HARI ini sudah masuk hari ke-11 Ramadan, bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan ALLAH.
Hakikatnya, Ramadan bukan sahaja bulan yang menyuburkan amalan ibadah khusus seperti puasa, tadarus, Tarawih dan qiamullail, malah turut menitikberatkan aspek tarbiah atau latihan bermuamalah.
Yang dimaksudkan muamalah sudah tentulah merujuk kepada hubungan sesama manusia dalam konteks duniawi selain daripada ibadah ta’abudiyyah yang khusus kepada penyempurnaan hak ALLAH semata-mata.
Ramadan sebagai madrasah pengukuhan hubungan antara manusia dengan Penciptanya turut menjadi bulan pemerkasaan budaya bermuamalah sesama manusia.
Selain berlapar makanan dan minuman, umat Islam dituntut untuk menjaga ibadah puasanya daripada perbuatan yang menjejaskan pahalanya seperti pertelingkahan dan permusuhan sesama insan.
Ini ditegaskan Rasulullah SAW: “Puasa itu perisai, maka apabila seorang daripada kamu sedang berpuasa, janganlah berkata kotor dan berbuat bodoh dan apabila ada seseorang yang mencacinya atau mengajaknya bertengkar, maka hendaklah ia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: “Betapa banyak orang berpuasa tetapi ia tidak mendapatkan sesuatu daripada puasanya itu melainkan lapar dan betapa banyak orang yang melakukan solat malam tetapi ia tidak mendapatkan sesuatu daripada solat malamnya itu kecuali tidak tidur.” (Riwayat an-Nasa’i, Ibn Majah dan al-Hakim)
Hadis ini memberikan indikasi penting, dalam kita bertungkus-lumus memastikan hak ALLAH ditunaikan, jangan sesekali lupa hak tersebut hanya dapat disempurnakan jika hak sesama manusia juga dipelihara.
Oleh itu, setiap kali datangnya Ramadan, ia disambut bagaikan pesta bagi umat Islam yang mengerti dan menghayati kelebihan besar yang dijanjikan ALLAH.
Pesta ibadah ini bukan sahaja menjadi medan perlumbaan umat Islam yang ingin menggandakan ibadah khusus kepada ALLAH, malah meningkatkan amal kebajikan dan kebaikan sesama manusia. Ini termasuklah menjamu makan berbuka puasa kepada orang lain.
Rasulullah SAW turut menekankan: “Sesiapa menjamu berbuka puasa bagi yang berpuasa, maka baginya seperti pahala mereka (yang berpuasa) tanpa dikurangkan sesuatu pun daripada pahala mereka." (Riwayat Ibnu Majah)
Namun di sebalik kerancakan pesta ibadah ini, ada kalangan kita menjadikan Ramadan ‘pesta juadah’ dengan terlalu memfokuskan kepada pengisian perut, bersedia dengan senarai panjang juadah berbuka dengan beraneka makanan dan minuman.
Bazar Ramadan menjadi medan kerakusan umat berbelanja mengikut hawa nafsu yang mampu menghakis kualiti berpuasa sebagaimana saranan agama.
Tidak kurang juga hotel pelbagai bintang menyediakan pakej berbuka hingga mencecah ratusan ringgit bagi setiap kepala. Menariknya dalam keriuhan sana-sini mengenai kos barangan dan sara hidup yang dikatakan meningkat, ramai manusia yang memenuhi hotel ini setiap hari.
Di sesetengah negara Islam, ada laporan mengaitkan peningkatan pesakit di bulan Ramadan lantaran pengambilan makanan secara berlebihan.
Penulis sendiri tergamam membaca petikan berita di Sinar Harian semalam yang melaporkan peningkatan mendadak bilangan pesakit yang mengalami masalah makan berlebihan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sejak hari pertama Ramadan.
Arab News melaporkan, Jabatan Kecemasan Hospital Mafraq melaporkan, kebanyakan mereka menghadapi masalah penghadam dan kembung perut yang dikaitkan dengan pengambilan makanan berlebihan dan masalah buah pinggang kerana dehidrasi.
Menurut Ketua Jabatan Kecemasan, Dr Biniam Tesfayohannes, jumlah pesakit meningkat dua kali ganda berbanding kebiasaan.
Katanya, "Perubahan corak pemakanan dan jenis pengambilan menyumbang terhadap masalah ini. Ia berpunca daripada makan secara gelojoh dan terlalu banyak pengambilan karbohidrat..."
Dalam keghairahan menjamu selera dan berbelanja besar untuk berbuka puasa, umat juga harus sentiasa dipasakkan dalam pemikiran agar terus berpegang teguh kepada prinsip dan nilai ibadah dan muamalah Islam sejati. Ini termasuklah untuk sentiasa membudayakan kesederhanaan dalam berbelanja dan menjamu selera.
Apa yang lebih mustahak jangan sampai keghairahan menjamu selera dan berbelanja pelbagai juadah untuk berbuka melupakan kita kepada falsafah dan nilai sebenar Ramadan.
Natijahnya Ramadan yang seharusnya menjadi pesta ibadah yang menjanjikan seribu satu kelebihan hanya sekadar pesta juadah tanpa makna dan tujuan.

0 Komentar untuk " Ramadan: Pesta ibadah atau juadah? "