PENGGUNA terutama golongan beragama Islam begitu sensitif berhubung isu halal kerana mereka tidak mahu ditipu dengan setiap makanan yang berada di pasaran.
Baru-baru ini, pendedahan di media berhubung isu halal, menarik perhatian ramai pengguna Islam bermula dari coklat Cadbury yang mengandungi DNA babi, menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat.
Rentetan daripada peristiwa itu, Sinar Harian menganjurkan Wacana “Isu Halal: Apa Hak Pengguna” yang dikendalikan moderator, Amin Idris.
Panelnya terdiri daripada bekas Mufti Perlis, Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Ketua Laboratori Sains Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal UPM, Prof Dr Jamilah Bakar dan Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhamad Naim Mohd Aziz.
Ikuti transkrip yang disediakan wartawan SITI ZUBAIDAH MAT ISA dan MOHD HAFIZ ISMAIL.
MODERATOR: Saya sempat meneliti kenyataan PPIM sebelum ini mendesak rakyat Malaysia boikot syarikat Cadbury. Setakat ini apa pendirian PPIM mengenai isu halal?
NADZIM: Isu ini DNA babi ini timbul selepas mula tersebar secara meluas di media sosial sehingga menimbulkan kegelisahan dan tanda tanya rakyat mengenai halal produk berkenaan. Namun mengapa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil masa selama tiga bulan untuk bertindak. Kami di PPIM dihujani panggilan yang cukup banyak mengenai perkara ini. Disebabkan desakan daripada rakyat kami bersama persatuan pemborong dan peruncit Islam Malaysia mengambil tindakan memboikot semua produk keluaran Cadbury.
Disebabkan itu, kami telah membuat laporan polis untuk membuat siasatan secara terperinci sekiranya wujud unsur-unsur sabotaj atau makmal yang membuat pengesahan berkenaan DNA babi ini tidak mempunyai SOP. Dalam hal ini juga, PPIM meminta supaya KKM dan Jakim membuat keputusan bersama agar jelas kepada semua rakyat.
MODERATOR: Kita memerlukan satu penerangan yang tuntas dari Jakim berkenaan isu halal dan haram ini. Jadi, sejauh mana Jakim beri sijil halal kepada pihak yang memohon?
NAIM: Sebagai badan berwibawa, pensijilan halal hanya akan dilakukan oleh Jakim dan jabatan agama Islam negeri. Tidak ada badan-badan lain yang dilantik untuk meluluskan pensijilan halal di Malaysia. Kami di Jakim juga merupakan pengguna. Adakah kami rela dan reda sekiranya berlaku kecurangan dalam industri? Pastinya tidak. Disebabkan itu apabila kami menerima permohonan, kami akan meneliti sehingga ke akar umbi setiap rantaian. Sebagai contoh dari mana sumber produk diambil, bahan ramuan dan bahan masak. Saya ambil contoh yang mudah untuk menghalalkan mi goreng mamak, ada tiga komponen untuk menghasilkan mi goreng berkenaan dan iaitu komponen mi goreng, ramuan, dan ramuan cucur udang yang dimasak bersama. Apa yang kami tekankan di sini adalah penjelasan terperinci terhadap semua ramuan terdapat dalam sesuatu produk yang memohon sijil halal.
Saya ingin berkongsi kisah sewaktu saya mengaudit sebuah kilang yang memohon pensijilan halal, di mana dari segi ramuan semua bersusun rapi sehingga kepada rantaian yang asas. Dari segi etika pemakaian dan pekerjaan Islam, semua pekerja mematuhi peraturan ditetapkan dan saya cukup berpuas hati. Namun kami menggagalkan permohonan berkenaan kerana telah menggunakan sumber air haram iaitu sumber air curi. Jika kami meluluskan kilang itu, satu dunia akan makan produk tidak halal.
Kami berkhidmat bukan hanya untuk umat Islam tetapi kami juga berkhidmat untuk semua pengguna. Hari ini bukan orang Islam sahaja mencari makanan halal, tetapi orang bukan Islam turut mencarinya kerana mereka tahu yang halal pasti terbaik dan berkualiti. Kita perlu berbangga kerana halal Malaysia dikenali di seluruh dunia. Ini merupakan kebanggaan kita yang mana kita membawa imej yang sebenar. Kita telah membawa halal ke dalam industri dan boleh bercakap dengan orang bukan Islam tentang keindahan Islam yang menginginkan kualiti, kebersihan bersama sistem terbaik.
MODERATOR: Ada dakwaan DNA babi ini boleh menyerap dalam makanan sama ada secara sengaja atau tidak. Boleh terangkan bagaimana perkara ini berlaku?
JAMILAH: DNA babi adalah satu komponen yang kecil yang jelas. Sebagai contoh DNA manusia berbeza dengan DNA babi kerana DNA ini berbeza-beza dan mempunyai keunikan tersendiri. Dalam konteks DNA manusia, DNA boleh dipindahkan daripada satu unit ke satu unit dengan cara bersentuhan. DNA tidak boleh berpindah sekiranya tidak berlaku sentuhan.
MODERATOR: Dalam konteks Cadbury yang dibincangkan, pada pandangan Prof, kebarangkalian untuk terkena DNA adakah secara sengaja?
JAMILAH: Sebelum membuat sebarang keputusan, saya perlu meneliti secara terperinci, bagaimana proses penghasilan coklat itu dijalankan. Perkara ini termasuklah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat coklat, di mana coklat berkenaan diedarkan, siapa yang mengendalikan mesin dan bagaimana ia dimakan.
Dalam teknologi pembuatan ini kita boleh bahagikan kepada dua kaedah pembuatan iaitu diusahakan oleh industri besar dan juga secara kecilan. Sekiranya ia diusahakan secara kecilan, pasti proses pembuatan ini banyak menggunakan anggota tangan bermula proses pembuatan ramuan sehinggalah kepada produk dibungkus. Besar kemungkinan pencemaran produk ini boleh berlaku. Manakala dalam industri besar, pastinya proses penghasilan produk akan menggunakan mesin sepenuhnya. Kebarangkalian untuk berlaku pencemaran ini sangat rendah.
Pencemaran boleh berlaku dengan penelitian secara terperinci di mana bahan bukti bahan tercemar itu perlu melalui analisis saintifik. Ada kaedah yang sensitif dan ada kaedah memerlukan ujian dilakukan berulang kali bagi menentukan kesahihan kandungan tercemar tersebut. Daripada ujian yang dilakukan kita akan mengetahui punca sebenar pencemaran tersebut.
MODERATOR : Masyarakat kita begitu sensitif dalam soal babi. Sehingga menyebut babi itu satu kesalahan besar dan perlu ditukar sebutannya kepada khinzir.
MOHD ASRI : Tajuk hari ini adalah berkaitan isu halal, merujuk kepada isu makanan. Perkataan lawan bagi halal adalah haram. Tetapi bila sebut sahaja soal haram orang akan ingat babi. Namun kita lupa bahawa konsep halal itu luas, begitu juga konsep haram. Tetapi bila timbulnya isu termakan babi, ibarat runtuhnya dunia ini. Berbalik kepada konsep halal dalam agama, ia begitu luas. Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW berbeza dengan agama-agama sebelumnya. ALLAH ciptakan semua yang di atas bumi ini untuk kamu. Kerana itu dalam Islam, asal dalam setiap perkara itu harus. Bukan haram, bermaksud jika kita tidak dapat membuktikan ianya haram, ia adalah halal, bukan sebaliknya. Jadi jika kita ada makanan, orang yang mengatakannya halal tidak perlu buktikan, tetapi siapa mengatakannya haram, perlu dibuktikan. Itu kaedah agama. Sebab itu apa sahaja haiwan yang ada adalah halal melainkan setelah ia dibuktikan haram. Khinzir dibuktikan dengan nasnya haram dan ada juga yang khilaf seperti dipersetujui para ulama dan Mazhab Malik yang mengatakan anjing sebagai khilaf. Ini menunjukkan konsep halal itu luas. Contoh, sekiranya seekor binatang tidak dapat ditentukan sifatnya sama ada hukumnya halal atau haram, maka hukumnya adalah halal. Begitu juga apabila kita menjamu daging di rumah seorang Muslim, tidak perlulah kita minta penjelasan bagaimana lembu itu disembelih. Berbalik kepada konsep umum. Kerana itu apa yang dicop halal oleh Jakim sebagai halal, adalah halal. Tetapi tidak semestinya apa yang tidak dicop Jakim sebagai halal, belum tentu haram.
Kerana itu jangan ada salah faham dalam agama. Andai kata kita termakan sesuatu yang haram, tuhan tidak akan terus menghukum atas kesilapan itu kerana Nabi Muhammad SAW menyebut dalam hadisnya yang bermaksud, ‘Allah mengampunkan salah dan silap’. Bukan apabila kita makan sesuatu yang haram kita harus bersihkan diri dengan cara menukar darah dan sebagainya. Ini adalah tanggapan yang salah mengenai halal dan haram. Sebelum ini saya pernah mencadangkan, bahawa dalam sebuah negara Islam, kita tidak perlukan cop halal, sebaliknya cop haram, kerana di dalam negara Islam sepatutnya barangan halal lebih banyak dijual berbanding yang haram. Jadi kalau hendak cop, cop yang sedikit dan tindakan perlu diambil ke atas mereka yang gagal mempamerkan cop haram pada produk yang haram.

0 Komentar untuk " Isu halal luas bukan hanya makanan "