Umum mengetahui penduduk asal kepada Amerika adalah Red Indian ataupun Native American yang berkulit hitam. Penghijrahan bangsa kulit putih daripada benua Eropah telah merubah identiti negara tersebut menjadi negara milik bangsa berkulit putih.
Sejarah Amerika bermula daripada satu siri perjuangan ekstremis Kristian dalam usaha mereka menguasai tanah Amerika yang kaya dengan hasil bumi. Kawasan yang dikenali sebagai New England ataupun Yankee memiliki satu sejarah yang membuktikan terbinanya negara Amerika di atas perjuangan puak ekstremis Kristian yang datang daripada benua Eropah.
Ketika wujudnya ketegangan antara Raja England dan Pope Roman Katolik pada kurun ke-17, di mana ketegangan tersebut telah membawa kepada tertubuhnya mazhab Church of England yang dianuti oleh Raja England, sebahagian penduduk England yang bermazhab Protestan telah diketepikan daripada mendapatkan hak yang sebaiknya sebagai rakyat negara England.
Perkara ini telah membawa kepada penghijrahan besar-besaran penganut Protestan ataupun lebih dikenali sebagai Puritans ke New World. Penghijrahan mereka bukan sekadar untuk memastikan kelangsungan hidup semata-mata, tetapi mereka berhasrat untuk menguasai tanah yang didiami oleh bangsa Red Indian. Pada peringkat awal, kedatangan puak Puritans ke bumi Amerika disambut baik oleh bangsa Red Indian. Mereka telah membantu dari segi tempat perlindungan, membekalkan bekalan makanan serta mengajar puak Puritans cara untuk survival di kawasan tersebut seperti bercucuk tanam dan juga memburu binatang.
“Ask me, and I will make the nations your inheritance, the ends of the earth your possesion.”
Psalms 2:8
“Whosoever therefore resist the power, resist the ordinance of God: and they that resist shall receive to themselves damnation.”
Roman 2:120
Namun, jasa Red Indian kepada Puritans dibalas dengan tindakan yang sebaliknya. Puak Puritans ini telah menggunakan hujah daripada Psalms 2:8 dan Roman 2:120 untuk membenarkan tindakan mereka terhadap bangsa Red Indian. Mereka telah membunuh secara massa bangsa Red Indian yang tidak bersenjata, menyebarkan wabak penyakit, serta membakar kampung-kampung penduduk asal Red Indian setelah berada beberapa ketika di bumi Amerika.
Pembunuhan bangsa Red Indian telah menjadikan mereka sebagai tuan tanah menggantikan Red Indian. Seterusnya, mereka membina tamadun di bumi Amerika dan berjaya menjadi bangsa majoriti di tanah tersebut. Puak ekstremis Kristian ini seterusnya dikenali sebagai Evangelis yang terdiri daripada golongan fundamentalis core Protestan dan juga Katolik.
Kemasukan ideologi liberal dan sekular ke dalam politik dan sosial Amerika telah menyebabkan evangelis fundamentalis ini terpaksa bangkit untuk melibatkan diri ke dalam politik selepas perang dunia kedua. Sebelumnya, mereka memfokuskan dalam membina sistem sosial yang kukuh serta jaringan Evangelis antarabangsa bagi menyebarkan fahaman mereka. Namun, keruntuhan moral akibat serangan ideologi liberal dan sekular telah mengubah pandangan politik mereka.
Pemilihan Presiden Amerika pasca Perang Dunia Kedua banyak dipengaruhi oleh penglibatan golongan Evangelis di dalam politik Amerika. Sebagai contoh satu gagasan yang dikenali sebagai Moral Majority yang dibawa oleh Evangelis terkenal, Jerry Falwell telah membawa kepada kemenangan Presiden Ronald Reagan daripada parti Republican. Seterusnya, kita boleh lihat perletakan jawatan Presiden Richard Nixon daripada sayap liberal parti Republican juga dipengaruhi oleh kumpulan Evangelis ini yang telah menjadikan beliau presiden pertama yang meletak jawatan di dalam sejarah Amerika. Kumpulan Evangelis berjaya mempengaruhi rakyat dalam memilih bakal Presiden mereka kerana kumpulan Evangelis memiliki grassroot yang sangat kukuh di dalam masyarakat Kristian di Amerika.
Walaupun berjaya mempengaruhi pengundi dalam pemilihan presiden, agenda mereka tidak berjaya dilaksanakan dengan hanya berjaya meletakkan ally mereka pada kerusi presiden kerana dasar-dasar kerajaan ditentukan oleh Congress of America. Jadi seterusnya, mereka menggunakan kuasa yang terdapat pada kongres dengan meletakkan calon mereka ke dalam kongres. Bil-bil Persendirian (Private Bills) yang dikemukakan oleh Evangelis di dalam Kongres sengaja dicipta secara ekstrem supaya ahli-ahli kongres yang tidak sehaluan menolak bil-bil tersebut.
Selain itu, bil-bil persendirian yang ekstremis tadi akan akan menyebabkan para pengundi daripada kalangan Kristian Evangelis tidak berpuas hati dengan wakil rakyat yang dipilih mereka dan membawa kepada sokongan secara tidak langsung kepada front Evangelis di dalam kongres. Seterusnya, bil-bil persendirian yang ekstremis sengaja dicipta supaya ahli-ahli kongres yang tidak bersetuju dengan Evangelis tadi akan berjaya dikenal pasti dan akan menjadi sasaran untuk dijatuhkan kredibiliti mereka untuk pilihan raya yang akan datang.
PRU ke-13 menyaksikan tsunami Cina membawa kepada kemenangan besar DAP. Beberapa perkara yang kita boleh lihat persamaan strategi Evangelis di Amerika dengan apa yang digunakan oleh DAP dalam memenangi hati masyarakat Cina. Beberapa agenda mereka yang dicipta secara ekstremis antaranya mahu menghapuskan Perkara 153 yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia iaitu mahu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Sebelum itu, pelbagai propaganda dicipta untuk meraih pandangan umum (public opinion) bahasawanya kaum minoriti di negara ini telah ditindas seperti kurangnya peruntukan bagi rumah-rumah ibadat agama mereka, kurang peruntukan bagi sekolah-sekolah jenis kebangsaan, kurangnya peluang pekerjaan bagi bukan bumiputera dalam sektor kerajaan dan banyak lagi. Isu-isu ini menjadi senjata yang strategik dalam menyokong agenda ekstremis mereka untuk menghapuskan Perkara 153 dan secara tidak langsung, kaum Cina dan India akan bersetuju dengan agenda mereka dan melupakan sejarah kontrak sosial serta berjaya menutup tindak-tanduk mereka yang ekstremis.
Media alternatif yang pro-liberal seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider dan lain-lain pula menjadi rakan strategik untuk menjayakan strategi Evangelis yang ekstremis tadi. Antara penyumbang kepada dana Malaysiakini adalah ahli Parlimen DAP. Perkara ini jelas terbukti apabila 38 ahli parlimen serta 2 orang Senator DAP menyumbang RM1000 seorang untuk pejabat baru Malaysiakini. Selain mendapat dana dan sokongan daripada DAP, media alternatif ini juga diketahui secara umum mendapat dana daripada interlocutor Amerika dalam mempromosikan demokrasi Barat seperti National Endowment for Democracy (NDI), Bureau of Democracy, Human Rights, and Labor (DRL), dan Stratfor Global Intelligence (STRATFOR).
Ketika masyarakat umum hilang kepercayaan dengan media-media utama seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya, media alternatif pro-liberal Malaysiakini dan rakan-rakannya mengambil peluang untuk memenangi public opinion. Pada permulaannya isu yang mereka ketengahkan adalah bersifat neutral, tetapi setelah mendapat audiens yang ramai, media ini mula menjadi lidah rasmi menyebarkan propaganda palsu kepada masyarakat dengan memutarbelitkan kenyataan-kenyataan media daripada pihak yang tidak digemari client mereka. Selain itu juga, figur-figur yang tidak sehaluan dengan client mereka juga akan diserang secara peribadi dan perkara seperti ini memberikan impak yang besar kepada pemikiran masyarakat kerana audiens yang ramai akan terus mempercayai berita-berita yang keluar daripada laman mereka serta imej pihak yang diserang akan terjejas dengan teruk. Seterusnya, putar-belit terhadap kenyataan pemimpin politik yang tidak sehaluan dengan DAP dan serangan peribadi ke atas mereka akan memberikan suatu gambaran hanya pemimpin DAP sahaja yang mempunyai kredibiliti pemimpin yang tinggi seterusnya menjamin kedudukan mereka di dalam parlimen. Kita boleh lihat keberkesanan strategi media seperti ini apabila pada PRU ke-13 kebanyakan ahli parlimen DAP memperoleh undian yang meningkat daripada PRU sebelumnya.
Seterusnya, suatu pengajaran yang perlu diambil iktibar buat kita sebagai umat Islam di Malaysia iaitu apa yang telah berlaku di dalam sejarah pembentukan negara Amerika. Sikap toleransi dan apologetik bangsa asal Red Indian telah memberikan satu malapetaka buat mereka. Kini, meskipun telah dilaungkan hak sama rata antara semua kaum, namun secara hakikatnya bangsa kulit hitam di Amerika masih dianggap sebagai bangsa kelas kedua berbanding bangsa kulit putih sedangkan mereka adalah pemilik asal tanah tersebut. Asas negara Malaysia yang paling utama adalah Melayu sebagai tuan tanah dan Islam sebagai agama bagi negara ini. Ramai pihak tidak berpuas hati dengan asas-asas negara Malaysia ini seperti DAP yang mahu menghapuskan hak keistimewaan Melayu dan Islam melalui perjuangan Malaysian Malaysia mereka, serta secara konsisten tidak pernah berganjak prinsip perjuang ini sehingga ke hari ini.
Kesimpulannya, kita perlu berbalik kepada satu prinsip sahaja. Orang-orang kafir tidak akan redha terhadap umat Islam selagi kita tidak mengikut jejak langkah mereka. Umat Islam perlu memahami agenda dan perancangan musuh dan bersatu padu menghadapi serangan ini.
Azry Hafify Mustapa
Aktivis ISMA

0 Komentar untuk " DAP dan strategi ekstremis Kristian Evangelis di Amerika "