Matta sasar 100,000 pelawat - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Matta sasar 100,000 pelawat

PERSATUAN Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) menyasarkan peningkatan 20 peratus jualan dalam Pameran Matta yang dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 7 September ini.

Dalam pameran sama yang diadakan Mac lalu, sebanyak RM155 juta nilai jualan dicatatkan dengan sejumlah 90,273 pengunjung.

Presidennya, Hamzah Rahmat berkata, pihaknya yakin sasaran itu dapat dicapai selaras dengan jangkaan 100,000 pengunjung akan ke pameran itu nanti.

“Kami yakin pameran itu nanti akan dapat sambutan menggalakkan daripada pelancong dan orang ramai seperti Pameran Matta yang dianjurkan sebelum ini

“Pameran ini akan memberikan tumpuan untuk menggalakkan pelancongan dalam negeri selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2014,” katanya pada resepsi perasmian Pameran Matta di Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Jawatan Kuasa Penganjur Pameran Matta, Rocky Kho, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia, Datuk Azizan Noordin.

Dalam pada itu, Kho berkata, pihaknya membelanjakan kira-kira RM2.98 juta untuk tujuan pengiklanan dan promosi pameran tersebut.

“Ini adalah komitmen kami untuk membantu peserta yang terlibat dalam pameran ini bagi membolehkan mereka mempromosikan pakej pelancongan masing-masing,” katanya.

Pameran Matta itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dengan 1,200 ruang pameran terdiri daripada pelbagai agensi pelancongan tempatan, Asia dan antarabangsa.

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/matta-sasar-100-000-pelawat-1.289945
0 Komentar untuk " Matta sasar 100,000 pelawat "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ