MINGGU lalu saya menyampaikan ceramah dalam majlis bersama lebih 40 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan eksekutif kanan korporat swasta dan GLC anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Subang.
CEO LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof menyampaikan taklimat mengenai peranan dan pencapaian LZS, diikuti sesi dialog bersama Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Datuk Mohamed Tamyes Abdul Wahid.
Saya pula menyampaikan ceramah bertajuk “Waqaf Korporat Untuk Jihad Bisnes". Sesungguhnya fokus kepada dua institusi besar Islam, iaitu institusi zakat dan institusi wakaf sangat tepat sekali.
Terutama dalam konteks semasa di mana umat Islam di seluruh dunia sedang mencari formula baharu membangun ekonomi untuk memperkasa umat mengikut pendekatan Islam. Ini sekali gus mentransformasikan kehidupan umat Islam mengatasi ancaman dan cabaran hidup sesuai dengan tuntutan abad ke-21.
Penerangan Mohamed Izam sangat memberangsangkan. Pencapaian LZS yang memungut lebih RM500 juta zakat setahun wajar mendapat perhatian bukan sahaja masyarakat umum, malah khasnya penguasa dan pengurus atau pentadbir zakat seluruh Malaysia.
Paling mengagumkan, beberapa langkah berani LZS ambil bertujuan memesrai asnaf zakat membawa impak pembaharuan dalam kaedah mengurus dan mentadbir zakat.
Saya yakin dalam beberapa aspek penting keberkesanan pengurusan zakat, LZS berjaya menggunakan kaedah pengurusan terbaik mendahului beberapa pihak berkuasa zakat lain. Ketelusan dan ketulusan CEO bersama seluruh pasukan pengurusan LZS dapat dilihat dan dirasai semua yang hadir.
Sesi penerangan dan dialog diadakan dalam suasana ceria penuh bertenaga, dipenuhi nada positif personaliti dinamis CEO LZS sendiri. Semua ini sangat penting kepada usaha menyuntik keyakinan dan mencerahkan persepsi masyarakat, terutama masyarakat bisnes dan korporat, terhadap institusi zakat.
Paling menarik perhatian ialah inisiatif pro-aktif CEO dan saf pengurusan LZS dalam usaha memaksimumkan manfaat kepada asnaf berhak ke atas agihan zakat. Dengan menggunakan kaedah pemasaran dan promosi berkesan LZS dilihat berjaya membina dan memperkukuh penjenamaan LZS ke tahap tinggi di mata masyarakat.
Demikian juga teknik mengukur prestasi dan mengesani impak dan keberkesanan program penyampaian manfaat zakat kepada asnaf berhak. Usaha LZS mendapatkan maklum balas tepat dan segara sangat penting dalam menentukan kadar efisien dan keberkesanan sentiasa pada tahap tinggi, selain memangkinkan pemupukan semangat dan daya motivasi tinggi semua warga kerja LZS terbabit.
Memperkasa asnaf zakat
Perjuangan memperkasa asnaf zakat bukan hanya sekadar membantu dan memelihara kebajikan mereka, bahkan mendorong semua pihak, terutama sektor korporat Malaysia untuk turut sama menyempurnakan kewajipan berzakat.
Sekalipun zakat korporat tidak mendapat sepenuh kemudahan cukai seumpama dinikmati zakat peribadi (isu ini juga dibangkitkan dalam sesi dialog), saya percaya aspirasi memperkasa asnaf zakat seperti yang dikendalikan LZS wajar didukungi sektor korporat Malaysia.
Matlamatnya sangat tinggi lagi mulia, iaitu memastikan asnaf fakir dan miskin khasnya tidak terus kekal meminta-minta. Sebaliknya digalakkan memendekkan tempoh sebagai penerima zakat, memangkinkan mereka segera berdikari menjadi golongan pembayar zakat.
Matlamat ini dijayakan dengan menggalakkan mereka berniaga, bermula kecil-kecilan. LZS turut menonjolkan bukti kejayaan mengagumkan beberapa asnaf berniaga. Inilah sebenarnya peranan teras zakat mengikut Islam, iaitu membebaskan asnaf fakir dan miskin khasnya dalam kebergantungan hidup hanya kepada ALLAH SWT.
Buku terbitan LZS bertajuk: “Jejak-jejak kejayaan asnaf - pengalaman LZS memperkasa asnaf zakat” turut diedarkan kepada peserta majlis. Buku ini menonjolkan lebih 50 kes sebenar asnaf LZS berjaya berdikari, majoritinya menerusi berniaga dan berusaha kecil-kecilan sampai berjaya menjadi pembayar zakat.
CEO LZS turut berkongsi kes unik di mana seorang asnaf berjaya mengurus bisnesnya hingga dapat memberi peluang kerja dan berniaga kepada ramai asnaf fakir-miskin lain sehingga mereka turut dapat berdikari.
Mufti Negeri Selangor menekankan manfaat barakah besar yang pasti dapat dinikmati pembayar zakat. Antara yang tidak kurang penting, terutama bagi manfaat ahli bisnes dan korporat, ialah barakah dalam bentuk menjauhkan bisnes daripada ditimpa bala bencana atau pendedahan kepada risiko mengancam masa depan bisnes.
Sesungguhnya banyak sekali barakah dan kelebihan boleh didapati, selain bisnes dan korporat dapat turut menjayakan tanggungjawab sosial mendekati dan mendampingi masyarakat besar dengan membantu golongan yang wajib mendapat pembelaan.
Ibadah jihad ekonomi
Dalam ceramah saya sarankan kedua-dua institusi besar Islam, iaitu zakat dan wakaf, diintegrasikan menjadi teras utama sistem ekonomi negara.
Ia bukan sahaja mampu membangun ekonomi dan memakmurkan bangsa dan umat Islam, malah memperkasa ekonomi umat serta berupaya mentransformasikan kehidupan mencorakkan semula tamadun mengikut acuan nilai hidup Islam untuk jangka panjang.
Umat Islam mesti yakin kedua-dua institusi hebat ini berpotensi membasmi kerosakan akibat negara Islam, termasuk Malaysia, terlalu lama menciplak sistem ekonomi kapitalis global acuan Barat berciri rakus dan greed-driven.
Akibatnya, sistem ekonomi global hari ini semakin berciri zalim, memangkinkan segelintir tidak sampai 1 peratus manusia atasan membolot kekayaan, melebar luaskan jurang kaya-miskin, meminggir dan mengeksploitasi golongan bawahan.
Institusi wakaf, khasnya dalam bentuk Waqaf Korporat, berpotensi menegakkan semula keadilan memperbaiki sistem ekonomi. Apabila hak milik harta kekayaan korporat diserahkan kepada ALLAH SWT, manfaatnya lebih mudah ditujukan membela golongan majoriti bawahan.
Justeru saya tegaskan supaya aset, bisnes dan harta kekayaan milik awam, khasnya GLC Malaysia, tidak lagi diswastakan atau difaraidkan kepada kepentingan individu yang akan hanya menambah burukkan keadaan.
Sebaliknya semuanya lebih elok diwakafkan kepada Waqaf Korporat untuk kepentingan jangka panjang seluruh bangsa dan umat. Satu kaedah paling mudah menubuhkan Waqaf Korporat ialah dengan mentransformasi dan mewakafkan GLC.
Apabila diintegrasikan roh Jihad Bisnes ke dalam GLC serta korporat swasta, diikuti kemudian organisasi GLC dan korporat distrukturkan atas landasan institusi Waqaf Korporat, umat Islam mesti yakin barakah berlipat ganda sedia menanti.
Pengalaman peribadi saya selaku CEO JCorp membuktikan kenyataan nikmat barakah kepada pengembangan bisnes, termasuk terbukanya pintu-pintu rezeki baharu dari sudut tidak dijangka melonjakkan usaha ke peringkat lebih tinggi.
Kesimpulannya, zakat berperanan utama membebaskan fakir-miskin serta asnaf lain daripada meminta-minta, menjadikan mereka golongan tangan memberi.
Wakaf pula membuka luas peluang kepada golongan kaya dan berharta, termasuk korporat swasta Muslim dan GLC menyempurnakan ibadah mendekati ALLAH SWT menerusi kaedah yang menjanjikan ganjaran istimewa untuk semua di dunia dan akhirat.
Bagi sektor korporat, khasnya GLC, Waqaf Korporat memangkinkan mereka melonjakkan penguasaan ekonomi Melayu-Muslim, sekali gus menjamin hak milik kekal berpanjangan dalam tangan umat Islam, dilindungi ALLAH SWT daripada kebocoran atau ketirisan terutama berpunca daripada penswastaan.
Waqaf Korporat, selagi diurus dengan baik dan profesional, pasti akhirnya dapat memperkasa ekonomi sehingga Melayu-Muslim berjaya menjadi umat alyadul uliya, iaitu umat tangan di atas atau the upper hand.
Insya-Allah, semua ini memudahkan mereka satu hari nanti mencapai status khalifah ekonomi, langsung berupaya mentamadunkan semula kehidupan mengikut acuan Islam.

0 Komentar untuk " Zakat dan wakaf abad ke-21 "