Amaran kepada pejuang muslim liberal dan anti perlembagaan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Amaran kepada pejuang muslim liberal dan anti perlembagaan



SENAWANG, 22 Jun – Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman memberi amaran kepada pejuang-pejuang muslim liberal dan anti-perlembagaan bahawa ISMA akan terus menentang mereka habis-habisan.
Menurut beliau, setiap lapisan pimpinan, biro dan ahli ISMA akan membendung dan menghalang segala usaha musuh yang mahu mengubah identiti Malaysia sebagai negara Islam.
“ISMA bukanlah NGO yang dipelopori oleh saya sahaja, tetapi oleh semua ahli ISMA, dan inilah sebenarnya hakikat perjuangan gerakan Islam,” tegas Ustaz Abdullah.
Ustaz Abdullah Zaik berkata demikian dalam satu perhimpunan bersama-sama aktivis Biro Luar Negara ISMA di sini, pagi tadi.
Dalam pada itu, Ustaz Abdullah Zaik turut mengingatkan para ahli ISMA bahawa Malaysia sebagai negara Islam yang diperjuangkan bukanlah sekadar menjadikan negara mempunyai “good governance”, tetapi sebagai negara risalah dan dakwah Islamiyah.
“Berpandukan fatwa ulama yang mengatakan mana-mana negara yang berstatus negara Islam pada masa sebelum dijajah, maka selepas berakhirnya penjajahan, status negara itu kekal sebagai negara Islam . Oleh itu Malaysia adalah sebuah negara Islam, bukan negara sekular,” ujar beliau lagi.
0 Komentar untuk " Amaran kepada pejuang muslim liberal dan anti perlembagaan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ