SHAH ALAM - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan menjadi satu daripada pendorong penting bagi pertumbuhan pasaran aplikasi perusahaan (EA) di negara ini.
Menurut jangkaan terkini firma penyelidik industri teknologi maklumat (IDC), GST memaksa perniagaan menaik taraf atau menggantikan sistem perisian perusahaan mereka dengan sistem patuh GST.
Penganalisis Pasaran IDC Malaysia, Wong Yih-Khai berkata, dengan GST bakal dikuatkuasa pada awal 2015, beliau menjangkakan perniagaan perlu bersedia untuk GST selari dengan peraturan kerajaan akan mula mendapatkan perisian sesuai tahun ini.
"Pelaksanaan GST akan jadi pemangkin kepada pertumbuhan pasaran EA di Malaysia bagi tahun ini dan kemungkinan pada tahun depan juga," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, pasaran EA di negara ini mengalami pertumbuhan kecil pada separuh kedua 2013 iaitu sebanyak 3.2 peratus berbanding separuh pertama.
Namun, katanya, jumlah perolehan bagi 2013 lebih rendah jika dibandingkan dengan 2012, iaitu penurunan sebanyak 0.4 peratus.
"Sektor pembuatan kekal jadi penyumbang terbesar pasaran EA di Malaysia diikuti peruncitan, komunikasi dan media," katanya.

0 Komentar untuk " GST beri kesan positif kepada pasaran perisian "