysia (16 September).
Dahulu segala bentuk kemudahan kurang. Pada 1957, Tanah Melayu ada 6.278 juta penduduk. Malah pada tahun 1970 pun, rakyat Malaysia baru mencapai hampir 10.9 juta. Mengikut catatat semalam (26 Ogos) Malaysia kini ada 29,818,000.
Terdapat kira-kira 15 akhbar berbahasa Melayu dan 11 berbahasa Inggeris; belum sebut internet, laman sosial yang bercambah, telefon pintar dan macam-macam lagi kemudahan kumunikasi.
Berita, yang fakta dan yang auta, bergerak ke seluruh dunia macam kilat.
Maka bertambah jugalah tugas dan tanggungjawab kerajaan hari ini menentukan usaha sentiasa dilakukan demi kepentingan negara dan rakyat, tanpa memberi ruang kepada dakwaan dan andaian berkaitan dengan pemborosan, penyelewengan dan salah guna kuasa seperti apa yang dikatakan persepsi sesetengah pihak. Wallahualam!

0 Komentar untuk " Inilah bumi yang ku pijak "