JUALAN pakaian siap keluaran Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) bagi bulan Ramadan tahun ini meningkat 15 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pengarah Kumpulan Jakel, Datin Farah Haryani Muhammad Philip berkata, peningkatan tersebut didorong dengan sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
“Ini kerana jualan baju Melayu Aaron Aziz dan Zizan Razak mendapat sambutan paling hangat dan sentiasa terjual untuk musim perayaan kali ini,” katanya selepas program Jom Beraya Bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Aaron Aziz di Jakel, Kuala Lumpur, semalam.
Turut hadir bersama di program tersebut adalah penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza dan pelakon popular tanah air, Aaron Aziz.
Menurut Farah Haryani, Jakel turut yakin jualan baju Melayu Aaron Aziz mampu mengatasi jualan tahun lalu sebanyak 600,000 pasang.
“Ini kerana Aaron sentiasa memberi komitmen dalam mempromosikan baju Melayu tersebut.
“Selain itu, kami juga turut akan mengadakan jualan lelongan pada malam raya yang melibatkan Baju Melayu Aaron Aziz dan Zizan Razak serta koleksi pakaian mampu milik dan eksklusif Datuk Siti Nurhaliza buat orang ramai,” katanya.

0 Komentar untuk " Jualan pakaian siap Jakel meningkat "