DALAM melaksanakan transformasi di Taman Medan, umum tidak mengetahui beliau berdepan dengan pelbagai kekangan dan cabaran bagi memperjuangkan nasib rakyat di kawasan setempat.
Namun begitu, Adun Taman Medan, Haniza Talha tidak mudah melatah dan beliau sentiasa hadir dengan idea dan perancangan baru bagi membawa perubahan kepada setiap lapisan masyarakat.
Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, ASYRAF MUHAMMAD menemu bual wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini bagi mengupas dengan lebih dalam mengenai perancangan serta misi dan visi yang ingin dilaksanakan di Dun Taman Medan.
SINAR HARIAN: Apakah misi dan dan visi YB setelah diberi kepercayaan sekali lagi bagi menerajui pimpinan Dun Taman Medan?
HANIZA: Terutama sekali saya berterima kasih kepada pengundi Dun Taman Medan yang masih memberi kepercayaan kepada saya menerajui pimpinan buat penggal kedua kali ini.
Pada penggal lalu, saya banyak memberi tumpuan kepada masalah di rumah flat dan kos rendah yang lama serta terabai memandangkan Dun Taman Medan dihuni oleh masyarakat kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah.
Jadi, saya telah melaksanakan Program Ceria di mana bangunan kediaman yang lama dan usang akan dicat semula serta kemudahan lain juga turut ditambah baik dan Insya-Allah, pada penggal ini saya akan meneruskan lagi projek tersebut bagi membantu golongan masyarakat berpendapatan rendah.
SINAR HARIAN: Ini merupakan penggal kedua YB memegang jawatan Adun Taman Medan, jadi apakah isu-isu yang akan dibawa selepas ini?
HANIZA: Pada kali ini, saya mempunyai beberapa fokus utama yang harus diberi perhatian iaitu dari aspek kebersihan, keselamatan dan kesihatan penduduk di kawasan setempat.
Seperti yang kita sedia maklum, kawasan Taman Medan mempunyai banyak lokasi tapak sampah haram dan kadar kes jenayah ragut serta curi motosikal juga amat membimbangkan.
Selain daripada itu, kawasan ini tidak mempunyai pusat perubatan selesa dan ini antara rungutan yang sering disuarakan penduduk setempat.
Klinik kesihatan sedia ada sempit malah ibu mengandung juga terpaksa berdiri lama sebelum mendapat pemeriksaan, jadi isu ini antara agenda yang akan saya bawakan pada penggal ini.
SINAR HARIAN: Menyentuh mengenai aspek cabaran dan kekangan dalam memberi khidmat kepada masyarakat di Dun, boleh YB kongsikan?
HANIZA: Dalam membuat perancangan ke arah sesuatu yang baru, banyak cabaran perlu ditempuh khususnya bagi mengubah mentaliti dan mendidik penduduk di kawasan setempat supaya lebih peka serta dapat menerima pembaharuan yang hendak diketengahkan kepada mereka.
Walaupun pada dasarnya perkara ini nampak mudah, tapi untuk mengimplementasikan perkara ini agak sukar kerana bukan senang hendak mengubah mentaliti seseorang itu.
SINAR HARIAN: Sebagaimana yang kita tahu, masalah tapak sampah haram merupakan antara isu utama di Dun Taman Medan. Pada pandangan YB , apakah punca kepada masalah ini?
HANIZA: Lokasi sampah haram ini bukannya merupakan perkara baru dan ia telah berlaku sejak beberapa tahun sebelum ini malah beberapa tindakan pembersihan juga pernah dijalankan oleh PBT dalam menangani permasalahan ini.
Namun begitu, saya dapati sampah-sampah ini juga kebanyakannya dibuang oleh pihak luar dan bukannya hanya melibatkan penduduk di kawasan setempat.
Oleh sebab itu, saya lebih tertumpu untuk mengatasi masalah tapak sampah sekitar Dun Taman Medan antaranya di tapak rizab Sungai Klang PJS 2, Jalan PJS2D/8 serta beberapa lokasi lain yang terlibat.
Lokasi tapak sampah haram berhampiran Sungai Klang itu sebelum ini pernah terbakar selama beberapa bulan ekoran daripada kerja pembuangan sisa oleh pihak kontraktor pengurusan dari luar.
Disebabkan cuba menggelakkan caj bayaran pengurusan sampah, segelintir pihak cuba mengambil kesempatan dengan mewujudkan lokasi pembuangan sampah yang turut memberi kesan kepada kesihatan dan alam sekitar.
SINAR HARIAN: Bagaimana dengan perkembangan isu tapak sampah haram berhampiran Sungai Klang tersebut? Boleh YB beri penjelasan berhubung isu ini?
HANIZA: Alhamdulillah, setelah anggota bomba bertungkus lumus memadamkan api kebakaran sebelum ini, tapak berkenaan kini sedang dalam proses untuk dibangunkan semula dan sampah yang dibuang telah dipindahkan ke pusat pembuangan lain. Kini tapak itu sedang dalam peringkat cadangan bagi dibangunkan taman rekreasi dan tapak perkuburan Islam.
Lebih wajar kawasan berkenaan dimanfaatkan untuk kegunaan masyarakat umum dari menjadi lokasi tapak sampah haram yang dapat menjejaskan alam sekitar. Selain daripada itu, satu pasukan statik juga akan ditubuhkan bagi menggelakkan kegiatan pembuangan sampah di kawasan itu berulang.
Kedalaman sampah yang dilonggokkan di kawasan itu sebelum ini mencecah enam meter dan pihak PBT pernah menjalankan operasi pembersihan di kawasan berkenaan sebelum ini. Namun begitu, tindakan segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan dan membuang sampah di sini menyebabkan ia masih aktif dan berterusan.
SINAR HARIAN: Sebelum ini, YB ada terangkan mengenai isu keselamatan yang menjadi salah satu fokus pada penggal ini. Boleh YB ulas mengenai jenayah utama di Dun Taman Medan?
HANIZA: Kes ragut dan curi motosikal wajar diberikan perhatian. Sebelum ini beberapa kes jenayah ragut sehingga mengundang maut sering berlaku di kawasan Dun Taman Medan dan ia dilihat sebagai satu ancaman kepada masyarakat.
Jenayah curi motosikal kebiasaannya berlaku di rumah flat dan kos rendah. Penjenayah yang melakukan kegiatan ini hanya ingin mendapatkan alat ganti pada motosikal curi itu untuk dijual bagi mendapat wang dengan cara mudah.
Bangkai-bangkai motosikal yang dicuri itu akan dibuang ke lokasi tapak sampah haram atau semak di kawasan sekitar bagi menggelakkan kegiatan itu dihidu.
Pejabat Adun telah menerima banyak aduan mengenai kegiatan curi motosikal ini dan kami juga telah menganjurkan program kesedaran bagi memberi didikan kepada masyarakat berhubung aspek keselamatan.
Pada pemerhatian saya, gejala ini kebanyakannya dilakukan oleh golongan belia dan disebabkan itu, langkah dan kaedah dalam membantu remaja yang berakhlak perlu dilaksanakan.
SINAR HARIAN: Menyentuh mengenai membentuk remaja yang berakhlak, apa inisiatif yang diambil pihak YB bagi menarik minat belia ke arah aktiviti yang lebih bermanfaat?
HANIZA: Sebelum ini, saya telah menganjurkan beberapa program khas buat belia bagi membentuk hala tuju mereka pada masa hadapan. Selain daripada itu, saya juga telah mewujudkan Dataran Anak Muda yang dilengkapi dengan kemudahan sukan seperti gelanggang futsal untuk digunakan secara percuma bagi menarik minat belia ke arah sukan.
Atas inisiatif berkenaan, kerajaan negeri juga telah menggunakan cetusan idea tersebut untuk mewujudkan Dataran Anak Muda di setiap Dun di bawah portfolio Belia dan Sukan khas buat kegunaan orang ramai.
SINAR HARIAN: Apakah antara pendekatan dan pembaharuan yang telah dibawa oleh YB pada penggal lalu?
HANIZA: Sebelum ini, saya telah mewujudkan perpustakaan mini untuk kegunaan orang ramai di kawasan setempat. Ini memudahkan anak-anak dari golongan kurang berkemampuan mendapatkan bahan rujukan di samping untuk mengulang kaji pelajaran.
Bagi anak-anak yang menghuni di flat dan rumah kos rendah, saya telah menubuhkan homework room di tingkat bawah blok kediaman mereka.
Homework room ini dikhaskan buat penghuni di flat dan rumah kos rendah memandangkan mereka tidak mempunyai tempat yang selesa untuk mengulang kaji pelajaran.
Selain daripada itu, kami turut tempatkan seorang penyelia bagi memantau dan memberi bimbingan.
Insya-Allah, pada penggal ini, saya akan menggandakan usaha untuk memperjuangkan nasib rakyat yang terbeban.
SINAR HARIAN: Apa harapan YB kepada masyarakat khasnya penduduk di Taman Medan?
HANIZA: Saya berharap masyarakat dapat menukar stigma Taman Medan yang dikaitkan dengan peristiwa hitam membabitkan isu perkauman pada 2000 lalu.
Pergaduhan kaum yang berlaku sebelum ini wajar dijadikan iktibar dan masyarakat harus bersama-sama menukar stigma itu memandangkan Taman Medan berpotensi menjadi lokasi pelancongan.
Dengan terdapat banyak kedai dan restoran makanan yang menawarkan harga murah di sini, ia dapat menaikkan nama Dun Taman Medan di samping mengubah persepsi orang ramai.
Di samping itu, saya juga berharap masyarakat dapat memberi kerjasama dan menyokong segala usaha yang dilakukan demi u melaksanakan transformasi di Dun Taman Medan khasnya.

0 Komentar untuk " Taman Medan jalani transformasi "