JALAN Tuanku Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Jalan TAR di sini, memang sinonim sebagai syurga membeli-belah pada setiap musim perayaan terutama hari raya dan Deepavali, kerana di situlah juga peniaga bermusim mencari rezeki.
Ramadan kali ini tidak terkecuali dan tinjauan Bernama mendapati segenap ruang di situ sehingga ke Jalan Masjid India, dipenuhi peniaga yang menjual pelbagai barangan keperluan menyambut Aidilfitri - daripada pakaian sehinggalah kuih raya.
Mohd Nasiruddin Shah, 28, antara peniaga bermusim yang mengambil kesempatan menjual kuih raya di situ, berkata tempahan kuih diterimanya seawal pertengahan Jun, iaitu dua minggu sebelum Ramadan.
"Kuih sarang semut, semperit, kuih bebola kristal, tat nanas dan kuih coklat putih antara yang banyak ditempah. Kuih coklat putih ini kami baharu perkenalkan tahun ini," katanya kepada Bernama.
Peniaga tudung yang hanya mahu dikenali sebagai Nor Azman, 21, pula berkata antara corak yang diperkenalkan tahun ini dan menjadi pilihan pengunjung ialah tudung Aishah, Cincin dan Maria yang dijual pada harga RM35 hingga RM45.
"Biasanya tudung daripada fabrik sifon paling digemari oleh golongan bekerjaya," katanya menambah harga bergantung kepada corak tudung iaitu antara RM45 dan RM50.
Turut menjadi tumpuan pembeli ialah aksesori termasuk kerongsang dan bagi seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam, Mohd Faris Ramli, 21, rezeki daripada kerongsang yang dijualnya dimanfaatkan untuk menampung perbelanjaan di universiti.
"Selain menjual kerongsang batu berkilauan dari Korea, saya juga menyediakan perkhidmatan membaiki kerongsang," katanya.
Peniaga baju Melayu, Almitri Manjalina, 25, pula berkata beliau menjadi peniaga bermusim di Jalan TAR sejak lapan tahun lepas.
"Biasanya pelanggan akan memilih sama ada baju Melayu cekak musang atau baju Melayu Johor. Kami jual baju dewasa dan juga kanak-kanak pada harga yang sangat berpatutan," katanya.
Turut mengambil peluang berniaga di sini ialah penjual kain batik dan pelekat Nor Hisham Noris, 30, yang menyifatkan Jalan TAR sebagi lubuk rezeki setiap kali Ramadan.
"Bulan puasa memang datang ke Jalan TAR untuk menjual kain pelekat dan kain batik pelbagai corak. Kalau hari biasa operasi perniagaan dijalankan di Arkeb Ibu Kota," katanya.
Menurut peniaga yang ditemui Bernama, sekalipun aktiviti perniagaan bermula seawal 9.30 pagi, pengunjung lazimnya membanjiri Jalan TAR selepas waktu berbuka dan berlanjutan sehingga tengah malam.
Kata mereka suasana akan bertambah meriah pada hari-hari terakhir Ramadan apabila rata-rata peniaga mula mengadakan jualan murah bagi memastikan barangan habis dijual sebelum Aidilfitri. - Bernama

0 Komentar untuk " Peniaga bermusim meriahkan Jalan TAR "