ISMA bantah penggunaan nama lagu kebangsaan sebagai nama NGO baru - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

ISMA bantah penggunaan nama lagu kebangsaan sebagai nama NGO baru

BANGI, 18 Julai – Ikatan Muslimin Malaysia hari ini menyatakan bantahannya berikutan penggunaan nama lagu kebangsaan oleh NGO baru yang dikenali sebagai Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia (NEGARA-KU).

Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata, penubuhan mana-mana NGO yang memiliki tujuan dan agenda khusus yang belum terbukti bermanfaat kepada masyarakat tidak boleh berselindung di sebalik nama rasmi yang menjadi milik seluruh rakyat Malaysia sejak sekian lama.

“Nama NEGARAKU telah termaktub sebagai nama rasmi lagu kebangsaan.

“Jadi tindakan menggunapakai nama NEGARA-KU sebagai nama pertubuhan yang hanya dianggotai oleh kumpulan minoriti tertentu hanya akan menimbulkan salahfaham dan kekeliruan.

“Maka adalah sangat tidak wajar bagi pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk meluluskan pendaftaran NGO baru ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Awal minggu lalu, Datuk Ambiga Sreenevasan mengumumkan penubuhan NGO baharu yang diberi nama Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia (NEGARAKU).

Naib Presiden Ikram Zaid Kamarudin merupakan Pengerusi Negaraku, manakala Ambiga Sreenevasan dan A Samad Said berperanan selaku penaung NGO itu.

Ujar Tuan Haji Aminuddin, berdasarkan latarbelakang NGO baru itu, rata-ratanya dipimpin oleh mereka yang telah bertahun-tahun berdemontrasi jalanan atas nama BERSIH.

Juga terbukti antara mereka pernah mewujudkan suasana gelisah sehingga menjurus ke arah huru-hara.

“Jadi sekiranya penubuhan NGO baru ini diluluskan, sudah pasti ianya akan mengundang suasana tidak aman dan menggugat ketenteraman awam,” ujar beliau kepada pemberita.

0 Komentar untuk " ISMA bantah penggunaan nama lagu kebangsaan sebagai nama NGO baru "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ