Lantik MCA dan Gerakan ke Kabinet, bukti kemurahan pemimpin Melayu - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Lantik MCA dan Gerakan ke Kabinet, bukti kemurahan pemimpin Melayu



BANGI, 26 Jun – Pelantikan tiga Menteri penuh dan tiga Timbalan Menteri baharu daripada pemimpin parti komponen MCA dan Gerakan ke Kabinet baru-baru ini benar-benar menunjukkan kemurahan pemimpin Melayu yang ada di negara ini.
“Melantik MCA dan Gerakan ke Kabinet merupakan satu kemurahan pemimpin Melayu.
“Walaupun MCA dan Gerakan kalah teruk dalam PRU13, tetapi mereka masih diberikan kerusi dalam Kabinet,” ujar Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.
Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Najib turut menamakan tiga naib presiden MCA Datuk Lee Chee Leong, Datuk Chua Tee Yong, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Persoalannya, bagi kita masyarakat Islam, sejauhmanakah MCA dan Gerakan akan berterima kasih terhadap kemurahan pelantikan tersebut?
“Adakah MCA dan Gerakan akan menimbang kemurahan tersebut atau mereka mengambil kesempatan itu untuk bergabung suara bersama DAP dan golongan bukan Islam yang lain untuk mempertikai Islam dan hak Melayu serta bumiputera?,” soalnya kepada ISMAweb.
Persoalan ini munasabah kerana MCA dan Gerakan dilihat senada dengan DAP  mempertikai Malaysia sebagai negara Islam dan menentang pelaksanaan hudud.
Sebagai parti yang bergabung dalam kerajaan yang memerintah, adalah satu kesilapan bagi MCA dan Gerakan menjadikan permusuhan terhadap Islam, keistimewaan Melayu serta bumiputera sebagai modal untuk menarik balik undi masyarakat Cina kepada mereka.
“Ini kerana MCA dan Gerakan sepatutnya memilih untuk mewakili kaum Cina yang setia kepada perlembagaan dan cinta kepada perpaduan dan keharmonian,” ujar beliau.
0 Komentar untuk " Lantik MCA dan Gerakan ke Kabinet, bukti kemurahan pemimpin Melayu "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ