Graduan Usahawan
OLEH: Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad.
Jika kita bertanya kepada siswa-siswi yang sedang menuntut di universiti tentang kerjaya pilihan mereka maka jawapannya pastilah kerja yang ada kaitan dengan bidang yang sesuai dengan pengkhususan mereka. Mungkin ada segelintir yang terpaksa mengambil pengkhususan yang bukan minat atau pilihan mereka, namun dalam memilih kerjaya mereka tetap mahukan kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing. Oleh tidak hairanlah apabila tamat sahaja pembelajaran dan mendapat segulung sijil, maka berebut-rebutlah graduan-graduan kita menghantar resume dan menghadiri temuduga bagi mendapatkan pekerjaan.
Ada yang bernasib baik tetapi ramai juga yang terpaksa menganggur berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum mendapat kerja. Ada pula yang tidak memilih kerja dengan merebut apa sahaja peluang yang ada hinggakan bukan satu fenomena yang pelik lagi apabila graduan kita bekerja sebagai jurujual, promoter, pembantu kedai makan, pembantu kedai dan sebagainya.
Dari satu segi memanglah bagus kerana sikap tidak memilih pekerjaan itu membuktikan bahawa mereka mahu berdikari. Tetapi apabila kita fikirkan dengan lebih jauh sedikit maka kita pasti rasa kecewa apabila seorang yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan mampu berfikir mensia-siakan sumber kekuatannya ini dengan melakukan kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh orang lain. Alangkah baiknya kalau kekuatan ini disalurkan kearah yang lebih menguntungkan ummah dan negara? Kenapa tidak graduan ini memilih untuk bekerja sendiri berbanding dengan hanya mengharapkan dunia makan gaji hingga sanggup menerima tawaran yang tidak setimpal dengan kelulusan, kemahiran dan kebolehan mereka. Sedangkan apabila mereka memulakan perniagaan, mereka bukan sahaja mempunyai kebebasan dari segi waktu kerja tetapi mereka juga bebas menggunakan kreativiti, daya fikir, wawasan dan hala tuju hidup mereka. Malah jika mereka benar-benar serius dan bersungguh-sungguh mereka satu hari nanti pasti akan mencapai tahap kebebasan kewangan pula.
Pihak kerajaan menerusi pelbagai badan dan organisasi yang telah dilantik menyediakan pelbagai peluang, pinjaman dan latihan bagi graduan yang mahu menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ini. Namun begitu peratusan mereka yang merebut peluang ini amat kecil dan peratusan mereka yang berjaya pastilah lebih kecil lagi. Pada Tahun 2005, kajian yang dijalankan oleh pihak UPM mendapati hanya 2.4 peratus sahaja graduan yang menjadi usahawan. Peratusan ini sangatlah kecil kalau dibandingkan dengan bilangan graduan yang menganggur.
Ada beberapa sebab utama yang membuatkan graduan tidak berminat dengan dunia keusahawanan ini:
1. Tiada Jaminan. Graduan kita telah banyak melihat rakan-rakan atau senior mereka yang mendapat pekerjaan dengan syarikat-syarikat besar atau Perkhidmatan Awam serta menerima gaji setiap bulan. Disamping itu mereka ini mudah membuat pinjaman untuk memiliki kenderaan dan menikmati pelbagai insentif lain. Malah dalam kalangan ahli keluarga juga rata-ratanya terlibat dengan dunia makan gaji hinggakan tidak mempunyai gaji tetap itu sama seperti tidak mempunyai pekerjaan. Maknanya, kalau graduan kita terlibat dengan bidang perniagaan maka ramai yang beranggapan bahawa mereka tidak punya pekerjaan.
2. Tidak Bersedia. Masalah siswa-siswi kita ketika mereka masih berada di kolej atau universiti ialah mereka tidak mempersiapkan dirinya dengan ilmu-ilmu keusahawanan. Malah mereka yang mengambil jurusan perniagaan sendiri tidak memiliki ‘soft skill’ untuk lahir sebagai usahawan yang berjaya. Mereka tidak belajar cara untuk berdikari, berkomunikasi, penampilan diri, kepimpinan, pergaulan dan sebagainya. Mereka juga tidak diajar cara mempengaruhi, keyakinan diri, estim diri dan sebagainya. Sedangkan semua kemahiran itu perlu untuk lahir sebagai usahawan yang berjaya. Apabila mereka tiada ilmu maka mereka anggap bahawa mereka tiada kebolehan. Sedangkan ilmu boleh dicari dan kebolehan boleh dilatih. Oleh itu, siswa-siswi perlu melihat kolej dan universiti sebagai tempat bukan sahaja bagi memperolehi ilmu-ilmu akademik tetapi juga bagi memupuk pelbagai kemahiran hidup yang tidak diajarkan dalam bilik kuliah. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti kampus, persatuan, menggerakkan projek-projek kemanusiaan dan kebajikan akan mengasah bakat dan kebolehan dalam ‘soft skill’ ini.
3. Takutkan Kegagalan. Tidak berapa lama dahulu seorang sahabat saya dari MARA menceritakan bagaimana MARA telah memberikan latihan dan seterusnya pinjaman kepada 24 orang graduan untuk lahir sebagai usahawan ICT yang berjaya. Hasilnya, setelah 6 bulan menjalankan perniagaan hanya 3 orang sahaja yang berjaya, yang lain kembali semula ke dunia makan gaji dengan pendapatan RM1,000 – RM2,000 sebelum. Disamping itu mereka juga terpaksa membayar semula pinjaman MARA yang telah diterima dahulu. Mendengar cerita-cerita sebegini membuatkan graduan yang lain tidak mahu mengambil risiko dan takutkan kegagalan. Bagi mereka lebih baik tidak menjadi usahawan daripada hidup menanggung hutang. Inilah masalahnya, kita lebih melihat kepada mereka yang gagal dan berkata bahawa itulah juga nasib kita nanti. Sebaliknya kita lupa untuk lihat mereka yang berjaya dan belajar dari pengalaman dan kejayaan mereka. Lebih teruk lagi apabila kita tidak percaya bahawa kita boleh jadi seperti mereka. Akibatnya, kita takut kepada kegagalan berbanding berani untuk berusaha dan mengecapi kejayaan.
4. Masalah Sikap. Sikap mahu buat kerja mudah, mahu cepat kaya, mahu bergaya, kerja sambil lewa, malas, kurang berdisiplin dan sebagainya adalah punca utama kegagalan seseorang usahawan muda. Modal boleh dicari, peluang ada dimana-mana, bantuan boleh diperolehi tetapi kalau diri sendiri tidak benar-benar bersedia bagi memberikan komitmen seratus peratus dan sepenuh hati maka apa juga perniagaan yang dillakukan akhirnya akan berakhir dengan kegagalan. Aset terpenting bagi menceburi bidang perniagaan bukannya produk yang bagus atau peluang keemasan tetapi aset terpenting adalah diri graduan itu sendiri. Ramai usahawan yang mensabotaj diri mereka sendiri dan mensia-siakan peluang yang diberikan. Sebab itu, apabila keputusan telah dibuat untuk menceburi bidang perniagaan maka ketika itu cabaran, kesusahan, kegagalan perlu dijangkakan dan persediaan diri bagi menghadapi situasi ini mestilah ada. Dengan sikap tidak mudah mengalah dan putus asa graduan mampu memungkinkan apa yang dianggap mustahil oleh ramai orang.
5. Kurangnya Pendedahan. Berapa kerat sangat siswa-siswi kita yang terdedah kepada bidang keusahawanan sewaktu di kolej dan universiti? Hanya segelintir. Dan segelintir ini jugalah yang akhirnya berani memilih untuk bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan. Untuk berjaya sebagai seorang usahawan para graduan perlu tahu aspek pemasaran produk, perancangan perniagaan, pengurusan, kewangan dan perhubungan kemanusiaan. Pendedahan awal jika diberikan kepada siswa-siswi akan memberikan mereka keyakinan dan kepercayaan yang mereka boleh berjaya apabila menceburkan diri sebagai seorang usahawan. Malah siswa-siswi atas inisiatif sendiri perlu menyertai pelbagai latihan yang disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta sewaktu masih belajar lagi dan inimembolehkan mereka lebih memahami, serius dan berani menceburi bidang perniagaan ini.
https://www.facebook.com/notes/dr-tengku-asmadi-bin-t-mohamad/graduan-usahawan/10151210762288163

0 Komentar untuk " GRADUAN USAHAWAN "