Di sebalik Negara-Ku: NGO peroleh dana asing, perjuang agenda asing - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Di sebalik Negara-Ku: NGO peroleh dana asing, perjuang agenda asing




Apabila ISMA mengkritik penubuhan Negara-Ku sebaik ia dilancarkan, Ambiga membuat kenyataan balas.
He will have to explain how that is so. Why is he so nervous about the movement?”
Tambah Ambiga lagi,
The movement is based on the Federal Constitution, Malaysian Agreement and the Rukunegara. What is his problem with that?”
Pada hari pelancaran Negara-Ku, ISMA mengatakan bahawa ISMA kenal siapa Ambiga, NGO beliau dan semua yang berada di sebalik tabir. Wajar sahaja kenyataan itu dibuat kerana sejarah penglibatan Ambiga dan rakan-rakannya dengan membawa agenda asing juga dibantu pendanaan luar sudah bermula seawal tahun 2000 lagi. Ia bukan sesuatu yang asing sebenarnya.
AGENDA YANG BERUSIA 10 TAHUN
Seperti di atas, saya mengatakan penglibatan Ambiga dan golongan seangkatannya sudah bermula sejak tahun 2000 lagi. Bermula dengan penubuhan IFC (2001), Gerakan Artikel 11, BERSIH 1.0 (2007) sehingga 2.0, Festival Seksualiti Merdeka (2008), COMANGO (2009), COMANGO (2013) dan terkini adalah Negara-Ku (2014). Begitulah konsistennya Ambiga dan rakannya walaupun sudah lebih 10 tahun. Agenda mereka tidak lari daripada 4 paksi ini:
1)     Hak kebebasan beragama dengan mafhum kebebasan untuk keluar daripada Islam dan kebebasan untuk mengiktiraf fahaman Islam sesat seperti Syiah dan tidak tertakluk kepada kebebasan dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
2)     Pengiktirafan hak samarata dengan cara menghapuskan hak istimewa orang Melayu.
3)     Atas dasar “Freedom for All” mereka mengiktiraf hak manusiawi songsang seperti hak LGBT tetapi bukan dalam soal diskriminasi pekerjaan. Ia lebih kepada pengiktirafan kepada identiti songsang dan cara hidup mereka.
4)     Merubah fahaman dan struktur dalam negara serta Perlembagaan Persekutuan supaya selari dengan idea negara sivil (konsep Liberal-Demokratik acuan Barat).
Memang ia tidak jauh berbeza dengan demokrasi yang diamalkan di barat terutamanya Amerika. Sekularisasi agama yang berlaku, kebebasan yang tanpa batas, penafian hak bumi dan penolakan kepada struktur dan identiti negara berasaskan tradisi dan fundamental agama adalah antara ciri mudah yang boleh diketengahkan. Biarpun mereka menggunakan perkataan dan ayat yang diplomatik dalam mengaburi mata rakyat daripada memahami agenda mereka namun begitu sejarah yang sudah lebih 10 tahun panjangnya mustahil boleh dikaburi. Konsep demokrasi inilah yang sedang mereka usahakan.
AGENDA NEGARA LIBERAL DEMOKRATIK BARAT
Ia mula diperkenalkan ketika zaman Presiden Ronald Reagan (Republican, 1981-1989) yang mula-mula memposisikan ideologi demokrasi sebagai rujukan kepada dasar luar Amerika. Seterusnya, merangka strategi mempromosikan demokrasi ala Amerika dengan menubuhkan segala infrastruktur seperti National Endowment of Democracy (NED) dan menghubungkannya dengan Research And National Defense (RAND Corp) untuk melakukan reformasi di negara-negara serantau. NED selepas penubuhannya pada 1983 telah berjaya melakukan lebih 1000 projek non-government di hampir 90 buah negara termasuk Malaysia.
Bagaimana projek mempromosi demokrasi ala Amerika/Barat ini dilakukan? Ia dilakukan dengan menjalinkan kerjasama yang luas dalam hal berkaitan polisi ekonomi, sosial dan budaya. Bagi menterjemahkan polisi ini, strategi yang digunakan ada sebahagian kaedahnya adalah dengan membuat infiltrasi melalui gerakan sivil. Gerakan sivil telah menjadi nadi utama dalam program ini. Seperti apa yang disebut oleh William I. Robinson dalam tulisan beliau bertajuk Globalization, the World System, and “Democracy Promotion” in U.S Foreign Policy menyebut “..penetrate not just the state, but the civil society… and from therein exercise control.” Satu perubahan strategi yang beransur-ansur berubah daripada pendakatan Top-down, kepada perubahan dari dalaman menggunakan gerakan sivil dan mengesani masyarakat serta negara. Ini juga apa yang dilakukan di Malaysia. Pendanaan dan latihan merupakan antara perkara-perkara yang mereka sediakan.
NEGARAKU, COMANGO dan IFC
Terdapat juga NGO yang menjadi tulang belakang BERSIH turut sama menjadi tulang belakang kepada perjuangan COMANGO dan Negara-Ku. Daripada 68 NGO yang berada di dalam Negaraku ini, 18 daripadanya terdiri daripada NGO koaliasi COMANGO. Daripada 54 NGO yang berkoaliasi di dalam COMANGO sebanyak 29 NGO menerima dana asing antaranya daripada NED, NDI, Asean Foundation, Global Fund For Woman, Human Right Watch (berpangkalan di Washington) dan Open Society yang diasaskan oleh George Soros.
Dalam lambakan NGO di dalam COMANGO dan Negara-Ku, tidak kurang juga terdapat NGO seperti HAKAM dan MCCBHST yang setelah sekian lama memperjuangkan pluralisme agama di dalam Interfaith Council (IFC) turut sama bergabung di dalam Negara-Ku. Menurut portal AIDC, Malik Imtiaz (peguam bagi IFC) merupakan Presiden HAKAM. Antara pengasas awal HAKAM adalah dua orang aktivis pelajar hak asasi Australia yang sekarang ini berkecimpung di dalam PKR iaitu Tian Chua dan Elizabert Wong. Sifirnya mudah sahaja, apa yang dilakukan mereka sejak dahulu lagi adalah konsisten, sama tetapi hadir dengan pelbagai entiti dan organisasi yang berbeza. IFC, BERSIH, COMANGO dan Negara-Ku adalah sama walaupun tidak serupa. Mereka sejak dahulu lagi tidak pernah berputus asa menentang Islam dan cuba merubah elemen kenegaraan. Kerana itu tidak pelik pada hari pelancaran NGO Negara-Ku, Dr. Kua Kia Song (Pengerusi SUARAM) menuntut kajian semula terhadap Rukunegara dengan sengaja mempersoalkan kerelevenan elemen “Kepercayaan kepada tuhan” supaya mengambil kira pandangan golongan atheis dan pantheis.
Aksesori yang dipakai Negara-Ku dengan mengetengahkan beberapa NGO yang menggunakan label Islam tidak merubah apa-apa. NGO seperti Islamic Renaissance Front (IRF), Lingkaran Islam Traditional (LIT), Muslim Profersional Forum (MPF), Sisters In Islam (SIS) dan IKRAM turut sama bergabung dalam Negara-Ku. Keterlibatan gerakan-gerakan ini masih tidak mampu merubah hakikat bahawa agenda yang dibawa oleh golongan ini bukanlah agenda yang selari dengan kedaulatan Islam di Malaysia. Bahkan mereka bertujuan mensekularkan peranan Islam yang sudah sekian lama tertegak sebagai agama negara supaya ia dikecilkan hanya pada ruang peribadatan individu sahaja. Ia juga cenderung merubah ruh keluhuran perlembagaan yang sedia ada. Saya sarankan kepada NGO Islam ini supaya segera bertaubat dan menelaah buku semula.
KESIMPULAN
Sebelum melanjutkan cerita tentang membina keharmonian negara, Ambiga sendiri perlu memberi justifikasi bahawa beliau dan NGO Negara-Ku serta NGO-NGO yang beliau terlibat sebelumnya tidak membawa apa-apa agenda asing yang sebenarnya berhasrat melakukan proses hegemoni terhadap jiwa rakyat Malaysia dalam bentuk kolonialisasi yang baru, mengubah struktur perlembagaan yang dihormati, merubah status negara Islam Malaysia, mengecilkan kedaulatan Islam di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesekali mengiktiraf Syiah, LGBT, murtad dan lain-lain.
Di satu sisi lain, inilah yang ditentang oleh ISMA dan keseluruhan rakyat Malaysia. ISMA berhasrat tinggi untuk melihat Malaysia menjadi negara yang lebih baik dan maju namun begitu ia merupakan hasil yang diusahakan oleh jiwa rakyat sendiri yang penuh ikhlas dan merdeka. Ia bukan terhasil daripada campur tangan kuasa asing ataupun dengan mengambil celupan yang berbeza daripada konsep yang dibawa oleh syariat Islam.
Muhammad Aiman Ahmad Faudzi
Aktivis ISMA
http://www.ismaweb.net/2014/07/di-sebalik-negara-ku-ngo-peroleh-dana-asing-perjuang-agenda-asing/
0 Komentar untuk " Di sebalik Negara-Ku: NGO peroleh dana asing, perjuang agenda asing "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ