SME Bank mengagihkan pinjaman kepada 1,737 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berjumlah RM2.73 bilion sepanjang tahun lalu, selari dengan peranannya untuk menyediakan pembiayaan dan memupuk pembangunan PKS di negara ini.
Bank itu dalam satu kenyataan berkata, peranan dimainkan SME Bank juga menyaksikan kompleks kilang di bawah Program Premis Usahawan SME Bank merekodkan kadar penghunian 91.8 peratus daripada 439 unit yang tersedia.
Program itu menyediakan penyewaan ruang kilang yang bersesuaian dari segi lokasi, kos dan lengkap dengan kemudahan asas kepada usahawan terpilih.
Selain itu, 43 syarikat didaftarkan di bawah program IQ Dagang bank itu telah berjaya menukarkan idea mereka kepada perniagaan yang dapat diterima oleh bank untuk tujuan pinjaman perniagaan.
"IQ Dagang ialah platform digunakan SME Bank untuk mendapatkan individu yang memiliki idea inovatif untuk meneroka kemungkinan mengkomersilkannya jika dilihat berdaya maju," menurut bank tersebut.
Selain itu, SME Bank turut merekodkan keuntungan sebelum cukai RM93.97 juta pada 2013, iaitu hampir 1.5 kali lebih tinggi berbanding jumlah sasaran.
Pendapatan kasar daripada perbank.an Islam bank tersebut turut menunjukkan kenaikan 22 peratus kepada RM209.3 juta berbanding 2012, membuktikan pertumbuhan besar dalam aset perbankan Islam milik SME Bank, selari dengan sasarannya menjadi institusi kewangan pembangunan berdasarkan syariah sepenuhnya menjelang 2015.

0 Komentar untuk " PKS dapat manfaat "