JIKA lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka.

Nabi Muhammad SAW pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur.

Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi Muhammad SAW.

Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah Umar Ibn al-Khattab, orang Yahudi telah diberikan penempatan dan keamanan di Alia, Palestin.

Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut.

Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu.

Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka.

Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi Muhammad SAW, isteri Baginda yang dikasihi Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah.

Ada sahabat yang mulia bernama Abd Allah bin Salam.

Beliau seorang Yahudi, bahkan merupakan tokoh agamawan besar Yahudi.

Beliau menganut Islam dan amat dihormati.

Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam.

Katanya: “Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”.

Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang.

Rasulullah bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?”

Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda

Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”.

Jawab mereka: “ALLAH lindunginya dari perkara tersebut”.

Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”.

Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad Rasulullah”.

Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”.

Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti masyarakat Eropah dahulu.

Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan.