PADA masa saya kanak-kanak, ada orang meneriakkan “Merdeka!”, dan ada orang lain menegurnya, “Jangan bertempik begitu, nanti polis tangkap.” Latar masa ketika itu ialah tahun 1956.
Saya yang berusia 7 tahun berasa hairan, mengapakah teriakan “Merdeka!” boleh menyebabkan polis marah? Apakah makna perkataan “merdeka” itu?
Pada tahun 1957, bapa saya memuji Tunku Abdul Rahman kerana berjaya memerdekakan Tanah Melayu. Setelah itu saya mendengar nama Umno, kemudian nama Pas, dan agak lama kemudian nama Parti Rakyat.
Saya menghadiri kempen pilihan raya dibawa oleh bapa, dan saya tahu Umno berkawan dengan MCA dan MIC menjadi Perikatan, manakala Pas pula tidak mahu berkawan dengan siapa-siapa. Bagi Pas, Umno ketiadaan ‘t’ kerana memerlukan MCA dan MIC. (Saya sebut ‘t’ saja, kerana huruf itu limaginatif.)
Perkataan ‘t’ itu dituturkan oleh tokoh Pas, Abu Bakar Hamzah. Parti Rakyat di bawah Ahmad Boestamam pula bangun mengatakan bahawa perkara penting dalam pentadbiran negara ialah kerajaan mesti membantu semua rakyat tanpa mengira bangsa atau kaum.
Namun, kaum yang mengetuai Parti Rakyat adalah Melayu belaka: Kassim Ahmad, Kampo Radjo, Syed Husin Ali dan beberapa lagi. Bagi mereka, golongan kapitalis ialah penindas golongan marhaen atau proletar. Setakat itu saya kira, sudah cukup untuk kita memulakan langkah memahami politik.
Salah satu daripada ciri politik ialah perubahan luar jangkaan. Itulah sebabnya ada definisi figuratif tentang politik, iaitu a game of possibilities. Tiada yang tidak mungkin dalam politik.
Apabila Perikatan bertukar menjadi Barisan Nasional di bawah Tun Abdul Razak, Pas turut serta. Pas tidak mengekalkan hasrat bersendirian. Orang Melayu berasa bahagia atas tindakan persaudaraan dua parti politik Melayu yang besar itu, tetapi perpisahan berlaku pula.
Apabila berpisah, Pas menyatakan hasratnya mahu membangunkan Negara Islam setelah semangatnya diperkuat kemenangan Islam di Iran, dan Umno melalui Dr Mahathir mengemukakan slogan ‘Penerapan Nilai-nilai Islam’.
Lama kemudian, Pas yang bersendirian, berkawan baik dengan Semangat 46, dan kemudian dengan DAP dan PKR pula. Pada masa ini, jika kita memahami politik Pas, kita akan mendapati benarlah politik itu serba mungkin.
Pas boleh bersendirian, boleh juga berada dalam Barisan Nasional, dan kemudian boleh pula akrab dengan DAP yang menolak Negara Islam.
Sekarang, sesiapa yang memahami maksud celoteh ini, pasti tidak akan bercakaran hanya kerana politik. Politik itu akan berubah lagi. Petiklah apa-apa peristiwa pun. Semua peristiwa yang mengejutkan kita adalah logik dilihat dari kaca mata politik.
Pada awal dekad 1980an, politik Malaysia heboh oleh keputusan Anwar Ibrahim menyertai Umno. Ketika itu Pas berada di luar Barisan Nasional. Bukan orang Pas saja yang terperanjat, orang Umno pun terperanjat juga.
Sebenarnya, sesiapa yang tahu tentang keakraban Anwar dengan Mahathir, hal itu sekali-kali tidak menghairankan. Setakat Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Anwar tidak mahu menyertai Umno, mungkin baginya Tun Razak tidak mencapai tahap Dr Mahathir.
Orang tua-tua Melayu ada mengatakan, bersahabat jangan terlalu akrab, kerana sahabat akrab mudah merajuk. Tidak besar jumlah rakyat yang faham bahawa pertelingkahan Anwar dengan Mahathir menjadi parah kerana mereka bersahabat akrab.
Oleh itu, celoteh ini bertujuan menyatakan hakikat yang difahami oleh orang tua-tua Melayu.
Dalam PKR pun perkara itu berlaku. Keluarnya Ezam Mohd Nor dari parti tersebut bukanlah kerana prinsip kepartian sepenuhnya. Beliau amat akrab dan tahu tentang Anwar.
Seterusnya, apakah akan terjadi kepada Azmin Ali jika gagal menjadi Menteri Besar Selangor? Umno mungkin akan menerimanya, seperti mana kini Pas dan PKR menerima beberapa tokoh kecil Umno.
Pelik kah tokoh-tokoh yang berjasa kepada Umno, dan pernah memperoleh kesenangan hasil politik Umno, tiba-tiba merajuk lari ke parti lawan? Politik serba mungkin.
Namun pandangan itu mudah kita patahkan sendiri, tidak perlu dipatahkan oleh orang lain. Barisan Nasional pun pernah menerima orang PKR, apakah salahnya Pakatan Rakyat menerima orang Umno? Bukankah itu 2X5 namanya? Kita terimalah hakikat ini dengan tenteram.

0 Komentar untuk " Memahami dua kali lima politik "