PENDAPATAN yang diraih ketika berniaga secara sambilan sudah tentu tidak menentu jika dibandingkan dengan gaji tetap yang diterima.
Bagi jurusolek sambilan, Lina Karmila, bakat yang ada pada dirinya digunakan untuk mencari rezeki tambahan, dan perniagaan dianggap bermusim itu tetap memberi pulangan lumayan kepada dirinya.
Menurut Lina yang bekerja tetap di sebuah syarikat pembinaan, sumber pendapatan yang diraih daripada perkhidmatan solekannya tidak menentu dan bergantung kepada jumlah job yang diterima.
Berbanding pada awal penglibatan, pendapatan yang diterimanya tidak semewah sekarang.
Namun selepas dia mengambil keputusan untuk lebih serius sejak empat tahun lalu, dia kini mampu mendapat sehingga RM1,500 sebulan.
"Pernah juga pendapatan saya mencecah sehingga RM3,000 sebulan terutama pada Disember, apabila banyak majlis kenduri kahwin diadakan.
"Semua ini kerana minat. Memang tidak dinafikan kadang-kala pada satu-satu masa tiada job.
"Masa ini biasanya saya isi dengan menyertai pertandingan solekan. Bukan untuk menang semata-mata, tetapi untuk mendapatkan seberapa banyak pengalaman daripada jurusolek profesional lain," katanya.
Bercerita mengenai minatnya yang begitu mendalam dalam bidang persolekan, Lina berkata dia tidak kisah berhabisan wang sehingga RM10,000 untuk membeli barangan keperluan dan alatan solek.
"Kerana minat itu juga saya sanggup berkorban masa cuti. Saya akui sebelum ini saya banyak memberi khidmat tajaan solekan.
"Biasanya job tajaan seperti ini pada hari-hari biasa, jadi saya perlu ambil cuti jika mahu buat solekan secara tajaan. Tidak dinafikan ia sedikit menggangu tugasan harian di pejabat.
"Jadi kini saya kurangkan memberi khidmat tajaan, sekali gus tidak lagi mengganggu kerja tetap saya. Malah sekarang saya boleh fokus kepada kedua-dua pekerjaan ini," katanya.

0 Komentar untuk " Jumlah pendapatan ikut musim "