KERAJAAN negeri menerusi PKNS komited bina rumah mampu milik realisasikan agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor.
Kerajaan Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) komited membina rumah mampu milik bagi merealisasikan agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES).
Program Pemilikan Rumah Idaman Negeri Selangor atau Idaman PKNS adalah sebuah inisiatif holistik di dalam menyediakan kediaman mampu milik yang berkualiti untuk rakyat Selangor.
Bukan setakat pendapatan isi rumah, pelbagai keperluan sosial serta peringkat demo grafik turut diambil kira dalam menghasilkan kejiranan yang terancang, selesa serta dilengkapi dengan kemudahan serba lengkap.
Ikuti temu bual wartawan SITI AISAH HABIRIN bersama Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berhubung usaha kerajaan negeri dalam mengutamakan rakyat.
Bila dan mengapa PKNS mula memperkenalkan projek rumah mampu milik?
Cadangan membina projek rumah mampu milik ini bermula sekitar 2009 lantaran daripada pemerhatian dan kajian PKNS yang mendapati perumahan kos rendah rata-ratanya adalah dalam keadaan kurang selesa dan kawasan persekitaran tidak di selenggara dengan baik.
Kebanyakan kawasan perumahan kos rendah, kepadatan pembangunan adalah tinggi dan telah menyebabkan kehidupan penduduk di kawasan kos rendah ini tidak selesa.
Oleh itu, inisiatif telah dibuat untuk membangunkan perumahan mampu milik dengan konsep lebih tersusun dan kondusif di mana memberi penekanan kepada persekitaran lestari dan holistik untuk isi rumah.
Projek rumah mampu milik ini bertujuan membantu rakyat Selangor berpendapatan sederhana memiliki kediaman sendiri pada harga berpatutan dan di atas sebab-sebab seperti yang saya sebutkan tadi. Kami juga telah menjenamakan rumah mampu milik ini sebagai Idaman PKNS.
Apakah perancangan PKNS dalam tempoh yang ditetapkan?
Sebanyak 31,086 unit Rumah Idaman akan dibina di seluruh Selangor termasuklah di Bandar Baru Bangi; Antara Gapi; Kota Puteri; Gombak; Seksyen U12 (Shah Alam); Taman Sains Selangor II; dan Bandar Sultan Suleiman.
Projek pembangunan dibuat berdasarkan konsep baharu iaitu Kasih PKNS yang memberi penekanan kepada persekitaran lestari dan holistik untuk isi rumah.
Kasih PKNS adalah akronim yang membawa maksud Kehidupan Aman Selesa Indah (dan) Harmoni. Rumah Idaman PKNS dengan konsep Kasih ini bakal dilengkapi pusat tuisyen komuniti, pusat jagaan kanak-kanak dan lain-lain kemudahan awam.
PKNS menjangkakan lebih RM3 bilion subsidi akan dibelanjakan bagi tujuan pembangunan ini yang pastinya akan dinikmati oleh rakyat Selangor.
Ini memandangkan harga rumah mampu milik ditawarkan lebih rendah daripada pasaran iaitu tidak melebihi RM150,000.
Kami merasakan ini adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNS dengan berkongsi keuntungan yang diperoleh daripada pembinaan projek kos tinggi kepada rakyat.
Bila projek rumah mampu milik pertama PKNS akan siap?
PKNS telah membina sebanyak 1,422 unit kediaman berkembar di Bukit Botak yang siap sepenuhnya pada Disember 2012. Untuk makluman, PKNS telah diamanahkan sebagai pemaju bagi projek ini, yang merupakan projek penempatan semula setinggan.
Unit standard bagi rumah berkembar ini ditawarkan pada harga RM99,000 dengan reka bentuk moden serta keluasan lantai 850 kaki persegi dan dilengkapi tiga bilik tidur serta 2 bilik air.
Selepas mengambil kira semua kos pembangunan, infrastruktur dan pembinaan serta kos-kos lain seperti subsidi sewa, PKNS telah memberi subsidi keseluruhan untuk projek ini sebanyak RM80 juta.
Projek ini juga menarik minat banyak pihak dari dalam dan luar negara yang mahu menjadikan konsep pembangunan ini sebagai rujukan. Kita dikunjungi oleh delegasi dari Pulau Pinang, Palestin dan Afrika untuk melihat sendiri projek ini.
Projek seterusnya ialah Pangsapuri enam tingkat di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Sebanyak 124 unit yang dibina dan mula dibangunkan pada 2011, dengan keluasan di antara 700 hingga 800 kaki persegi dengan reka bentuk berbeza yang mempunyai dua atau tiga bilik tidur serta dua bilik air. Projek ini siap sepenuhnya pada September 2013.
Ia dijual pada harga di antara 60,000 hingga RM144,000 bergantung kepada keluasan lantai unit. Majlis Penyerahan Kunci Rumah kepada pembeli akan diadakan pada 13 September 2014.
Kita juga akan memulakan kerja-kerja pembinaan Rumah Idaman di Antara Gapi dan Desa Alam, Seksyen U12 Shah Alam tidak lama lagi. Majlis pecah tanah telah diadakan masing-masing pada 7 Februari 2013 dan 5 Mac 2013.
Projek Antara Gapi adalah projek rumah teres satu setengah tingkat yang menempatkan 129 unit dengan harga seunit antara RM100,000 hingga RM120,000. Kami menjangka projek yang mendapat subsidi berjumlah RM4.2 juta ini dijangka siap pada suku pertama 2015.
Manakala bagi projek di Desa Alam, Seksyen U12 Shah Alam pula, sebanyak 104 unit pangsapuri dengan keluasan lantai antara 750 hingga 850 kaki persegi telah ditawarkan. Projek ini adalah usaha sama PKNS dengan Debbin Sdn Bhd.
Dengan reka bentuk yang menarik, projek ini juga menawarkan suasana kondusif dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. Projek ini ditawarkan pada harga RM69,000 hingga RM120,000 sebuah. Keseluruhan subsidi yang akan ditanggung untuk projek ini adalah sebanyak RM9.5 juta.
Terkini selaras dengan perancangan tersebut, PKNS melalui Bahagian Pembangunan Bisnes kini sedang dalam proses mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang dari Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk cadangan pembangunan 5,384 unit Rumah Mampu Milik di atas tapak seluas 63.5 ekar di Seksyen 9, Kota Puteri, Mukim Rawang dan Daerah Gombak. Pembangunan yang akan dibangunkan dalam empat fasa dijangka akan dapat disiapkan sepenuhnya dalam tempoh tujuh hingga 10 tahun.
Untuk Fasa Pertama, sebanyak 1,528 unit Rumah Mampu Milik akan dibina dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Setiap pembangunan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kawasan lapang, taman permainan kanak-kanak, pondok kawalan keselamatan, tempat letak kereta dan pelbagai lagi.
Apa ciri-ciri keistimewaan projek Rumah Idaman PKNS?
Bagi projek Rumah Idaman di Bangi, kami menyediakan 4 unit rumah di tingkat bawah (dengan keluasan 700 kaki persegi) untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas bagi memudahkan pergerakan mereka dengan reka bentuk yang mengambil kira ciri-ciri OKU.
Di samping itu, kami menyediakan surau, dewan komuniti, pusat tuisyen, tadika, bilik bacaan dan kawasan yang lapang dan rekreasi yang melebihi piawaian yang ditetapkan serta disusun secara berdekatan tanpa perlu melangkah jauh. Secara tidak langsung, ini akan mewujudkan satu komuniti yang self contained dan self surveillance. Pangsapuri ini turut dilengkapi dengan lif.
Secara keseluruhannya projek ini menempatkan unit dengan ruang yang luas dan selesa termasuk balkoni di setiap unit. Di samping itu, kawasan lapang turut disediakan di tengah-tengah kawasan kediaman bagi tujuan rekreasi dan kemasyarakatan untuk bakal penghuni.
Apa yang ingin dibawa bagi projek ini adalah mewujudkan satu persekitaran kondusif dengan pelbagai kemudahan setempat untuk penduduk dari berbagai lapisan umur di bawah satu bumbung di mana masyarakat dapat memanfaatkan sepenuhnya.
Apa dia syarat pemilikan rumah mampu milik ini?
Syarat pemilikan yang ditetapkan Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) adalah seperti berikut; warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas, pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 5,000 sebulan, pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor dan perlu berdaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
Pemohon yang telah memiliki rumah kos rendah selama lima tahun ke atas boleh memohon rumah mampu milik sebagai rumah kedua tetapi tertakluk kepada syarat had kelayakan pendapatan pembelian rumah tersebut.
Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon rumah mampu milik dan pembeliannya adalah untuk didiami dan bukan untuk disewakan.
Penawaran rumah ini dikawal sepenuhnya oleh LPHS dan pemilihan pembeli dilakukan berdasarkan markah-markah yang dijana secara automatik melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Mampu Milik.
Markah yang diberi berdasarkan kriteria berikut; pendapatan bulanan isi rumah, tanggungan, kediaman sekarang, taraf perkahwinan umur, negeri tempat lahir, tempoh bermastautin di Selangor, OKU, warga emas dan tempoh pendaftaran. PKNS hanya menerima senarai nama pemohon daripada LPHS yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pembeli Rumah Mampu Milik.

0 Komentar untuk " Usaha menyejahterakan rakyat "