Badai Yang Melanda
Saban hari kita menyaksikan asakan puak-puak yang ingin mewujudkan arus yang bertentangan dengan kemurnian perlembagaan yang telah menjadi garis panduan, set perundangan dan neraca nilai bagi kehidupan bermasyarakat yang pelbagai. Setelah sekian lama nenek moyang kita hidup dalam aman dan sentosa dengan semangat kerjasama dan kekitaan, timbul seperti cendawan tumbuh selepas hujan, entiti bahkan individu yang membawa slogan untuk mematahkan hasrat bapa-bapa kemerdekaan yang sudah dijejaki dan diusahakan oleh nenek moyang kita sedari pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
Dengan indikator diskriminasi, mereka mula mempersoalkan perbezaan antara bumiputera dengan bukan bumiputera. Ironinya pelopor perjuangan ini adalah majoritinya sekumpulan bangsa yang kelihatan memainkan peranan yang dominan dengan kewujudan kelompok kecil bangsa-bangsa lain yang tidak pun menjadi barisan hadapan yang kononnya menyokong dan menggambarkan alternatif kepada imej keharmonian dan perpaduan kaum. Adalah musykil untuk berfikir tentang dinamik perjuangan ini kerana ia hanyalah realiti yang lahir secara sendiri yang membuktikan versi sebenar diskriminasi dalam konteks Malaysia hari ini. Ia hanyalah satu seruan oleh satu kelompok bangsa (bukan semua ahli bangsa tersebut) yang tidak berpuas hati, seperti kata pepatah, diberi betis mereka mahukan peha atau tidak sedar diuntung.
Selain itu, tuntutan yang mencabar kesucian Islam dan kedaulatannya seperti kononnya membanteras diskriminasi terhadap golongan LGBT sebagai satu kelompok manusia yang harus dibela. Sekiranya ia dipenuhi, maka LGBT akan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat lantas menjadi norma yang membumi yang akhirnya akan membawa kepada pengiktirafan secara sah di sisi undang-undang sebagai satu bentuk jantina atau seksualiti yang mempunyai hak seperti seksualiti lain yang boleh berkahwin, yang boleh mempunyai anak sendiri (melalui ‘surrogate mother’) atau mengambil anak angkat. Sebenarnya ia sudah pun berlaku dan saya pernah berhadapan dengan situasi ini (di luar negara); seorang lelaki yang menukar jantina menjadi wanita mengambil anak angkat bersama pasangannya.
Bukan sekadar LGBT, bahkan hak kebebasan beragama dan menyebarkan fahaman yang bercanggah dengan Islam seterusnya mengelirukan dan merosakkan aqidah umat Islam adalah antara indikator kepada perjuangan yang mematikan perlembagaan. Masih musykil untuk difikirkan kerana hak kebebasan beragama sudah pun diiktiraf oleh perlembagaan. Namun hakikatnya mereka masih menyuarakan hasrat yang sama kerana hasrat mereka adalah dengan maksud yang berbeza; mereka mahu orang Islam juga mempunyai hak untuk murtad dan mereka mahu ajaran yang bertentangan dengan Islam diiktiraf dan diberikan kebebasan tersebut bukan kerana mereka sendiri yang ingin mengamalkan agama tersebut. Akan tetapi, kerana ia merugikan dan menggugat kedudukan Islam dan aqidah umat, maka seruan sebegini menjadi perisa kepada maksud kebebasan beragama mereka.
Yang paling mengejutkan sekali adalah perjuangan yang mahukan hak untuk tidak beragama dan tidak terikat dengan mana-mana kepercayaan sedangkan negara terbentuk dengan semangat perlembagaan dan Rukun Negara yang menjadikan Malaysia seperti yang ada pada hari ini. Ironinya, mereka mengatakan bahawa mereka adalah nasionalis yang cintakan tanah air dan perwira negara.
Begitu juga dengan fahaman songsang oleh orang Islam sendiri yang mempropagandakan ‘Moderate Muslim’ seperti yang diperkatakan oleh seorang yang terkemuka dalam bidang perundangan bahawasanya seorang Muslim yang menolak perlaksanaan hudud itu adalah masih seorang Muslim yang baik. Juga dalam aliran pemikiran feminisme yang menular, puak-puak feminisme ini berpendapat bahawa seorang Muslimah juga boleh berpoligami seperti seorang lelaki Muslim kononnya atas dasar kesaksamaan.
Juga terdapat isu-isu lain seperti penggunaan kalimah Allah oleh majalah The Herald yang berkait rapat dengan unsur pluralisme dan agenda kristianisasi oleh ‘evangelist’, tuntutan COMANGO yang mengenepikan sensitiviti agama Islam sebagai agama Persekutuan dan terbaru gerakan NEGARA-KU yang dinaungi figura-figura yang sudah dikenali dengan agenda yang memusuhi Islam dan perlembagaan.
Wajah Sebenar
Setelah diteliti, rupanya puak-puak ini berniat untuk mengubah struktur masyarakat dan nilai-nilai kehidupan setempat agar Malaysia tidak terlalu dipengaruhi oleh kedaulatan Islam dan hak-hak orang Islam (yang majoritinya Melayu). Menyedari intipati Perkara (3) yang bertitik-tolak daripada nilai sejarah dan aspirasi bapa kemerdekaan, mereka sudah menjangkakan sekiranya mereka tidak berbuat apa-apa, maka mereka akan terpaksa tunduk kepada Islam dan kepimpinannya.
Oleh kerana itu Perlembagaan dan pembentukan negara adalah satu perantaraan yang baik. Ia tidak memansuhkan fakta sejarah kedaulatan Islam dan ketuanan Melayu serta matlamat yang diimpikan oleh bapa kemerdekaan untuk menyaksikan Malaysia suatu hari nanti sebagai sebuah negara Islam yang sempurna. Pertimbangan ini memperkuat dan menjamin keaslian negara agar tidak terhakis dengan pola pemikiran yang bercanggah dengan semangat perlembagaan dan arus perjuangan yang melemahkan kedudukan Islam.
Mengambil kira Australia yang sudah wujud lebih seabad dengan perlembagaannya. Sepanjang tempoh tersebut, terdapat lebih daripada 40 percubaan untuk mengubah perlembagaan melalui proses referendum. Namun, hanya 8 pindaan yang berjaya dan pindaan-pindaan itu hanyalah berkaitan dengan struktur pentadbiran negara dan ‘good governance’. Ia langsung tidak berkaitan dengan mengubah aspirasi dan identiti negara.
Adapun pindaan yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk menjaga hak-hak orang asli di Australia, ia adalah ‘reversal amendment’. Ia menghapuskan satu prinsip iaitu “no man’s land” yang diputuskan pada suatu ketika oleh mahkamah yang menafikan orang asli di Australia sebagai penduduk asal dan pemilik tanah setempat.
Berbalik kepada reformasi yang kononnya ingin dibawa di Malaysia, tiada reformasi yang diperlukan. Kita mengiktiraf bumiputera termasuk orang Melayu sebagai penduduk asal dengan hak-hak yang terjamin, bahkan kita memberikan peluang kepada bangsa-bangsa lain termasuk bumiputera bukan Melayu untuk turut serta dalam pentadbiran negara, jika boleh saya rujuk kepada rombakan dan perlantikan baru ahli-ahli kabinet. Berbanding dengan Australia, Malaysia lebih jauh memperjuangkan keadilan antara bangsa kerana tiada atau hampir tiada atau hanya sejumlah yang sangat kecil orang asli di Australia mendapat tempat yang dihormati dalam masyarakat apatah lagi pentadbiran negara. Jika orang-orang asli di Malaysia masih merasakan bahawa diri mereka dizalimi dan didiskriminasi, mengapa mereka tidak pula menjadi pimpinan di barisan hadapan mengepalai Lim Kit Siang dan Ambiga sendiri?
Kata Putus
Jadi apakah matlamat perjuangan puak-puak penentang ini sebenarnya? Ia hanyalah rekayasa yang mahu memperdaya masyarakat dan meletakkan mereka seolah-olah berada dalam kezaliman dan penindasan yang hakikatnya tidak wujud. Ia hanyalah perjuangan yang mahu memenuhi kehendak manusia yang tiada batasnya pada masa yang sama menyukarkan usaha memenuhi aspirasi bapa kemerdekaan. Dana yang disalurkan kepada puak-puak liberal, sekular dan plural di Malaysia ini adalah bersumber daripada satu agenda yang sama dengan dana yang disalurkan kepada Israel untuk menyeksa rakyat di Palestin. Sesungguhnya inilah kezaliman yang sebenar.
Islam sudah sedia diiktiraf oleh perlembagaan. Di situlah keadilan, kebajikan, bahkan hak asasi manusia yang menepati syariat dan tidak melanggar hak Allah. Apa lagi yang dimahukan? Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan kedudukannya, kerana perubahan yang mereka inginkan itu akan merugikan Islam semata-mata. Jika sesuatu perubahan itu diperlukan, maka ia adalah perubahan pada masyarakat Islam itu sendiri dengan tarbiyyah dan pembinaan sensitiviti terhadap agenda musuh.
Seorang peguam pernah berkata kepada saya, “Islam tidak akan pernah luput dari Malaysia kerana peruntukan perlembagaan sedia ada.” Saya setuju. Oleh sebab itu saya faham mengapa begitu rancak gerakan dan seruan anti-perlembagaan sejak kebelakangan ini; kedudukan Islam dan hak-hak orang Melayu terpelihara secara ‘double-entrenched’. Namun ketahuilah dan percayalah, selagi umat Islam dan orang Melayu bersatu dan berpegang kepada prinsip, serta mengaitkan realiti hari ini dengan kisah hari semalam, selagi itu perlembagaan itu mustahil untuk dipinda atau reformasi dapat dilaksana kerana apa sahaja tuntutan atau gerakan yang wujud, tidak lain dan tidak bukan untuk mencabar dan melemahkan kedudukan Islam itu sendiri.
Danial Ariff Shaari
Aktivis ISMA

0 Komentar untuk " Gerakan anti perlembagaan mencabar legasi bapa kemerdekaan "