BANGI, 21 Jun – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sedia bekerjasama dengan parti PAS dalam isu-isu melibatkan kepentingan Melayu dan Islam.
Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata pihaknya bersedia bekerjasama sekiranya PAS ikhlas dalam jemputannya ke Himpunan Solidariti Selamatkan Kg Chubadak.
“InsyaAllah ISMA akan hadir dalam himpunan itu,” kata Ustaz Abdullah dalam satu kenyataan.
Ustaz Abdullah berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Mazlan Aliman yang mendakwa telah menghantar surat kepada ISMA supaya menyertai himpunan yang bakal berlangsung pada Isnin ini.
Tambah Ustaz Abdullah, perkara yang tidak dipersetujui oleh ISMA ialah untuk bekerjasama dengan puak liberal, chauvinis dan Evangelis Kristian.
“Kita tak bersetuju untuk bekerjasama dengan puak-puak itu kerana kerjasama tersebut akan memusnahkan masa depan agama, bangsa dan negara,” kata beliau.
0 Komentar untuk " Kg Chubadak – ISMA sedia bekerjasama jika PAS ikhlas "