SAYA tabik seorang pensyarah yang berani membuat pengakuan kepada umum dari atas pentas betapa beliau rasa malu apabila ditegur seorang kanak-kanak 10 tahun kenapa beliau minum dengan tangan kiri.
“Budak lelaki itu hampiri saya. Dia macam takut-takut. Suaranya terketar-ketar,” cerita pensyarah yang berusia dalam lingkungan 50-an itu, ketika menjadi panel pada satu ceramah.
Pensyarah itu menjelaskan beliau minum dengan tangan kiri kerana jari-jari tangan kanannya ada kesan makanan, tetapi terlupa dalam keadaan demikian, beliau sepatutnya boleh pegang gelas dengan tangan kiri dan ampu dengan tangan kanan.
Kes demikian bukan sedikit. Malangnya, setengah daripada kita banyak terlepas peluang mendapat ganjaran melalui sunnah dalam hidup kita, sama ada kerana tidak tahu atau tahu tapi terlupa.
Ambil contoh mengenai adab masuk dan keluar masjid, surau serta rumah. Mengikut sunnah, masuk tempat-tempat ini sepatutnya dengan kaki kanan (sebab ia tempat baik) dan keluar dengan kaki kiri (sebab di luar banyak pancaroba), tetapi berapa ramai amalkan secara istiqamah?
Berapa kali kita lupa baca doa selepas makan dan doa ketika bangun tidur?
Saya ingin berkongsi kisah seorang kanak-kanak lelaki dari seberang bernama Musa Hanafi.
Ceritanya, dia diperkenalkan oleh ibu bapanya dengan alif, ba ta pada usia dua tahun. Pada usia empat tahun, dia sudah mampu hafal 10 juz al-Quran dan apabila mencapai umur 5 tahun 10 bulan, sudah hafal 29 juz. Dalam masa sama, dia belajar bahasa Arab dan Inggeris. Masya-ALLAH!
Di Nigeria pula, seorang kanak-kanak perempuan, Rukkayatu Fatahu Umar pula menghafal seluruh 30 juz al-Quran awal tahun lalu pada usia tiga tahun lapan bulan. Subhanallah!.
Ini hanya dua kisah luar biasa tentang kebesaran ALLAH. Tentu ada lagi peristiwa-peristiwa menakjubkan seperti itu yang saya tidak tahu.
Moral daripada cerita pencapaian cemerlang kanak-kanak ini ialah betapa hebatnya potensi yang ALLAH letakkan dalam otak manusia hingga kanak-kanak berusia serendah itu mampu menghafal seluruh al-Quran.
Kalau potensi itu terus dibajai, bayangkan betapa bertambah geliganya otak kanak-kanak berkenaan apabila mereka menjadi remaja.
Saya cuba memikirkan betapa banyaknya nikmat dan ganjaran yang boleh kita dapat apabila masa dan peluang digunakan sebaiknya.
Kita ambil contoh masa dan peluang yang kita ada kita memandu, umpamanya.
Katakan kita ambil dua jam setiap hari memandu. Daripada biarkan fikiran melayang tanpa tujuan, daripada sakitkan tekak memarahi pengguna jalan raya, daripada membiarkan stres menguasai perasaan, adalah lebih baik digunakan masa itu menghafal ayat-ayat al-Quran.
Kalau kita mampu hafal satu ayat sahaja setiap dua hari, maka kita sudah hafal kira-kira 180 ayat dalam setahun. Kalau 10 tahun? Masya-ALLAH!
Kadangkala kita lupa hikmah di sebalik pengisian masa dengan menghafal ayat-ayat al-Quran, umpamanya. Kalau menyebut satu huruf, ALLAH hadiahkan banyak ganjaran, bayangkan berapa banyak ganjaran kita dapat apabila kita mengulangi ayat-ayat al-Quran dalam proses menghafalnya.
Dalam masa sama, kita berjaya menjauhkan diri daripada cenderung bercakap perkara sia-sia atau memikirkan benda yang menimbulkan stres.
Pembaca budiman pun lebih maklum, perhitungan ALLAH tidak sama dengan perhitungan makhluk-Nya.
Satu contoh lagi; kalau kita buat satu kebaikan, ALLAH beri kita 10 ganjaran, tetapi jika kita buat satu keburukan, ALLAH beri satu dosa sahaja.
Kalau kita berniat mahu buat satu kebaikan, kita dapat satu pahala dan kalau berniat mahu buat satu keburukan, ALLAH tidak ambil kira sehinggalah keburukan itu dilakukan. Betapa Pemurahnya ALLAH!
Untuk renungan bersama: Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu hendak makan, makanlah dengan tangan kanan dan apabila ingin minum, minumlah dengan tangan kanan. Sesungguhnya, syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (Riwayat Muslim) Selamat berpuasa.
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/kenapa-minum-dengan-tangan-kanan-1.297685“Budak lelaki itu hampiri saya. Dia macam takut-takut. Suaranya terketar-ketar,” cerita pensyarah yang berusia dalam lingkungan 50-an itu, ketika menjadi panel pada satu ceramah.

0 Komentar untuk " Kenapa minum dengan tangan kanan "