BANGI, 14 Julai – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyifatkan bahawa ufuk demokrasi yang dipegang oleh Ahli Parlimen Parit Buntar sangat sempit.
“Mengapa ufuk demokrasi dia sangat sempit? Saya umpamakan politik yang dipegang Mujahid sebagai politik ‘terompah’ kerana gagal memahami kehendak seluruh rakyat Malaysia secara adil,” kata beliau kepada ISMAweb hari ini ekoran desakan Mujahid supaya ISMA dan Perkasa diharamkan baru-baru ini.
Menurut Ustaz Abdullah, Mujahid lebih cenderung hanya dijadikan alat kepada minoriti bukan Islam bukan memperjuangkan politik keMalaysiaan yang sebenar.
“Bagaimana nak tegakkan politik yang adil jika berasaskan ketamakan minoriti semata-mata? Jadi Mujahid bukan politikus Malaysia yang berwibawa, tetapi hanya alat untuk kepentingan asing,” kata beliau lagi.
0 Komentar untuk " Mengapa ufuk demokrasi Mujahid begitu sempit? "