PERUNCIT utama negara, Aeon Co.(M) Bhd, menyasarkan mengutip hasil RM100 juta dari pasar raya baharunya, Aeon Bukit Mertajam, di sini menjelang Julai 2015.
Pengarah Urusannya Nur Qamarina Chew berkata sasaran itu boleh dicapai memandangkan kawasan itu padat dengan penduduk selain Bukit Mertajam merupakan kawasan yang pesat membangun.
"Berdasarkan kajian kami, tempat ini merupakan lokasi penyumbang pendapatan kedua tertinggi di Malaysia. Ada ramai orang di sini... setiap hujung minggu, malah setiap hari.
"Kami berusaha melakukan inovasi bagi memberikan keselesaan kepada pengguna. Kami mempunyai penyewa antarabangsa seperti 'Cotton On' dan 'Uniqlo' di pasar raya kami," katanya pada sidang media selepas pembukaan rasmi Aeon Mall Bukit Mertajam oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Farizan Darus, semalam.
Nur Qamarina berkata menerusi pembukaan pasar raya itu, Aeon menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan baharu selain melaksanakan program pembangunan kerjaya bagi memastikan pekerja di situ terlatih dan dapat dikekalkan.
Pasar raya itu turut menyediakan ruang untuk Bazar Seni, pertama seumpamanya bagi menyokong usahawan tempatan mempromosi dan menjual produk perusahaan kecil dan sederhana.
Nur Qamarina bekata Aeon mall Pulau Pinang dibangunkan di kawasan seluas 7.81 hektar, dikelilingi lebih 60 spesies pokok yang dipilih khusus untuk mengekalkan dan memulihara ekosistem kawasan itu.
"Pokok-pokok ini ditanam oleh kira-kira 1,000 peminat dan pencinta alam sekitar sempena inisiatif penanaman pokok baru-baru ini oleh Aeon yang menyasarkan menanam lebih 10,000 pokok di premis pasar raya," katanya.
Aeon sebelum itu menyerahkan RM90,000 kepada lima rumah kebajikan - Persatuan Kebajikan Sinar Ceria (RM10,000), Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Istimewa Daerah Seberang Perai (RM20,000) Persatuan Kanak-kanak Cacat Yee Ran Jing Sheh (RM20,000), Pertubuhan Anak-anak Yatim Bekas Parajurit Malaysia (RM20,000) dan Pertubuhan Bela Didik Anak Yatim Islam (Bedaya) (RM20,000).
Seramai 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Anak-anak Yatim Bekas Parajurit Malaysia dan Bedaya turut menerima duit raya bernilai RM150 seorang sebelum menikmati jamuan berbuka puasa di pasar raya berkenaan. - Bernama

0 Komentar untuk " Aeon sasar kutip hasil RM100 juta "