SYARIKAT tempatan perlu mengambil peluang mengetengahkan produk mereka di pasaran tempatan, rentetan daripada kempen boikot produk Israel yang sedang hangat ketika ini.
Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Dr Baayah Baba berkata, sudah tiba masanya masyarakat mendahulukan produk tempatan daripada mengagung-agungkan produk luar negara.
"Syarikat tempatan itu sendiri perlu mengambil langkah untuk menjalankan kempen 'Belilah barangan buatan Malaysia', yang secara tidak langsung mempromosikan produk mereka tanpa perlu memburuk-burukkan produk lain," katanya.
Katanya, syarikat tempatan juga perlu agresif dengan mempelbagaikan produk mereka untuk memenuhi permintaan pelanggan.
"Tidak dinafikan ada banyak produk tempatan yang bermutu tinggi dan sedap tetapi mungkin sebab ia dijual di tepi jalan dan di tempat yang terpencil menyebabkan orang tidak minat.
"Namun, jika produk itu muncul dengan memperkenalkan konsep lebih eksklusif tidak mustahil orang akan lebih kenal dan menarik minat pelanggan, sekali gus bersaing dengan syarikat sedia ada," katanya.
Mengulas berhubung kempen boikot yang sedang rancak diadakan sekarang, Baayah berkata, dari segi kesan kepada ekonomi, ia boleh menyebabkan syarikat yang disasarkan muflis dan memberhentikan operasi sehingga menyebabkan peningkatan jumlah pengangguran sekiranya ia dilakukan secara berterusan.

0 Komentar untuk " Syarikat tempatan perlu tonjol produk "