Apa sudah jadi dengan IKRAM? - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Apa sudah jadi dengan IKRAM?

Kalau dulu sebelum membuat keputusan untuk mendokong gagasan Pakatan Rakyat masih lagi mencari sedikit dalil untuk mengharuskannya walaupun ianya jauh menyimpang daripada kaedah yang sebenarnya. Kalau tidak kerana beberapa orang ahli mesyuarat meminta disediakan satu kertas kerja sebagai hujjah syarak untuk mendokong PR sudah tentu ianya hanya memakan masa antara Maghrib dan Isyak bahkan lebih awal lagi kerana kertas cadangan yang disediakan oleh Zaid Kamaruddin tidak disandarkan kepada hujjah syarak yang jelas. Itupun hampir diluluskan oleh ahli mesyuarat setelah dua tiga helai dibentang oleh Zaid Kamaruddin. Beberapa orang ahli telah meminta agar disediakan satu kertas kerja yang bersandar kepada kaedah kaedah syarak.

Cadangan diluluskan juga untuk mendokong gagasan PR dengan sedikit tambahan kertas hujjah syarak akan dikemukakan kemudian nanti. Kaedah syarak yang dikemukakan selepas itu ialah Masalih Mursalah walaupun ianya amat jauh daripada pengkaedahan yang sahih.

Apa yang membimbangkan sekarang ialah IKRAM sedikitpun tidak mengeluarkan hujjah syarak dengan kaedah yang jelas ketika mengambil keputusan untuk bersama dan mengetuai Jawatankuasa Pemandu Negara-Ku oleh tokoh yang sama. Setakat ini hujjah yang dikemukakan secara akli tujuan perpaduan dan keharmonian kaum, di mana kaedah syarak yang sepatutnya diutamakan. Bukan hanya berdasarkan kepada akal manusia semata-mata, di mana ilmu para ilmuan agama dalam IKRAM yang sepatutnya mengemukakan hujjah syarak yang jelas dan sahih.

Kalau keputusan dulu hujjah syarak dibawa selepas keputusan dibuat, itupun penggunaan kaedah yang tidak jelas dan tepat. Adalah tidak menjadi satu kesalahan jika hujjah syarak dan kaedah fekah dibentangkan kepada umum untuk dibuat penilaian oleh alim ulamak di luar organisasi lebih-lebih lagi ianya melibatkan kepentingan umat dan masyarakat.

Kalau PAS dengan Tahaluf Siasi, bagaimana pula dengan IKRAM ketika mengadakan kerjasama dengan kafir? Sudah menampakkan perjuangan dan aliran pemikiran hampir sama dengan apa yang diperjuangkan oleh Ambiga dalam menangani isu LGBT. Pada awal pengisytiharan Negara-Ku, dinyatakan kebersamaan dalam kumpulan tersebut adalah dalam perkara yang berkaitan dengan keadilan sejagat, keharmonian kaum dan perpaduan masyarakat majmuk tetapi tiba-tiba isu LGBT yang diperkatakan bahkan hampir menyamai apa yang diperjuangkan oleh Ambiga. Adakah IKRAM akan memperjuangkan Islam yang sepatutnya atau liberal yang bertopengkan Islam dan disenangi oleh musuh-musuh Islam?

Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Yang Dipertua Majlis Syura ISMA
Merangkap Yang Dipertua ISMA Pasir Puteh

0 Komentar untuk " Apa sudah jadi dengan IKRAM? "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ