SHAH ALAM - Sudah tiba masanya negara mempopularkan produk keluaran tempatan dan mendidik rakyatnya supaya memilih barangan Malaysia.
Ahli Lembaga Pengamanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Shaani Abdullah berkata, sekalipun produk dan barangan yang berkaitan Israel diboikot, pengguna masih mempunyai banyak pilihan lain sebagai alternatif antaranya produk tempatan.
“Kita sudah jadi mangsa (bergantung pada barangan keluaran Israel) lebih 40 tahun. Apa pun, kita kena lihat ke depan, masih belum terlewat untuk boikot (barangan Israel),” katanya.
Beliau berkata, pengguna tidak akan terjejas sekiranya memboikot barangan Israel kerana kepelbagaian produk lain yang ditawarkan di pasaran Malaysia.
“Kita ada banyak produk tempatan. Jadi, kita boleh mula perkenalkan dan popularkan produk daripada syarikat tempatan sehingga kita berjaya. Macam restoran, kita ada restoran mamak, Melayu dan medan selera yang setanding dengan produk luar.
“Hendak popularkan produk tempatan memang ambil masa lama supaya masyarakat boleh menerima produk kita, tetapi itu antara usaha kita sendiri untuk boikot (produk mempunyai kaitan dengan Israel) bagi melemahkan ekonomi mereka,” katanya.
Bagi menjayakan rancangan itu, Muhammad Shaani berkata, masyarakat perlu bersatu hati menyokong tindakan tersebut dan pada masa sama, mereka perlu memberi teguran kepada pengeluar produk tempatan bagi meningkatkan mutu barangan keluaran Malaysia.
“Kita akan maju dan mampu bersaing dengan syarikat antarabangsa. Mereka (syarikat antarabangsa) juga bermula dengan syarikat yang kecil sebelum jadi syarikat nasional dan antarabangsa.
“Kita kena sokong produk kita supaya dapat permintaan tinggi. Nanti akhirnya barangan tempatan boleh dijual pada harga lebih murah. Itu sumbangan kita kepada syarikat tempatan,” katanya.
Walaupun diakui tindakan boikot yang diperjuangkan itu mempunyai kesukaran, Muhammad Shaani berkata, masyarakat perlu menerima hakikat tersebut.
“Kita kena bersedia untuk berkorban. (Apabila tindakan boikot dilakukan) akan ada mangsa, contohnya pekerja. Kalau syarikat tidak boleh jual barang, pekerja akan dikurangkan.
“Tetapi kita kena ingat, dalam proses ekonomi, bila syarikat itu tutup, maka akan ada syarikat tempatan lain yang akan ambil peluang pasaran itu dan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan nanti,” katanya.
Menurutnya, pengguna memegang kuasa yang besar dalam pasaran memandangkan penetapan harga barangan ditentukan mereka.
“Boikot adalah sebahagian daripada ekonomi. Dalam teori ekonomi, harga (barang dan perkhidmatan) ditentukan oleh penawaran dan permintaan. Penentuan harga ini akan berlaku jika pengguna bersatu.
“Jadi tindakan boikot ini akan beri kesan (kepada ekonomi Israel). Perkara ini harus difahami pengguna supaya mereka boleh gunakan kuasa ini secara bijaksana,” katanya.

0 Komentar untuk " Didik pengguna pilih barangan Malaysia "