Percubaan agresif golongan anti nasional boleh cetus krisis Perlembagaan – iPeguam - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Percubaan agresif golongan anti nasional boleh cetus krisis Perlembagaan – iPeguam



BANGI, 21 Jun - Percubaan-percubaan yang agresif dan konsisten dari golongan yang mempunyai agenda anti-nasional dan anti-perpaduan ini sekiranya tidak disekat dan dihalang mungkin boleh mencetuskan krisis Perlembagaan yang serius yang boleh mengancam keselamatan negara.
Usaha-usaha terancang dan tersirat yang ingin mengubah jaminan-jaminan asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan bukan semata-mata difokuskan kepada kedudukan Islam, tetapi juga bertujuan untuk menghakis sendi-sendi keharmonian dan semangat muhibbah antara kaum yang terbina selama ini.
Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Gabungan Peguam-peguam ISMA (iPeguam) Tuan Muhammad Luttfi Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan aluan di hadapan 100 orang peserta Seminar Perlembagaan dan Kontrak Sosial anjuran I-Peguam semalam di Dewan Raya, Bangi Golf Resort semalam.
Program sulung iPeguam ini telah membincangkan isu berkaitan Perlembagaan terutamanya soal kontrak sosial dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Menurut beliau lagi, seminar ini bertujuan memahamkan para peserta dengan pengertian Kontrak Sosial, kedudukan Islam dalam Perlembagaan dalam konteks masa kini selain membetulkan salah faham dan menyedari ancaman-ancaman terhadap Islam dalam konteks Perlembagaan.
Ia juga bertujuan memberi pendedahan dan maklumat terkini akan usaha-usaha terancang dari dalam dan luar negara untuk meruntuhkan sendi-sendi asas Perlembagaan dan jaminan kedaulatan Islam sebagai agama Persekutuan.
iPeguam merupakan sebuah agensi terbaru ISMA yang ditubuhkan pada 8 Jun lalu.
Ia bermatlamatkan mengumpul ahli ISMA dan masyarakat Islam yang berlatarbelakangkan bidang undang-undang dalam satu medan dan wadah khusus.
Ia juga menjadi medium pengkajian, bertukar pandangan dan mencadangkan gerakerja dari aspek perundangan terhadap isu-isu berkaitan perundangan Islam di Malaysia.
Ia diharapkan akan menjadi sumber rujukan kepada ISMA dan masyarakat Islam dalam isu-isu perundangan dan Perlembagaan.
Selain itu, iPeguam akan mendedahkan dan memberi kesedaran kepada ahli dan masyarakat Islam tentang ancaman-ancaman perundangan terhadap kedudukan Islam dalam Perlembagaan.
0 Komentar untuk " Percubaan agresif golongan anti nasional boleh cetus krisis Perlembagaan – iPeguam "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ