GABUNGAN resipi Malaysia dan Indonesia telah mewujudkan kelainan kepada martabak istimewa yang dihasilkan seorang peniaga Khairil Anuar Ahmad, 46, sehingga ia digemari ramai pengungjung bazar Ramadan di Kulim.
Martabak yang dinamakan 'Murtabak Malindo' itu boleh didapati di pasar malam sekitar bandar ini dan sempena Ramadan kali ini, ia boleh didapati di Bazar Ramadan Taman Selasih di sini.
"Berdasarkan kepada cita rasa martabak di negara ini, kebanyakannya mempunyai rasa pedas kerana ada pengaruh masakan dari India, tetapi rasa dari Indonesia pula terdapat rasa manis. Kedua-dua cita rasa tersebut saya cuba satukan," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Sempena Ramadan kali ini, Khairil Anuar menghasilkan kira-kira 600 biji martabak sehari dan dijual pada harga RM2.50 sebiji.
"Jika di pasar malam, saya hanya mampu berjualan anggaran 200 hingga 300 biji martabak tetapi di bazar Ramadan boleh cecah hingga 600 biji sehari," katanya.
Pengalaman bekerja sebagai pembantu dapur di Bukit Kiara Country & Resort, Kuala Lumpur sekitar tahun 1980-an, membantu Khairil Anuar dalam menghasilkan martabak yang istimewa sejak 17 tahun lepas.
Khairil Anuar yang berasal dari Sik menjalankan perniagaan itu menjual martabak di beberapa pasar malam sekitar Kulim dengan dibantu isterinya, Saadah Abdul Hamid, 28 serta dua anak lelakinya berusia 16 dan 17 tahun.
"Saya menggunakan daging anggaran 10 kilogram setiap hari serta adunan rempah dengan menggunakan sebuah mesin memproses yang dibeli dengan harga RM1,900 untuk memudahkan kerja penyediaan adunan inti martabak yang menjadi resipi utama," katanya.
Beliau berkata, resipi istimewa yang diperkenalkan ini membantu beliau memperoleh pendapatan lebih di bazar Ramadan, setiap tahun.
Mengenai perancangan masa depan, Khairil Anuar berhasrat meluaskan jualan 'Murtabak Malindo' itu dengan menghasilkan martabak sejuk beku untuk dipasarkan ke seluruh negara dalam masa terdekat. - Bernama

0 Komentar untuk " 'Murtabak Malindo' gabungan citarasa dua negara "