BEKAS Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew pernah ditanya mengenai sikapnya yang keras terhadap media, terutama yang mengkritik beliau, keluarganya dan kerajaan Singapura.
Beliau menegakkan haknya untuk mempertahan diri daripada difitnah walaupun tindakannya tidak disenangi banyak pihak, termasuk media luar negara, Majlis Peguam dan aktivis hak asasi.
Katanya: “I’m not guided by what Human Rights Watch says. I am not interested in ratings by Freedom House or whatever...All major foreign newspapers and magazines are sold here. (But) if you go over the line, if you defame us, we’re prepared to sue you, go into the witness box and be cross-examined. You can brief the best lawyers and demolish us.
If I’m involved, I go to the witness box.”
Sudah banyak organisasi media, wartawan tempatan dan asing serta seteru politik dan tokoh pembangkang yang disamannya atau oleh anaknya dan kerajaan Singapura. Dalam banyak kes, mereka menang.
Dalam wawancara dengan majalah Time pada 12 Disember 2005, beliau bertegas tidak akan berlembut dengan pihak yang memburukkan reputasi beliau, keluarga atau kerajaan Singapura. Justeru, beliau akan terus mendakwa mana-mana pihak yang memfitnah. Hujahnya: “If you don’t sue, repetition of the lie (makes it credible). It will be believed.”
Sekarang ini pun anaknya, Lee Hsien Loong bertegas meneruskan samannya terhadap seorang blogger yang memfitnah bahawa Perdana Menteri Singapura itu terbabit dengan rasuah dan penyelewengan wang daripada dana pencen republik itu.
Walaupun blogger tersebut, Roy Ngerng Yi Ling, 33, menawarkan sejumlah bayaran untuk menyelesaikan kes, Hsien Loong menolak kerana berpendapat kesan fitnah yang dilemparkan terhadapnya jauh lebih serius.
Beliau mahu meneruskan kes ini di Mahkamah Tinggi. Inilah kali pertama Hsien Loong mendakwa seorang penulis online. Kes saman Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap portal berita Malaysiakini harus dilihat dalam konteks yang sama.
Seperti organisasi media lain, Malaysiakini ada hak dan tanggungjawab untuk melapor, menganalisis dan mengkritik. Ia sering provokatif tapi merosakkan maruah dan nama baik pihak lain dengan dakwaan palsu dan fitnah adalah di luar hak dan etika yang dibenarkan.
Justeru, seperti entiti lain, Malaysiakini juga terdedah kepada saman dan boleh dihukum jika didapati bersalah. Perdana Menteri berkata beliau tidak menghalang kritikan terhadap diri atau pentadbirannya, tetapi tidak akan berkompromi dengan fitnah dan dakwaan palsu yang merosakkan reputasi dan integritinya sebagai pemimpin negara.
Hakikat bahawa tindakan beliau adalah kali pertama dilakukan menunjukkan betapa seriusnya tuduhan yang dibuat Malaysiakini terhadapnya.
Apa yang mendorong Malaysiakini membuat fitnah terhadap Perdana Menteri? Apakah Malaysiakini berfikir ia kebal daripada sebarang tindakan undang-undang? Di Malaysia, sudah banyak kes di mana organisasi media didakwa ke mahkamah kerana menyiarkan berita atau laporan yang dianggap menjejaskan integriti, kehormatan dan reputasi pihak lain.
Kes saman terhadap Malaysiakini bukan sesuatu yang unik atau eksklusif, malah perlu dijangka selagi ia menyiarkan berita yang tidak benar, merosakkan kredibiliti dan reputasi orang lain serta melakukan fitnah.
Dalam hal ini, sikap Majlis Peguam yang mahu Najib tidak meneruskan tindakan samannya terhadap Malaysiakini kelihatan agak janggal. Ketika PKR, DAP dan Pas menyaman akhbar, majalah media arus perdana atas sebab yang sama, tidak pula kedengaran rayuan Majlis Peguam atau presidennya Christopher Leong kepada pemimpin pembangkang supaya tidak meneruskan hajat mereka.
Nampak sangat pendirian Majlis Peguam begitu pro-Pakatan Rakyat dan double standard.
Apa yang dilakukan Najib hanyalah melaksanakan tanggungjawab dan haknya untuk pertahan maruah dan kehormatan dirinya. Bukankah ini yang sepatutnya dilakukan untuk membersihkan nama dan integritinya sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang?
Lagipun, Malaysiakini ada hak dan peluang untuk pertahan diri di mahkamah. Jika mahu, Majlis Peguam boleh tawarkan khidmat beberapa ahlinya untuk jadi peguam bela Malaysiakini secara percuma. Tidak ada halangan.

0 Komentar untuk " Antara hak media dan peribadi "