SAYA begitu teruja dengan pendekatan urus tadbir Menteri Besar (MB) Terengganu yang baharu, bertemakan Transformasi Terengganu Baharu (TTB), Terengganu TerBersih (TTB).
Tujuannya tidak lain, demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri.
Beberapa pendekatan yang menjadi asas panduan adalah, urus tadbir yang baik (good governance), bersifat terbuka dan menerima pandangan orang lain (inklusif), dan agama sebagai wadah penyatuan.
Melihat kepada semangat dan kesungguhan MB, tidak mustahil transformasi ini dapat direalisasikan. Sebagai rakyat marhaen yang mengikut perkembangan ini, izinkan saya memberikan sedikit buah fikiran, bukan membodek.
Pertama, transformasi harus seiring dengan ajaran Islam bagi mendapat reda ALLAH. Baharulah semua kerja menjadi ibadah. Pemimpin dari segenap lapisan hendaklah disedarkan hakikat ini.
Tanamkan dalam diri mereka rasa takut kepada ALLAH. Itulah makna integriti yang sebenar. Tugas itu adalah amanah ALLAH. Hari ini mesti lebih dari semalam. Esok mesti lebih baik dari hari ini.
Proses pentarbiahan hendaklah dimulakan kepada ahli-ahli Umno supaya lebih mengutamakan rakyat daripada diri sendiri. Itu sahaja cara jika Umno mahu kekal berkuasa. Rakyat melihat apa yang kita buat, bukan apa yang kita cakap.
Contohi dan ramaikan orang Umno seperti Allahyarham Datuk Razali Ismail, bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang selalu disebut-sebut oleh MB. Allahyarham adalah seorang wakil rakyat yang sukar dicari ganti di negara kita.
Allahyarham merupakan wakil rakyat yang sukar memberi ‘upah’ berupa wang kepada pengampunya. Sukar kita jumpa wakil rakyat yang bersikap begitu, sehingga Allahyarham tidak disukai segelintir orang Umno sendiri.
Ketika menjadi Ahli Parlimen, Allahyarham kalah dalam pertandingan merebut jawatan ketua Umno bahagian. Jarang berlaku, tetapi itulah realitinya. Kenapa? Kerana Allahyarham mempertahankan integritinya. Malangnya, Allahyarham dijemput ALLAH terlebih dahulu.
Al-Fatihah.
Kedua, berusaha meminimumkan pergeseran dalam parti dan mengajak pembangkang agar tidak menjadi seteru berpanjangan, tetapi bersama berperanan ke arah kebaikan.
Masalah dalaman Umno sudah menjadi perbualan hangat. Saya teringat kata-kata Tun Mahathir, orang cerdik dalam Umno sukar untuk naik, berbanding yang tidak cerdik. Maka tidak hairan, berlaku perkara seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar. Hanya kerana rasa tidak
puas hati terhadap tindakan parti, mereka sanggup bakar jambatan.
Begitu juga, hanya kerana marahkan Pas, kita mengambil pendekatan bermusuh. Kita kubur segala kekuatan dan bakatnya. Akhirnya, semua tidak dapat dimanfaatkan. Pas pula terusan melihat Umno sebagai seteru.
Transformasi ini perlu disegerakan. Layani saudara seagama kita dengan baik tanpa mengira apa latar belakang dan ideologinya.
Manfaatkan segala kekuatan yang ada pada musuh, selagi musuh tidak menghancurkan kita semua seperti TTB seterusnya, Telus Team Berkhidmat. Jadikan Islam sebagai wadah penyatuan.
Pastikan masjid dan surau berfungsi sebagai agen penyatuan. Kalau boleh biarlah orang Umno dahulu sampai dan yang mengimarahkannya. Baharulah cakap serupa bikin. Kita tidak mahu mendengar solat dua imam seperti yang pernah berlaku.
Ketiga, Terengganu TerBersih. Kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Bersih luar dan dalam. Antara fokus utama adalah kebersihan tandas awam dan tandas masjid. Nampak kecil, tapi impak besar, termasuk menjana pendapatan si miskin. Sedih, melihat masih
banyak tandas masjid yang tidak terurus sehingga merosak imej Islam.
Empat terbersih perlu diutamakan. Pertama; bersih diri, pakaian dan tempat. Kedua; bersih hati dengan sifat ikhlas. Sentiasa meletakkan ALLAH di hadapan setiap perkara yang dilakukan. Zikir, istighfar dan taubat jika melakukan kesilapan. Ketiga; bersih harta - dengan menunaikan kewajipan zakat dan infak. Keempat; bersih persekitaran bagi menjamin kehidupan yang normal dan sihat.
Semua perkara ini mesti disampaikan kepada MB. Ingatlah pesanan Sultan Perak, Raja Nazrin Shah, ketika Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159, ditujukan khas kepada penasihat pemimpin.
“Setiap kebenaran wajib disembahkan dan jangan sama sekali dirahsiakan daripada pengetahuan beta. Jauhkan beta daripada cerita-cerita penglipur lara hingga mendorong beta untuk berkhayalan, lena dengan mimpi indah; sedangkan realiti yang berlaku di kalangan rakyat dan di dalam negeri sangat berlainan dengan apa yang diceritakan”.
Sekiranya semua transformasi dipraktikkan maka “ALLAH Peliharakanlah Terengganu”…

0 Komentar untuk " ALLAH peliharakanlah Terengganu "