ALOR SETAR – Kerajaan Pusat sedia mempertimbangkan dan merealisasikan beberapa projek yang dirancang Kedah termasuk pembinaan lapangan terbang baru di Kulim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kerajaan negeri sudah memberi beberapa fakta mengenai cadangan pembinaannya tetapi kedua-dua pihak perlu berbincang lebih lanjut mengenai keperluan dan implikasinya terhadap kawasan persekitaran dan negeri ini.
Beliau berkata, banyak faktor yang perlu diberi perhatian berhubung pembinaan lapangan terbang ketiga di Kedah.
"Apa yang penting ialah semua projek yang bakal dilaksanakan itu dapat memberi impak besar kepada ekonomi negeri,” katanya kepada media selepas mengunjungi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.
Menurutnya, banyak projek lain turut dicadangkan kerajaan negeri kerana ia adalah rancangan yang penting menjelang Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) yang berakhir menjelang tahun 2020.
“Saya diberi penerangan dan maklum balas oleh kerajaan negeri. Memang kalau diikutkan senarai itu terlalu panjang dan memerlukan komitmen yang agak tinggi.
“Bagaimanapun, kita perlu perbincangan lebih lanjut mengenainya sebelum dibentangkan di Parlimen pada Jun 2015,” katanya.
Abdul Wahid berkata, kerajaan Pusat menyokong apa jua inisiatif yang ingin dilaksanakan kerajaan negeri tetapi bergantung kepada kemampuan dan kedudukan ekonomi negara.
“Bukan saja dari segi kewangan tetapi kewujudan infrastruktur lain yang sedia ada di kawasan itu.
“Kita perlu melihat konsep pembangunannya dan cara dibiayai. Ini sudah tentu memerlukan penelitian dan perbincangan bersama,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/pusat-sedia-timbang-cadangan-kedah-1.296097Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kerajaan negeri sudah memberi beberapa fakta mengenai cadangan pembinaannya tetapi kedua-dua pihak perlu berbincang lebih lanjut mengenai keperluan dan implikasinya terhadap kawasan persekitaran dan negeri ini.
Beliau berkata, banyak faktor yang perlu diberi perhatian berhubung pembinaan lapangan terbang ketiga di Kedah.
"Apa yang penting ialah semua projek yang bakal dilaksanakan itu dapat memberi impak besar kepada ekonomi negeri,” katanya kepada media selepas mengunjungi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.
Menurutnya, banyak projek lain turut dicadangkan kerajaan negeri kerana ia adalah rancangan yang penting menjelang Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) yang berakhir menjelang tahun 2020.
“Saya diberi penerangan dan maklum balas oleh kerajaan negeri. Memang kalau diikutkan senarai itu terlalu panjang dan memerlukan komitmen yang agak tinggi.
“Bagaimanapun, kita perlu perbincangan lebih lanjut mengenainya sebelum dibentangkan di Parlimen pada Jun 2015,” katanya.
Abdul Wahid berkata, kerajaan Pusat menyokong apa jua inisiatif yang ingin dilaksanakan kerajaan negeri tetapi bergantung kepada kemampuan dan kedudukan ekonomi negara.
“Bukan saja dari segi kewangan tetapi kewujudan infrastruktur lain yang sedia ada di kawasan itu.
“Kita perlu melihat konsep pembangunannya dan cara dibiayai. Ini sudah tentu memerlukan penelitian dan perbincangan bersama,” katanya.
0 Komentar untuk " Pusat sedia timbang cadangan Kedah "