SIAPA sangka, perniagaan yang dimulakan hanya sekadar suka-suka mampu memberi pulangan lumayan. Bukan itu sahaja, pendapatan sampingan yang diraih kadang-kala melebihi gaji yang diterima daripada pekerjaan tetap.
Seiring dengan kos saraan hidup yang semakin tinggi, ramai orang muda pada masa kini mengambil inisiatif mencari duit poket tambahan dengan berniaga.
Pelbagai jenis perniagaan dilakukan, sama ada secara dalam talian atau di bazar dan gerai. Perniagaan yang dipilih pula bermacam-macam jenis. Ada yang meniaga produk kecantikan, pakaian dan makanan.
Tidak kurang juga individu menjalankan perniagaan unik seperti menjual barangan antik atau menjadikan bakat dimiliki sebagai peluang menjana pendapatan tambahan.
Pendapatan cecah RM10,000
Segalanya bermula dengan seorang rakan yang memperkenalkan produk kecantikan Tabita Skin Care.
Produk yang dipakai memberikan perubahan ketara dalam tempoh tiga bulan pemakaian.
Bermula dari situ, Rozieana Roslee yang bertugas sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di sebuah bank di Batu Pahat, Johor, mula berminat untuk memperkenalkan produk digunakan kepada saudara-mara dan rakan-rakan terdekat.
Meskipun baru memulakan perniagaan dan hanya dijalankan menerusi laman sosial Facebook, dia sudah melihat pendapatan diraih agak memberangsangkan dan mampu mencecah RM3,000.
"Saya mula memakai produk ini sejak 2012. Kulit saya memang sensitif. Tidak semua produk sesuai dipakai. Tetapi sejak mula memakainya dalam tempoh tiga bulan, kulit mula menunjukkan perubahan ketara.
"Bermula dari situ, saya terfikir untuk perkenalkannya kepada kawan-kawan di Facebook dan Instagram.
"Tak sangka ramai yang bertanya dan berminat hendak mencuba, jadi saya ambil peluang ini dengan menerima tempahan daripada orang tengah dan menjualnya," kata wanita berusia 29 tahun itu.
Menurut Rozieana, selepas dia benar-benar yakin akan kemampuan produk dan keyakinan pelanggannya, barulah dia berurusan terus dengan pembekal di Jakarta, Indonesia.
"Alhamdulillah, saya sendiri tidak pernah menyangka, selepas dua tahun menjalankan perniagaan yang bermula sekadar suka-suka, kini ia boleh memberi pendapatan tambahan antara RM8,000 hingga RM10,000 sebulan.
"Kini saya mempunyai lebih 50 pelanggan tetap dari seluruh negara termasuk dari Sarawak. Paling ramai ialah dari Johor sendiri.
"Malah saya pernah menerima tempahan hampir 100 bungkusan dalam sebulan," katanya.
Produk tiruan jejas pendapatan
Meskipun hanya perniagaan sambilan, Rozieana mengakui ia tetap ada cabarannya.
"Saya pernah rugi, pernah juga merasa perit berniaga. Pendapatan jatuh merudum dan pernah satu ketika hanya meraih sekitar RM2,000 sebulan.
"Ketika itu, banyak cerita berkisar tentang jualan produk tiruan Tabita Skin Care yang dijual secara meluas," katanya.
Menurutnya, harga produk tiruan itu dijual jauh lebih murah berbanding produk asli.
"Di Singapura, ada laporan mengatakan seorang pelanggan mengalami merah-merah kulit akibat pemakaian produk ini.
"Pada masa itu saya banyak terima panggilan daripada pelanggan. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu," katanya mengimbas kembali cabaran yang dihadapinya dalam berniaga secara sambilan.
Menurut Rozieana, dia berusaha meyakinkan pelanggan bahawa produk dijualnya bukan tiruan.
"Jika palsu sudah tentu pelanggan juga mengalami simptom yang sama seperti kes di Singapura itu.
"Bagaimanapun saya mengambil masa sehingga tiga bulan untuk meyakinkan semula pelanggan," katanya.
Menurut Rozieana, menjadi tanggungjawabnya untuk mendapatkan maklum balas daripada setiap pelanggan yang menggunakan produk itu.
Jamin keselamatan produk
Selain penghantaran sendiri ke kawasan berdekatan, Rozieana juga menggunakan khidmat pos untuk menghantar barang kepada pelanggannya yang berada di luar daerah.
"Setiap produk yang hendak dipos, saya akan pastikan ia dibungkus baik dan sampai dalam keadaan elok. Saya tidak mahu pelanggan berasa tertipu atau menerima produk yang rosak akibat proses penghantaran," katanya.

0 Komentar untuk " Jual produk yang diyakini "